Mahaad Tahfiz Al-Quran NorHakim

Mahaad Tahfiz Al-Quran NorHakim Kod sekolah Jakim : JZH5011
Kod sekolah Negeri: MTS/MR011

06/08/2026

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA KONTINJEN MUAR
IHTIFAL RIYADHI PERINGKAT NEGERI JOHOR

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Makan Malam Bersama Kontinjen Muar sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para peserta yang akan mewakili Daerah Muar ke Ihtifal Riyadhi Peringkat Negeri Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Anuar Hashim, Pengerusi PINTA Johor, atas kesudian menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini.

Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai PPID serta para asatizah dari daerah Muar yang bersama-sama memberikan semangat dan doa buat kontinjen Muar.

Majlis telah diadakan di Dewan Arena Abang Tahfiz, Maahad Tahfiz Al-Quran Norhakim & As-Sholihin.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan, dan seluruh kontinjen Muar dikurniakan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh keputusan yang cemerlang di Ihtifal Riyadhi Peringkat Negeri Johor.

Muar Boleh! Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan dan keberkatan buat semua.

πŸ“’ *KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2026/2027 DIBUKA**Maahad Tahfiz Al-Quran Norhakim* membuka peluang kepada pelajar yang ...
28/07/2026

πŸ“’ *KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI 2026/2027 DIBUKA*

*Maahad Tahfiz Al-Quran Norhakim* membuka peluang kepada pelajar yang berkelayakan untuk menerima tajaan yuran bulanan sebanyak RM100 daripada pihak madrasah. Tajaan ini diberikan sepanjang tempoh 2 tahun pengajian dan terhad kepada 15 orang pelajar sahaja.

Syarat Kelayakan:
βœ… Daripada keluarga asnaf.
βœ… Berumur 13 hingga 17 tahun.
βœ… Yuran bulanan hanya RM150 (selepas menerima tajaan RM100 daripada pihak madrasah).
βœ… Wajib menjelaskan yuran pendaftaran/kemasukan.
βœ… Keutamaan diberikan kepada pelajar yang telah menghafaz 30 juzuk dan ingin membuat ulangan Syahadah.

πŸ“Œ Tempat adalah terhad kepada 15 orang sahaja. Permohonan akan ditutup apabila kuota dipenuhi.

πŸ“ž Hubungi kami untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:
016-960 3497
011-1141 0565
019-290 0047

β€œSebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
β€” Riwayat al-Bukhari

Jom sama-sama berinfak RM10 sehari untuk membantu kebajikan dan keperluan pelajar tahfiz.Setiap sumbangan yang diberikan...
12/07/2026

Jom sama-sama berinfak RM10 sehari untuk membantu kebajikan dan keperluan pelajar tahfiz.

Setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil, insya-Allah memberi manfaat yang besar kepada mereka yang sedang menghafaz al-Quran.

Semoga Allah menerima setiap infak kita dan mengurniakan keberkatan rezeki kepada semua penyumbang. πŸ€²πŸ’š

πŸ† IHTIFAL RIADHI PERINGKAT DAERAH MUAR 2026πŸ†Esok bermulanya Ihtifal Riadhi Peringkat Daerah Muar 2026 yang menghimpunkan...
03/07/2026

πŸ† IHTIFAL RIADHI PERINGKAT DAERAH MUAR 2026πŸ†

Esok bermulanya Ihtifal Riadhi Peringkat Daerah Muar 2026 yang menghimpunkan penyertaan daripada sekolah-sekolah tahfiz sekitar Daerah Muar.

πŸ—“οΈ Tarikh: 4 & 5 Julai 2026
πŸ“ Lokasi (5 Julai): Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar

Jom hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan dan semangat kepada semua peserta yang akan beraksi dalam pelbagai acara sukan.

Semoga program ini berjalan lancar, dipermudahkan segala urusan dan menjadi medan melahirkan generasi huffaz yang cemerlang, berdisiplin serta memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

Selamat maju jaya kepada semua kontinjen. Jumpa di sana! πŸ’ͺπŸ…

🌿 Infaq Jumaat 🌿Jom rebut keberkatan hari Jumaat dengan berinfaq untuk Maahad Tahfiz Al-Quran Norhakim.Setiap sumbangan ...
12/06/2026

🌿 Infaq Jumaat 🌿

Jom rebut keberkatan hari Jumaat dengan berinfaq untuk Maahad Tahfiz Al-Quran Norhakim.

Setiap sumbangan anda membantu melahirkan generasi pencinta dan penghafaz Al-Quran.

🀲 Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berkekalan.

Address

No 3371 Parit Kassim
Muar
84150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahaad Tahfiz Al-Quran NorHakim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share