Mohamad Khalid Perodua Regas Miri

Mohamad Khalid Perodua Regas Miri Authorise Perodua Sales Advisor di Miri,Sarawak

Untuk setiap detik indah bersama keluarga. Setiap perjalanan lebih bermakna dengan Perodua.❤️
30/09/2025

Untuk setiap detik indah bersama keluarga.

Setiap perjalanan lebih bermakna dengan Perodua.❤️

20/06/2025

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama

Kami kongsikan perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan susah untuk rosak terutama apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka di tempat-tempat yang susah untuk dapatkan bengkel kereta. Penting untuk pengguna kereta mengetahui serba sedikit bahagian penting kereta supaya senang untuk buat service berkala terutama kereta yang sudah diluar tempoh warranty.

1. MINYAK HITAM

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER

Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km

3. SPARK PLUG

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.

4. BATERI KERETA

Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

5. AIR FILTER (Filter Udara)

Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

6. GEAR OIL

Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali. Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF p**a perlu ditukar setiap 20,000km.

7. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

8. RADIATOR COOLANT

Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih

9. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

10. WATER PUMP

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.

Maintenance Schedule

Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang. Itulah serba sedikit berkenaan dengan Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama yang perlu anda ketahui supaya kereta anda sentiasa berada didalam keadaan baik.
Oleh JDMH Autoservice, Foto AARP

04/03/2025
31/01/2025

Untuk makluman mangsa banjir seluruh negara yang kereta mereka rosak akibat banjir. Baca sepenuhnya. Kereta jangan di cuci dulu. Ambil Photo atau video dalam keadaan sedia ada.

*PROSES CLAIM KERETA BANJIR*

1. Ambik gambar kereta yang terlibat. Untuk bukti.

2. Call hotline general insurans atau takaful

3. Syarikat Insuran/Takaful akan buat arrangement untuk pickup kereta

4. Kereta yang terlibat banjir akan dibaikpulih oleh panel syarikat insuran/takaful

Coverage banjir ni hanya boleh dituntut jika kita mencarum Special Perils. Andai kata tiada coverage ini, memang kena repair sendirilah.

So, jika ada *Special Perils(flood)*, boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.

Bawah ni compilation hotline no syarikat general insurans / takaful untuk di rujuk.

1. Zurich : 1-300-88-6222
2. Etiqa : 1-300-13-8888
3. Alliance : 1-800-22-5542
4. AXA Affin : 03-7989-0310
5. Berjaya Sompo : 1-800-18-8033
6. AM General : 1800-88-6333
7. Kurnia : 1-800-88-3833
8. Pacific & Orient Insurance : 1 -800-88-2121
9. RHB : 1-300-220-007
10. Lonpac : 03-2262 8666
11. Tune : 1-800-22-8863
12. Liberty : 1-800-88-5005 / 8990
13. Takaful Ikhlas : 1-800-88-1186
14. Takaful Malaysia:1-800-888-788

Semoga ini dapat membantu mereka yang sedar gusar melihat kenderaan ditenggelami air.

Claim baik pulih kenderaan terlibat ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans/ takaful.

Untuk kereta lebih 5 tahun WAJIB TAMBAH - REMOVE BETTERMENT.

REMOVE BETTERMENT ni untuk ganti semula alat alat original dari service centre. Bukan pakai barang copy or item potong.

Apa-apa pun, pastikan ada add on Special Perils(bencana alam) dlm existing cover note insurans / takaful, baru boleh claim.

Khalid Perodua Miri

😂😂😂
05/07/2024

😂😂😂

1. Lampu brek tanganJika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan. Tetapi j...
03/06/2024

1. Lampu brek tangan

Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan. Tetapi jika brek tangan dilepaskan dan lampu masih menyala, ia menunjukkan bahawa minyak brek kenderaan anda sudah kurang atau terdapat masalah mekanikal pada sistem brek ini.

2. Lampu check engine

Lampu ini menandakan sistem pada kereta ada masalah dalam bahagian enjin. Jika lampu ini menyala dan kenderaan tidak dapat dihidupkan, maka terdapat masalah pada sistem enjin kenderaan anda. Hubungi bengkel pengeluar kenderaan anda untuk proses baik pulih.

