Aduan Komuniti Nilai

Aduan Komuniti Nilai Aduan Komuniti Nilai ditubuhkan untuk komuniti nilai membuat aduan di kawasan Nilai.

Cawangan : NilaiTarikh : 16 November 2021Lokasi : Jalan UTL 4, Kolej Lagenda (Kedai Runcit Khalida Badsha Enterprise)Tin...
22/11/2021

Cawangan : Nilai
Tarikh : 16 November 2021
Lokasi : Jalan UTL 4, Kolej Lagenda (Kedai Runcit Khalida Badsha Enterprise)

Tindakan :
Pemeriksaan mendapati, longgokan sisa binaan bersebelahan dengan kedai runcit adalah hasil kerja ubahsuai premis kedai. Amaran telah diberikan dan 1 notis pematuhan di bawah Peraturan 6 (1) Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Pembinaan) 2018 bagi kesalahan di bawah perkara 2 (k) iaitu tidak menyediakan bekas /tong /ruang/kawasan khas bagi meletakkan sisa pembinaan.
Semakan semula akan dilakukan selepas 14 hari notis dikeluarkan.

SWCorp

Sumber: SWCorp Negeri Sembilan

KEMPEN PENGURANGAN KOMPUAN KESALAHAN TEMPAT LETAK KERETAPengumuman -Pengumuman πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£Berita baik untuk warga Seremban dan ...
22/11/2021

KEMPEN PENGURANGAN KOMPUAN KESALAHAN TEMPAT LETAK KERETA

Pengumuman -Pengumuman πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£
Berita baik untuk warga Seremban dan yang berada di sekitarnya. Untuk makluman Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Bagi Kesalahan Letak Kereta bagi kesalahan dari tahun 2003 sehingga 2020 (tidak termasuk kompuan 2021) .
Tempoh kempen dari :

1 November hingga 31 Disember 2021 (Tertakluk terma dan syarat)
Diskaun : 80%
RM 50 = RM10
RM 70 = RM14

Kesalahan : Kompaun Kenderaan Bagi Kesalahan Lalulintas sahaja
Cara Pembayaran :
1. Di Semua kaunter pembayaran Majlis Bandaraya Seremban dan
Cawangan Nilai
2. Secara atas talian dengan mengunakan QR kod yang telah di
sediakan.
3. Secara atas talian di pautan : https://epay.mbs.gov.my
4. Secara perbankan internet

Jika anda inginkan sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban di talian : Ibu Pejabat 06-7654333 sambungan 4688 / 4601 / 4590 / 4587
Cawangan Nilai : 06-7989071 sambungan 9004 / 9070
Majlis Bandaraya Seremban Visit Negeri Sembilan Seremban macam macam ada official




sumber: Pesona Seremban

22/11/2021

TIADA HARI TANPA PENGUATKUASAAN

LIBAT URUS BERSAMA AGENSI BERKEPENTINGAN

17 November 2021, Rabu - SWCorp Cawangan Nilai telah mengaturkan perbincangan bersama pihak Majlis Bandaraya Seremban (Caw. Nilai) dan SWM Environment berkenaan operasi perkhidmatan kutipan dan pembersihan awam dalam kawasan Nilai.
Hasil perbincangan tersebut kedua-dua pihak telah mengenal pasti sempadan dan kawasan yang masih di bawah tanggungjawab pihak Majlis Bandaraya Seremban. Perbincangan bagi penyelesaian aduan awam yang melibatkan kawasan 'grey area' dan kawasan yang masih di bawah seliaan pihak Majlis Bandaraya Seremban juga turut diadakan.







sumber: SWCorp Negeri Sembilan

Selamat Datang ke Aduan Komuniti Nilai (AduKoNi)
02/02/2021

Selamat Datang ke Aduan Komuniti Nilai (AduKoNi)

Address

Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aduan Komuniti Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share