Hello Muar

Hello Muar Sebuah Platform yang membantu warga Muar untuk memberikan Informasi sekitar Muar, Entertainement dan Business entrepreneur warga Muar

Untuk area Muar Bakri dan Batu Pahat.
12/09/2022

Untuk area Muar Bakri dan Batu Pahat.

16/02/2022

Warga Muar. Mereka yang berminat buat rumah di tanah sendiri seperti di atas berharga RM16,800.00 sahaja. Lengkap letrik dan air . Harga boleh bincang lagi jika saiz rumah lagi besar. Sila whatsApp 0197918700. Terima kasih

02/12/2021
29/06/2021

29 JUN 2021| SELASA

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR PERINGKAT DAERAH MUAR

Jawatankuasa masjid-masjid dan surau-surau di bawah seliaan Pejabat Kadi Daerah Muar telah menyempurnakan Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Didoakan semoga DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dilanjutkan usia, dilimpahkan seluas-luas nikmat dan rezeki yang berkat, kesejahteraan dan perlindungan yang berterusan dunia dan akhirat.

Didoakan juga perlindungan, keafiatan dan kesihatan yang berpanjangan kepada DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor serta YAM Che’ Puan Besar Khaleeda binti Bustamam, putera-putera dan puteri-puterinya serta kerabat-kerabat diRaja Johor.

MENJUNJUNG KASIH DYAM TUNKU






Gambar Masjid Jamek Muar pertama yang dirakam oleh G.R. Lambert & Co. pada sekitar 1890an.  Masjid ini adalah merupakan ...
24/06/2021

Gambar Masjid Jamek Muar pertama yang dirakam oleh G.R. Lambert & Co. pada sekitar 1890an. Masjid ini adalah merupakan merupakan masjid yang tertua di daerah Muar dan siap dibina sekitar tahun 1887. Ianya kemudian dikenali sebagai Masjid Kubor oleh kerana banyak kubur dibina di sekelilingnya. Hikayat Johor Kedua oleh Mejar Dato Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman ada merujuk kepada masjid ini:-

"Ada pun bandar yang ternama dalam Muar dinamakan Bandar Maharani dibuka pada tahun 1884, tetapi pada tempoh baginda Almarhum Sultan Abu Bakar itu mangkat belumlah ada rumah sewa daripada batu melainkan rumah tiang kayu dua lapis beratap genting. Pejabat Kerajaan rumah atap di tanah berdinding papan dan masjid bertongkat batu beratap genting."

Struktur bangunan masjid lama ini telah dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang siap dibina pada tahun 1927 dan dirasmikan pada tahun 1930.

Sumber: G.R. Lambert & Co., Leiden University Libraries, Amsterdam.

13/06/2021

Perkhidmatan Institusi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyediakan kursus-kursus yang boleh diambil oleh golongan ini.

Keutamaan diberi kepada OKU kategori fizikal dengan kursus yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan, dan sukan paralimpik. Institusi ini ditubuhkan untuk mendayaupayakan OKU ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.

Seluruh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus menyokong dan memberi pembelaan kepada golongan OKU di Malaysia supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang PLPP serta cara-cara permohonannya, sila klik pada pautan berikut:

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/content&id=dklyeGZmQmxBbEVxaS9rUWd0Tis4dz09





12/06/2021

Address

Muar

Telephone

+60136133244

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hello Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hello Muar:

Share