19/12/2024
Salam Sejahtera Semua Pelanggan Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd yang Kami hormati dan hargai selalu.
Terlebih dahulu Pihak Kami ingin memohon Maaf keatas permasalahan yang berlaku diluar jangkaan Kami.
Semoga usaha yang Kami usahakan selama ini dapat membantu menyelesaikan semua masalah sedia ada yang sedang dihadapi oleh kesemua pihak.
Maka ingin kami kongsikan salah satu perkara yang sedang berlaku sekarang ialah :
PENGAMBILALIHAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN
BORNEO MA SMART VENDORS SDN BHD
Secara berperingkat.
Setelah sekian lama Kami mencari jalan penyelesaian,Pengurusan Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd telah didatangi oleh beberapa Pelanggan Prihatin Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd dan mencadangkan untuk mengambil alih Pengurusan dan Kewangan Syarikat. Mereka berpendapat jika perkara ini tidak diselesaikan dengan secepat mungkin,ramai Pelanggan termasuk mereka sendiri akan mengalami kerugian yang lebih besar. Mereka juga berpendapat masalah ini hanya akan selesai jika Pelanggan dan pengurusan bergabung menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi.
Kami yakin dengan Perancangan dan cara Pengurusan yang mereka bentangkan kepada Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd dapat memulihkan keadaan kewangan sedia ada,yang akan meringankan beban Para Pelanggan amnya.
Proses pengambilalihan akan dijalankan secara berperingkat dan Kami memohon kerjasama dari semua Pelanggan untuk memastikan proses berjalan dengan lancar dan cepat.
Segala kerjasama dan keperihatinan Para pelanggan Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd selama ini Kami dahului dengan ucapan jutaan
Terima kasih.