Wakaf Qurban

Call Directions Website Contact the business

Wakaf Qurban Mari Wakaf & Qurban / Aqiqah bersama kami. Layari
https://qurban.amanicare.my/

KEM GEMILANG SPM 2027 | SBPI SELANDARAmani Care melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Amani Travel berbe...
17/08/2026

KEM GEMILANG SPM 2027 | SBPI SELANDAR

Amani Care melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Amani Travel berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar dalam menjayakan Kem Gemilang SPM 2027.

Program ini merupakan salah satu usaha Amani Care dalam menyokong pembangunan generasi muda, khususnya dalam aspek pembentukan jati diri, motivasi, sahsiah dan kecemerlangan diri sebagai persediaan menghadapi cabaran akademik serta kehidupan.

Para peserta turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian daripada barisan panel yang berpengalaman dan berkaliber:

• Tn. Hazwan Mohamad
• Tn. Hj. Ir. Khoushaini, PETRONAS
• Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Perkongsian yang disampaikan memberikan pendedahan dan inspirasi kepada para pelajar untuk melihat kejayaan bukan semata-mata daripada pencapaian akademik, tetapi turut dibentuk melalui nilai, disiplin, kepimpinan dan kekuatan jati diri.

Amani Care merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SBPI Selandar, Dr. Hidayah Azam, Pn. Hazlina, para penceramah serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga Kem Gemilang SPM 2027 menjadi satu pengalaman bermakna buat para pelajar dan menjadi titik permulaan kepada pembentukan generasi yang berilmu, berakhlak dan berjiwa besar.

Amani Care

💧 LOKASI TELAGA WAKAF DI KEMBOJA💧Alhamdulillah, amanah wakaf terus mengalir. 🤍Sebanyak 23 lot telaga wakaf telah ditempa...
10/08/2026

💧 LOKASI TELAGA WAKAF DI KEMBOJA💧
Alhamdulillah, amanah wakaf terus mengalir. 🤍
Sebanyak 23 lot telaga wakaf telah ditempatkan di beberapa lokasi di Kemboja:

📍 Daerah Tumbe — 14 lot
* Senjumren
* Kenikjum
* Undung Chumbak

📍 Daerah Kruchmar — 9 lot
* Kerabe Kreak
* Dual Pesut

Terima kasih kepada semua pewakaf dan penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan usaha ini. Semoga setiap titisan air yang digunakan menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir, walaupun kita telah tiada. 🤲🏻

Wakaf anda, sumber kehidupan yang berterusan.
Mari teruskan menyumbang dan sebarkan manfaat.

🌱 Amani Care
Air Mengalir, Kebaikan Berterusan, Pahala Tak Terputus

📞 +601120909590
🌐 www.amanicare.com.my

INFOGRAFIK LAPORAN PROJEKAlhamdulillah, Projek Wakaf Telaga Kemboja 2026 telah berjaya disempurnakan hasil sumbangan dan...
04/08/2026

INFOGRAFIK LAPORAN PROJEK

Alhamdulillah, Projek Wakaf Telaga Kemboja 2026 telah berjaya disempurnakan hasil sumbangan dan kepercayaan para pewakaf. Sebanyak *23 buah telaga* wakaf telah siap dibina di beberapa lokasi di Kemboja bagi menyediakan akses kepada bekalan air bersih dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Ringkasan Projek:
💧 23 Telaga Wakaf berjaya dibina
👨‍👩‍👧‍👦 300+ ahli keluarga menerima manfaat
📅 18 Julai 2026 – Tarikh projek disiapkan
📍 Kampung Dual Pesut, Kruchmar, Thbong Khmum, Kemboja
🤝 Dilaksanakan oleh Amani Care dengan kerjasama Yayasan Al Abrar, Kemboja

Impak Projek
- Menyediakan akses kepada bekalan air bersih dan selamat.
- Mengurangkan masa dan kesukaran mendapatkan sumber air.
- Memudahkan urusan kehidupan harian serta ibadah.
-Menjadi amal jariah yang memberi manfaat berterusan kepada para pewakaf.

Amani Care merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pewakaf dan penyumbang yang telah bersama menjayakan projek ini. Semoga setiap sumbangan menjadi amal soleh yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.

💧 Alhamdulillah, Projek Wakaf Telaga Telah Siap!Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Projek Wakaf Telaga Amani ...
30/07/2026

💧 Alhamdulillah, Projek Wakaf Telaga Telah Siap!