3. Lampu bateri

Apabila lampu ini menyala, ini bermakna bateri kenderaan anda telah kehabisan kuasa atau rosak. Gantikan segera dengan bateri yang baru.

4. Lampu ABS

Sistem brek ABS (Antilock Braking System) mempunyai peranti kompleks yang tugasnya adalah untuk mengelakkan roda daripada terkunci apabila membrek.

Jika simbol ini muncul apabila anda menekan brek, ini bermakna sistem ini sedang berfungsi mengawal tayar daripada terkunci semasa sedang membrek.

Tetapi jika lampu ini menyala apabila anda tidak membrek, ini bermakna terdapat masalah pada komponen ABS dan anda harus hantarkan kepada pakar untuk pemeriksaan atau pembaikian.

5. Lampu Traction Control System

Traction Control System (TCS) atau sistem kawalan cengkaman adalah sistem yang bertanggungjawab mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman semasa memecut atau menekan minyak di permukaan kurang cengkaman.

Lampu dengan ikon kereta tergelincir ini akan menyala jika TCS dimatikan (secara manual), dan akan berkelip semasa sedang berfungsi.

6. Lampu amaran bahan bakar

Pada sesebuah kereta biasanya terdapat penunjuk jumlah bahan api. Penunjuk bahan api ini hadir dalam beberapa bentuk, antaranya ialah dalam bentuk meter, rajah atau jarum. Tetapi jika bahan api terlalu sedikit dalam kereta anda, lampu amaran ini akan menyala ataupun berkelip.

7. Lampu amaran tali pinggang keledar

Jika lampu amaran ini berkelip, maka ia menandakan bahawa tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu atau penumpang dalam kereta.

Biasanya pada sesetengah kereta, jika tali pinggang keledar tidak dipakai dalam masa yang lama, lampu amaran ini bukan sahaja bekelip, malah ia akan diikuti dengan bunyi amaran.

8. Lampu amaran suhu enjin

Jika lampu amaran ini warna biru, ia menandakan bahawa suhu enjin tidak cukup panas untuk memulakan operasi. Hendaklah anda memandu perlahan dahulu dan tidak melakukan pecutan mendadak.

Sekiranya lampu warna merah, ia bermakna bahawa tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Jadi, sebaiknya anda perlu segera mematikan enjin kenderaan untuk biarkan ia sejuk atau lakukan pemeriksaan.

9. Lampu amaran aras minyak enjin

Lampu amaran ini bermaksud kuantiti minyak enjin. Sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/minyak enjin. Tambahkan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan anda.

10. Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik)

Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik) akan menyala jika kunci diputar ke posisi On dan sepatutnya terpadam selepas enjin dihidupkan.

Jika ia masih menyala, ia bermaksud sistem stereng kuasa elektrik mengalami masalah, yang mana petandanya ialah stereng terasa sangat berat untuk dipusingkan.

11. Lampu amaran beg udara SRS

Jika anda dapati lampu amaran SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kenderaan anda yang terdekat kerana lampu amaran ini bermaksud beg udara kereta anda bermasalah.

Jangan ambil risiko kerana beg udara mungkin tidak berfungsi dengan sepenuhnya jika berlaku kemalangan atau lebih teruk lagi, meletup secara tiba-tiba. Bawa kereta anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.

12. Lampu amaran pintu kereta

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu amaran ini tidak menyala. Lampu amaran ini menandakan bahawa terdapat pintu kereta anda yang masih tidak ditutup dengan rapat.

13. Lampu ECO

ECO adalah singkatan kepada Ekonomi, jadi ini bermakna lampu ini menandakan bahawa pemandu sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.

10/05/2024

Tarikh Penting Bulan Mei
12/5/2024 Hari Ibu
12/5/2024 Hari Jururawat
16/5/2024 Hari Guru

Susulan keadaan cuaca tidak menentu dan banjir yang melanda di beberapa daerah, anda dinasihati untuk sentiasa berwaspad...
03/01/2024

Susulan keadaan cuaca tidak menentu dan banjir yang melanda di beberapa daerah, anda dinasihati untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Address

Regas Miri Sdn Bhd Lot 1383 Jalan Airport
Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohamad Khalid Perodua Regas Miri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohamad Khalid Perodua Regas Miri:

Shortcuts

Share