AM3 Global

Call Directions

AM3 Global Udang Putih segar dari kolam. Sedia terima tempahan dalam dan luar Johor

Dulu2 Bos Cina Saya Bg Petua..Kalau Nak Simpan Udang Tahan Lama & Fresh Isinya..Taburkan Gula Sebelum Simpan Dlm Peti Ai...
06/09/2023

Dulu2 Bos Cina Saya Bg Petua..
Kalau Nak Simpan Udang Tahan Lama & Fresh Isinya..Taburkan Gula Sebelum Simpan Dlm Peti Ais..Sya Ikut Petua Nie Dr Dulu..
Mmg Betul..Isi Udang Tak Lembik2 & Lembut..
Korang Kalau Nak Cuba..Boleh Cuba..

RESEPI LONTONG๐ŸดKuah LontongBahan A [blend] ๐Ÿ‘‡* Bawang merah 7 ulas* Serai 2 batang* Lengkuas (hiris nipis)* Halia (hiris ...
24/07/2023

RESEPI LONTONG

๐ŸดKuah Lontong

Bahan A [blend] ๐Ÿ‘‡
* Bawang merah 7 ulas
* Serai 2 batang
* Lengkuas (hiris nipis)
* Halia (hiris nipis)
* Udang kering 2sb
* Ikan bilis segenggam
* Buah keras 1 biji
* Kunyit hidup besar ibu jari

Bahan B ๐Ÿ‘‡
* udang segar
* kobis
* kacang panjang
* carrot
* kentang
* soohun & fucuk
* bahan perasa
* santan kotak

Cara-cara ๐Ÿ‘‡

1. Blend hancur bahan A

2. Kemudian satukan dalam periuk bersama santan & air

3. Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang & carrot

4. Perasakan dan masukkan baki sayuran yang lain bersama udang. Dah agak lembut sayur tu boleh tutup api

๐ŸดSambal bilis
Bahan-bahan ๐Ÿ‘‡
* bawang besar 3 biji
* bwg besar 1 biji (dimayang)
* cili kering kisar 3 senduk nasi
* daun pandan
* ikan bilis 2 genggam
* air asam jawa
* garam dan gula

Cara-cara ๐Ÿ‘‡

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dah siap blend dan mayang bersama daun pandan

2. Bila warna agak kekuningan, masukkan cili blend, gula dan air asam

3. Tumis sampai bertukar warna

4. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula

๐ŸดBahan Lain ๐Ÿ‘‡
* nasi impit
* telur rebus

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘
Credit: Nurul Aminah llias Mina




RESEPI TOMYAM PEKAT ALA THAIBAHAN-BAHAN :* Ayam/ udang/ sotong* Pes tomyam brand maepranom dan tom yum kung* 3 sudu Cili...
20/07/2023

RESEPI TOMYAM PEKAT ALA THAI

BAHAN-BAHAN :

* Ayam/ udang/ sotong
* Pes tomyam brand maepranom dan tom yum kung
* 3 sudu Cili kisar
* Santan/ susu cair
* Sos ikan/ kicap sotong
* 1 sudu besar Sos tiram
* Bawang putih, bawang holland, lengkuas, serai,
* Cabai melaka
* Limau nipis
* Daun ketumbar
* Sayur bunga kobis/carrot/cendawan/anak jagung

CARA-CARANYA :

1. Tumis cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan pes tomyam dalam 4 -5 sudu besar.

2. Masuk sos tiram dan masukkan serai. Tumis sekejap

3. Masukkan ayam/ udang/ sotong. Gaul sebati.

4. Masukkan air dan santan cair/ susu cair.

5. Masukkan semua โ€“ lengkuas, bawang putih, cabai melaka, tomato, akar ketumbar. Renehkan sekejap.

6. Perasakan dengan kicap sotong secukup rasa.

7. Masukkan sayur-sayuran pilihan dan masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.

8. Akhir sekali, perahkan air limau nipis sehingga cukup rasa. Siappp

Kredit: Siti Husni

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘

18/07/2023
Bismillahirrahmanirrahim  Sebenarnya ada beberapa cara rebus jagung dan tips yang boleh kita praktikkan supaya hasilnya ...
17/07/2023

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya ada beberapa cara rebus jagung dan tips yang boleh kita praktikkan supaya hasilnya empuk, sedap dan tak keras walaupun dah sejuk.

1. Tips Pilih Jagung Segar

Mula-mula sekali masa nak membeli jagung, kenalah pilih jagung yang elok.

Sedikit tips untuk memilih jagung adalah berdasarkan kelembapan dari daun dan batang jagung tersebut.

Daun jagung dengan kualiti baik biasanya memiliki daun yang berwarna kehijauan, segar dan tidak kering manakala warna batang bawahnya juga kelihatan segar dan tidak berwarna coklat tua.

Jagung segar yang dah dibeli jangan biarkan diluar sebab ia akan kehilangan kemanisan semulajadi jagung. Kalau belum nak masak lagi, terus simpan di peti sejuk.