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Projek Wakaf Telaga Amani Care di Kampung Dual Pesut, Daerah Kruchmar, Wilayah Tbong Khmum, Kemboja telah berjaya disiapkan hasil sumbangan dan kepercayaan para pewakaf.

Kini, telaga tersebut telah mula dimanfaatkan oleh penduduk setempat sebagai sumber air bersih untuk kegunaan harian seperti minuman, memasak, mandi, mencuci dan berwuduk. Kemudahan ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang berpanjangan serta meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat.

🤲 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pewakaf yang telah menyumbang dalam menjayakan projek ini. Semoga setiap titisan air yang dimanfaatkan menjadi amal jariah yang berterusan, mengalirkan ganjaran pahala selagi mana telaga ini memberi manfaat kepada masyarakat.

📸 Kami kongsikan dokumentasi penuh projek, bermula daripada proses pembinaan sehingga telaga siap dan digunakan oleh penduduk setempat.

👉 Klik pautan di bawah untuk melihat album gambar:
🔗https://drive.google.com/drive/folders/1CDMsmE1-6FUlrSOhgWE4m5wScso-1GGK?usp=sharing

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang Dia kehendaki."
(Surah Al-Baqarah: 261)

Terima kasih kerana bersama Amani Care dalam menyampaikan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

💧 Alhamdulillah, 23 Telaga Wakaf Berjaya Disiapkan di Kemboja! Dengan izin Allah SWT dan hasil sumbangan para pewakaf, s...
24/07/2026

💧 Alhamdulillah, 23 Telaga Wakaf Berjaya Disiapkan di Kemboja!

Dengan izin Allah SWT dan hasil sumbangan para pewakaf, sebanyak 23 buah Telaga Wakaf kini telah berjaya dibina di beberapa kawasan pedalaman Kemboja.

Setiap telaga bukan sekadar sumber air bersih, malah menjadi sinar harapan buat keluarga yang selama ini berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air.

Hari ini, mereka mampu mendapatkan air yang bersih untuk diminum, memasak, mandi dan kegunaan harian dengan lebih mudah.

❤️ Terima kasih kepada semua pewakaf yang telah menjadi asbab kebahagiaan mereka.

Semoga setiap titisan air yang dimanfaatkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya, walaupun kita telah tiada.

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."
(HR Muslim)

Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada semua penyumbang.

Alhamdulillah, satu penghormatan buat Amani Care apabila wakil kami, Ustaz Wan Muhammad, berkesempatan bertemu dan berga...
14/07/2026

Alhamdulillah, satu penghormatan buat Amani Care apabila wakil kami, Ustaz Wan Muhammad, berkesempatan bertemu dan bergambar bersama YB Senator Prof. Emer. Datuk Seri Awang Sariyan sempena Majlis Pelancaran Projek Sahabat Al-Quran.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama dalam menyebarkan manfaat kepada ummah.

BismillahirrahmanirrahimAlhamdulillah, pada hari ini Ustaz Wan Muhammad dan Encik Shauqi mewakili Amani Care telah mengh...
14/07/2026

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, pada hari ini Ustaz Wan Muhammad dan Encik Shauqi mewakili Amani Care telah menghadiri Majlis Pelancaran Projek Sahabat Al-Quran anjuran Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Tun Perak, yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Senator Prof. Emer. Datuk Seri Awang Sariyan, Ketua Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Tun Perak.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin dalam melahirkan lebih ramai generasi yang cintakan al-Quran serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara organisasi demi pembangunan ummah.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan semoga segala usaha diberkati Allah SWT.

18/06/2026

Lensa Qurban Aqiqah Mekah

Alhamdulillah daging qurban aqiqah peserta telah diinfaq untuk jamuan sarapan pagi jemaah haji di Mekah. MOga memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.

02/06/2026

Lensa Qurban Aqiqah di Mekah.

Alhamdulillah, setiap titisan darah qurban yang mengalir di Tanah Suci ini membawa sejuta rahmat. Setiap bahagian daging diagihkan secara terus kepada fakir miskin dan penduduk yang memerlukan di sekitar Kota Mekah.

31/05/2026

Waqaf Telaga Air Kemboja. Alhamdulillah 2 keluarga telah mendapat manfaat dari sumbangan anda. Moga air yang mengalir dapat memberi kebaikan kepada semua.

Address

NO. 34 A, Jalan DAHLIA 6/2, IMPIAN Avenue, NILAI IMPIAN 7180 NILAI
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6067907752

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wakaf Qurban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wakaf Qurban:

Shortcuts

Share