ASB Consultancy - CIPAA Expert

Call Directions Contact the business

ASB Consultancy - CIPAA Expert CIPAA (Adjudication) | QS | Mediator | Proffesional Technologists

CIPAA: Kupasan Kes No.002 (Subkontraktor v. Kontraktor Utama)Kes ini melibatkan Subcon dan Maincon dengan jumlah tuntuta...
13/10/2026

CIPAA: Kupasan Kes No.002 (Subkontraktor v. Kontraktor Utama)

Kes ini melibatkan Subcon dan Maincon dengan jumlah tuntutan sebanyak RM200,000.00.
Projek ini adalah untuk membina bangunan fasiliti secara konvensional, dengan kontrak yang di awad pada hujung 2018. Telah berlaku ‘mutual termination’ di antara Subcon dan Maincon.
Isu kelewatan bayaran interim telah terjadi sejak awal projek lagi, di mana Maincon mengamalkan bayaran secara ‘separuh-separuh’ ke atas semua tuntutan bulanan Subcon.
Lama-kelamaan, jumlah tertunggak menjadi besar dan secara tidak langsung kemajuan Subcon di tapak bina menjadi perlahan.
Pada sekitar suku ke-4 tahun 2019, Subcon menghantar tuntutan interim kepada Maincon berjumlah RM200,000.00. Namun, Maincon tetap gagal membuat bayaran selama hampir 3 bulan sebelum Subcon mengambil keputusan untuk membawa isu ini ke adjudikasi CIPAA.
Semasa prosiding, pihak Maincon memberikan sebab kelewatan dan dengan itu membuat tolakan LAD terhadap akaun Subcon. Setelah subkontrak ditamatkan secara "mutual", Maincon melantik pihak ke-3 untuk menyambung baki kerja, dan kos juga ditolak daripada akaun Subcon, menjadikan jumlah bayaran yang patut dibayar adalah negatif (-ve).
Kami membuat bantahan dalam prosiding dengan menyatakan bahawa LAD tidak terpakai kerana semasa prosiding adjudikasi CIPAA dimulakan, Bayaran Interim terkini dari Prinsipal (klien projek adalah Agensi Kerajaan) kepada Maincon tiada tolakan LAD dibuat. Ini nampak ketara bahawa Maincon cuba mengenakan penalti dengan niat jahat bagi menidakkan bayaran kepada Subcon.
Isu kos pihak ke-3 yang dilantik bagi menggantikan Subcon p**a, hujahan kami bahawa semasa ‘mutual termination’ dibuat, tiada perjanjian berkenaan kos ini dipersetujui lalu ianya semata-mata fikiran terkemudian (afterthought) yang lebih menguntungkan Maincon.
Setelah Keputusan Adjudikasi dikeluarkan, Subcon MENANG sebahagian besar tuntutan ini, kecuali tuntutan berkenaan pelepasan wang tahanan yang mana Adjudikator menyatakan ia belum terakru di bawah peruntukan subkontrak.

Khalas.
Sham Baharin
MRICS| MRISM| MMIArb| MCIArb| CQS| Adjudicator| Mediator| P.Tech| ICECA

Pengorbanan Kontraktor atau Terkorban?Sebagai saudagar dalam industri pembinaan, objektif utama kontraktor dalam melaksa...
11/10/2026

Pengorbanan Kontraktor atau Terkorban?

Sebagai saudagar dalam industri pembinaan, objektif utama kontraktor dalam melaksanakan setiap projek adalah untuk memperoleh laba yang setimpal dengan usaha dan modal yang dilaburkan.

Namun begitu, industri lebih memandang (bukan semua) kontraktor sebagai tokoh ‘politikus’ yang mana klien dan pemegang taruh cenderung untuk meminta-minta sesuatu yang ‘mustahil’ dilaksanakan. Contohnya, ada klien yang meminta itu dan ini supaya ditambah dalam kontrak, pada masa yang sama, memohon agar kontraktor menyerap segala kos. Dek kerana menjaga ‘rapport’, ramai kontraktor menuruti (bukan semua) kehendak klien demi menjaga persahabatan.

