03/07/2015
Kisah seorang Sahabat yang patut saya ceritakan pada semua yang boleh dijadikan inspirasi...
Dengan nama Allah, saya dipertemukan dgn beliau ketika kelas photography Zero To Pro beberapa tahun dahulu.. Selepas itu kami bertemu lagi di kelas Afal Photography Workshop di Penang.. Beliau adalah kerana dia berasal dari Sabah. Kerna ilmu fotografi ini dia sanggup terbang beribu batu asalkan dapat sertai.. Dari sejak itu dia saya respect kerana kesungguhan yg saya nampak dalam mencari ilmu..
Itulah kali terakhir saya berjumpa dengan sahabat ini.. Walaupun sahabat di fb.. Tetapi kami jarang bersembang kerana masing2 sibuk dengan kerja masing2.. Allah Maha Besar.. Saya ditimpa dengan pelbagai ujian dan dugaan dlm hidup sehingga betul2 menggugat kepercayaan saya.. Tatkala kawan kawan yang lain mengundur diri ketika saya jatuh, tiba tiba sahabat ini yang muncul memberi bantuan.. Sahabat inilah yang berdiri di belakang saya memberi kata kata semangat utk teruskan kehidupan.. Allahurobbi.. Terima kasih..
Tetapi bila saya mula mendekati beliau, saya tersentak, terkedu dan tak tahu nak kata apa apa bila dia mula berceritakan tentang hidup beliau.. Air mata mula mengalir tatkala saya mendengar siapalah sebenar beliau.. Allah Maha Berkuasa dan Dia yang merubah semua masa depan seseorang itu..
Beliau merupakan seorang anak yatim piatu dari umur 12 tahun lagi.. Apabila kanak kanak lain bermain ketika habis sekolah, beliau p**a sibuk memancing. Hasil memancing itulah yang akan beliau jaja seluruh kampung utk dijual.. Dia tak seperti yang lain sering diejek kerana berpakaian bertampal kerana tak mampu nak pakai baju baru..
Ketika 13 tahun beliau berhenti sekolah kerana tidak mampu lagi menanggung yuran. Beliau mengambil upah dengan memanjat pokok kelapa dan memancing ikan utk makan.. Beliau malu apabila terserempak kawan kawan yang masih bersekolah kerana kemiskinan beliau itu beliau sering diejek..
Dia juga seperti setiap insan lain yang kenal erti untuk bercinta. Namun cinta beliau tidak lama apabila dihina oleh ibu kekasihnya kerana miskin. Beliau redha kerana beliau sedar siapa diri beliau.. Oleh kerana itu dia berhijrah ke Johor dan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Berbekalkan azam untuk tidak putus asa dalam hidup, beliau mengambil kelas pada hujung minggu untuk belajar.. dalam setahun tiada cuti rehat utk beliau bersuka ria. Duit lebih dia akan beli buku2 yang dia rasa bermanfaat sebagai ilmu..
Dengan berkat gigih dan usaha beliau yang dulu memancing ikan untuk mencari sesuap nasi, kini dia bergaji berbelas ribu sebulan.. Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu tanpa kita usaha..
Nak tahu impian dia ni? Dari kecil dia ingin buka restoran atau kedai makan kerana itu impian dia ketika dia berlapar..
Kenapa dia minat fotografi? Sebab sekeping gambar masa kecil pun tiada termasuk gambar kedua ibu bapanya..
Alhamdulillah saya bersyukur bertemu dengan seorang insan yang telah saya anggap sebagai abang saya sendiri. Insan mulia yang membantu tanpa harapkan balasan.. Semoga Allah memberkati dan panjangkan umur sahabat saya dunia akhirat ini..
Sahabat, kita mempunyai impian sama.. Matlamat yang sama.. insya Allah semoga dipermudahkan semuanya.. amin..