2. Rebus Bersama Kulit

Sebelum merebus, selalunya kita buangkan kulitnya dulu kan?

Tapi tahukah anda, kalau nak dapatkan hasil rebusan jagung yang segar dan tak mudah mengecut, jangan tanggalkan semua atau botakkan jagung tu tau!

Sebaliknya, kerat hujung dan pangkal jagung dan cuma buang kulit yang tua saja. Tinggalkan sedikit kulit yang muda untuk melindungi isi jagung tersebut.

Hasilnya jagung jadi lebih empuk dan lemak!

3. Cara Rebus Jagung Agar Empuk

Cara rebus jagung ni mungkin ada banyak versinya.

Yang paling mudah, masukkan ke dalam periuk dan isikan air lebih kurang separas dengan jagung.

Kemudian biarkan air mendidih dan barulah masukkan jagung. Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) sekitar 5-10 minit sudah mencukupi.

4. Jangan Bubuh Garam Terlalu Awal

Jangan tambah garam semasa terlalu awal semasa merebus jagung sebab ia akan menyebabkan isi jagung menjadi keras, liat dan kecut bila dah sejuk.

Seeloknya lepas jagung dah masak nanti baru taburkan sedikit garam halus.

5. Tambah Sedikit Gula

Semasa rebus jagung, boleh juga tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang lebih manis.

6. Elak Rebus Terlalu Lama

Ramai yang leka masa rebus jagung sebab ia takkan hangus. Tapi elakkan rebus jagung terlalu lama tau. Bila air rebusan dah nampak kuning, terus matikan api.

Jika rebus jagung terlalu lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup.

7. Sapu Butter Selepas Masak

Selepas jagung masak, bolehlah sapukan butter dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih.

Barulah rasanya bertambah lemak dan bau pun wangi!

Fb Ana Mahabu

Udang Sambal Manis Pedas Menambat Selera Gituu.Nie menu yang simple dan cepat masak, kak ya suke masak guna bahan ape ya...
11/06/2023

Udang Sambal Manis Pedas Menambat Selera Gituu.

Nie menu yang simple dan cepat masak, kak ya suke masak guna bahan ape yang ade kat umah. Tak payah pening kepala kan. Hehehe

Jom kita tengok bahan-bahannya

400gm udang sederhana besar
1 senduk cili kisar
1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
1 biji bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris je)
1 batang serai (tumbuk skit)
3 helai daun limau
1 inchi halia
1 cubit garam (tak letak pun takpe)

Cara masak

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan daun limau hingga naik bau
2. Masuk cili kisar, masak hingga pecah minyak
3. Masukkan sos cili dan sos tomato. kacau rata.
4. Masukkan udang . Kacau rata dan siap untuk dihidangkan.
*udang goreng sekejap ye sebelum masukkan dalam sambal tu.

Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas๐Ÿ˜‹

*tips nak rase nye just nice kena guna nisbah yang sama. Cth guna sudu, semua bahan guna sudu yang sama.

*tips untuk dapatkan rase lebih padu letak kan secubit garam ye.

Resepi simple dari FB Leha Yusuf

Resepi Kuah Rojak Buah Sedap ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜BAHAN-BAHAN :Satu botol (kecil) kicap manis (saya guna cap kipas udang) Satu botol (keci...
05/05/2023

Resepi Kuah Rojak Buah Sedap ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

BAHAN-BAHAN :

Satu botol (kecil) kicap manis (saya guna cap kipas udang)
Satu botol (kecil) sos cili (saya guna cap maggi/life)
1/2 keping (kecil) belacan madu
1 senduk cili boh
10 tangkai cili padi (boleh tambah jika nak lebih pedas)
1 ketul gula kabung
1/2 paket gula batu
1 cawan gula pasir bancuhan tepung jagung secukupnya (saya bubuh 1-2 sudu besar) bijan dan kacang tanah tumbuk untuk hiasan

CARA-CARA :

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali (kecuali tepung jagung,
bijan dan kacang tumbuk)

Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat Masukkan bancuhan tepung jagung Tutup api dan biarkan sejuk

Hiris buah-buahan tempatan seperti jambu, mangga, betik muda, sengkuang, nenas, dan timun.
Curahkan kuah ke atas buah-buahan tadi Taburkan bijan dan kacang tumbuk di atasnya Sedia dinikmati!
Siap.

Haaaโ€ฆ lepas ni dah boleh buat dah.
Mesti janji buat tau, penat ai taip satu-satu dengan penuh keikhlasan ni.

kredit resepi bertulis : http://nusaybahanuwar.com/homemade-kuah-rojak-yang-super-sedap-dan-ohsem/

Gambar tidak dapat dikenalpasti owner, sila pm admin jika ada gambar kepunyaan anda untuk kami berikan kredit ๐Ÿ˜Š

like & share

Address

No. 2, Tingkat 1, Jalan Mersing Kanan 1, Taman Mersing Kanan
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60127471191

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AM3 Global posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share