Persahabatan atau pengkhianatan?

Ada kontraktor yang keras (mungkin sebab sudah terkena beberapa kali), tidak memberi ruang kepada klien untuk membuat sebarang ‘hajat’ yang pelik. Ini bagus. Jika permintaan ditunaikan pada pertama kalinya, ia ada rentetan seterusnya. Dan bila berlaku, tiada noktah! Parah tuan-tuan.

Penting bagi kontraktor menjelaskan dan menekankan keadaan sebenar cashflow projek dan status bayaran interim bagi setiap Mesyuarat Tapak supaya pemegang taruh memahami keadaan kewangan semasa dan secara tersiratnya, memberi ‘signal’ pada semua perihal keadaan kewangan kontraktor dan akhirnya, kebarangkalian meminta-minta itu dapat dicantas lebih awal.

Nasihat saya pada industri, menjaga intergriti penting untuk ‘survival’ setiap daripada kita dalam industri yang ‘rapuh’ ini. Jika perlu, sebarang ‘oral instruction’ perlu dibuat ‘confirmation’ melalui surat rasmi supaya setiap ‘event’ dapat direkod untuk mejadi ‘bullet’ kontraktor kemudian hari.

Khalas.
Sham Baharin

CIPAA: Kupasan Kes No.001Ini kes CIPAA pertama kami di mana prosiding dimulakan pada Q4 2019. Klien kami adalah Kontrakt...
10/10/2026

CIPAA: Kupasan Kes No.001

Ini kes CIPAA pertama kami di mana prosiding dimulakan pada Q4 2019. Klien kami adalah Kontraktor Utama bagi suatu projek reka dan bina (Design & Build) bagi pembinaan sebuah bangunan bertingkat dan beliau berkontrak dengan sebuah entiti awam tempatan.

Kisahnya bermula apabila Kontraktor Utama menyampaikan Penultimate Claim yang berjumlah RM170,000.00 berikutan Perakuan Siap Kerja (CPC) yang dikeluarkan oleh Pemilik projek. Pemilik projek tidak bersetuju dengan tuntutan Kontraktor Utama lalu ‘menyidai’ tuntutan tersebut.

Terkilan dengan sikap Pemilik Projek yang tidak mengendahkan tuntutan mereka, Kontraktor Utama melantik kami, lalu kami terus memulakan prosiding dengan menyampaikan Notis Tuntutan Bayaran (Form 1) di bawah Akta CIPAA 2012.

Semasa prosiding CIPAA, Pemilik Projek membantah tuntutan Kontraktor Utama, antara lain, menyatakan bahawa tuntutan Kontraktor Utama tidak boleh dipertimbangkan kerana terdapat banyak ‘defects’ terhadap bangunan yang dibina.
Respons kami p**a mudah sahaja, bahawa CPC telah dikeluarkan dan ianya menunjukkan bahawa projek telah siap 100%.

Manakala isu ‘defects’ yang dibangkitkan p**a, kami menyanggahnya sekerasnya kerana, apa-apa tolakan dibuat adalah bersifat ‘pre-mature’ kerana DLP masih belum tamat lagi semasa prosiding CIPAA dimulakan.

Akhirnya, Adjudikator (istilah ‘Hakim’ dalam prosiding CIPAA) telah membuat keputusan di mana beliau setuju dengan semua hujahan kami dan meng’awad’kan kemenangan mutlak kepada Kontraktor Utama dengan jumlah seperti yang dituntut berserta kos-kos lain.

Khalas.
Sham Baharin
MRICS| MRISM| MMIArb| MCIArb| CQS| Adjudicator| Mediator| P.Tech| ICECA

Tuntutan Material On SiteRamai keliru bila ingin menuntut bahan tak pasang (goods and unfixed material) dan akhirnya, te...
09/10/2026

Tuntutan Material On Site

Ramai keliru bila ingin menuntut bahan tak pasang (goods and unfixed material) dan akhirnya, terjadi ketidakpuashatian yang berpanjangan.

Memang dalam kontrak tidak dinyatakan secara terperinci maksud bahan bina tak pasang ini; lebih-lebih lagi, cara untuk tujuan tuntutan dalam bayaran interim.

Rata-rata kontrak konvensional menyatakan bahawa kontraktor boleh menuntut bahan tak pasang jika ia dihantar dan disimpan di tapak bina atau di lokasi bersebelahan dengan tapak bina, dan diniatkan untuk projek tersebut.

Seterusnya, bahan binaan hendaklah disimpan di dalam ruang yang boleh melindungi bahan binaan dari pengaruh cuaca, kerosakkan dan kemerosotan kualiti. Bahan binaan ini juga haruslah tidak ‘premature’ dan barulah bayaran boleh diluluskan.

Persoalannya, apakah maksud “bersebelahan” tapak bina itu? Dan apakah makna “premature” p**a? Masing-masing ada tafsiran sendiri, dan inilah titik di mana bermulalah pertelingkahan.
Justeru, pen’deraf’ kontrak harus cakna dan perlu define betul-betul bahan tak pasang dan mekanisma bayaran dalam dokumen tender supaya ianya ‘terang lagi bersuluh’.

Khalas.
Sham Baharin
MRICS| MRISM| MMIArb| MCIArb| CQS| Adjudicator| Mediator| P.Tech| ICECA

CIPAA
07/10/2026

CIPAA

Kecukupan Dokumen KontrakKecukupan dokumen-dokumen yang membentuk suatu Dokumen Kontrak adalah penting bagi menjayakan p...
06/10/2026

Kecukupan Dokumen Kontrak
Kecukupan dokumen-dokumen yang membentuk suatu Dokumen Kontrak adalah penting bagi menjayakan projek apabila rekabentuk dizahirkan dengan terbinanya binaan yang dihajati. Bagi maksud ini, kecukupan Dokumen Kontrak menjadi sangat ‘vital’ bagi memastikan objektif masa, kualiti dan kos tercapai.
Ada keadaan, terdapat percanggahan di antara lukisan pembinaan dan senarai kuantiti. Jika senarai kuantiti GAGAL menyaring sesuatu kerja yang ditunjukkan dalam lukisan, ini bermakna hanya sebahagian objektif dicapai, iaitu dari segi fizikal ianya terbina mengikut lukisan. Namun dari segi kos, terdapat penambahan harga kontrak di mana perubahan harga tidak dapat dielakkan, disebabkan senarai kuantiti yang salah dan garismasa asal penyiapan projek akan juga terjejas.
Andai situasi ini berlaku, kontraktor harus memberi notifikasi kepada klien seawal mungkin supaya isu ini dapat diambil tindakan dengan kadar segera. Jangan binaan sudah siap baru nak menuntut. Selalunya akan ada pertikaian tuntutan yang tidak berkesudahan. Dua-dua pihak akan rugi; masa, tenaga dan wang!
Khalas.
Sham Baharin
MRICS| MRISM| MMIArb| MCIArb| CQS| Adjudicator| Mediator| P.Tech| ICECA

S-Curve KewanganLekuk-S dalam program kerja terbahagi kepada dua (2) iaitu lekuk yang mewakili kemajuan fisikal projek d...
05/10/2026

S-Curve Kewangan

Lekuk-S dalam program kerja terbahagi kepada dua (2) iaitu lekuk yang mewakili kemajuan fisikal projek dari awal hingga akhir projek. Satu lagi adalah lekuk “S” mewakili program kewangan kerja.

Untuk lekuk “S” kewangan, ianya menjadi asas kepada kontraktor untuk membuat unjuran budget sama ada untuk membuat penyediaan dari segi kemudahan kewangan daripada institusi kewangan ataupun membuat pinjaman jangka pendek bagi menampung keperluan kewangan sesuatu projek. Ini penting supaya program yang dirancang dapat dilaksanakan tepat pada masanya, serta memastikan penyiapan projek juga tepat pada masanya.

Namun begitu, sesuatu yang dirancang kadang-kadang menjadi ‘terencat’ jika bayaran kemajuan kerja tidak represent terhadap kemajuan fizikal sebenar di tapak bina. Contohnya, kemajuan fizikal direkodkan pada 50% dan sepatutnya, lekuk S kewangan pada anggaran 45%. Namun, perbelanjaan projek sebenar yang direkodkan adalah 60%; lebih daripada program asal. Lebih teruk, bayaran yang diterima daripada klien hanya 30%.

Keadaan ini menjadi tidak sihat kepada kontraktor, yang akan bergelut dengan modal pusingan projek, dan akhirnya pembekal serta subkontraktor menjadi mangsa! Isu ketidakbayaran timbul dan tindakan seperti CIPAA menjadi pop**ar kerana prosesnya MUDAH, MURAH DAN CEPAT berbanding forum lain seperti mahkamah dan timbang-tara.

Khalas.
Sham Baharin
MRICS| MRISM| MMIArb| MCIArb| CQS| Adjudicator| Mediator| P.Tech| ICECA
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA

HUTANG LAPUKRamai mengabaikan Bayaran Akhir projek. Iyalah, setelah DLP habis, tiada yang perasan masih ada sedikit baya...
03/10/2026

HUTANG LAPUK
Ramai mengabaikan Bayaran Akhir projek. Iyalah, setelah DLP habis, tiada yang perasan masih ada sedikit bayaran, iaitu Bayaran Akhir yang masih tertunggak. Klien p**a, jika kontraktor tidak menuntut, memang mereka buat-buat lupa! Tak semua.
Namun, kalau dicampurkan Bayaran Akhir untuk beberapa projek, banyak juga jumlahnya. Ayuh, sudah boleh belek-belek projek lama yang ada wang baki lagi, al-maklum banyak syarikat hendak menutup akaun tahunan dan mereka kena cakna dengan Bayaran Akhir ini supaya dapat di akru dalam penutupan akaun syarikat nanti. Takut terlepas.

Khalas.
Sham Baharin
MRICS| MRISM| MMIArb| MCIArb| CQS| Adjudicator| Mediator| P.Tech| ICECA
Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA

RASIONALISASI HARGA TENDER DAN KADAR HARGABagi kontrak konvensional, memang ada peruntukan dalam kontrak yang membenarka...
30/09/2026

RASIONALISASI HARGA TENDER DAN KADAR HARGA
Bagi kontrak konvensional, memang ada peruntukan dalam kontrak yang membenarkan klien membuat rasionalisasi harga dan kadar harga sebelum kontrak dimeterai.

Tujuan utama tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan setiap wang yang dibelanjakan adalah munasabah mengikut kemajuan kerja.

Ini juga dapat mengelakkan taktik harga tender yang bersifat “front-loaded” dan jika berlaku kemungkiran kontrak, klien akan “terlebih bayar”.

Bagi kontraktor, ini peluang keemasan supaya mereka dapat membuat semak-semula kadar harga tender yang mungkin ada terlepas pandang semasa penyediaan tender sebelum ini. Parah lagi kalau ada kerja-kerja tambahan dan kadar harga dalam kontrak rendah, tak p**ang modal p**ak. Hati-hati!

Sham Baharin
MRICS| MRISM| MMIArb| MCIArb| CQS| Adjudicator| Mediator| P.Tech| ICECA

29/09/2026

Address

Bandar Enstek
Nilai
71760

Telephone

+60192718192

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ASB Consultancy - CIPAA Expert posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ASB Consultancy - CIPAA Expert:

Shortcuts

Share