17/08/2026
Dapatkan maklumat yang sahih dari pihak yang ber"authority". Industri madu sebenarnya tertakluk kepada MS 2683 & MS2782, bukan boleh setakat dakwa dakwi secara sembarangan shj....
ππππππππππππππ
Ikuti penjelasan dari Dr. Zulkifli Mustafa π
https://www.facebook.com/share/p/1C68GBfphL/
Lebah kelulut diberi makan untuk hasilkan madu?
1. Minggu ni kecoh sikit dunia madu Malaysia dek satu podcast penjual madu tualang yang buat dakwaan pelik-pelik.
2. Sebagai penyelidik madu, saya tak campur gimik penjual. Terang lagi bersuluh, kebanyakan penjual akan cari jalan menghina produk lain untuk pastikan produk sendiri laku. Itu lumrah dan titik terendah seorang penjual.
3. Jadi saya pilih DIAM.
4. Tetapi sedutan podcast tersebut terus disunting menjadi pelbagai video pendek untuk dijadikan bahan pemasaran dan tersebar luas.
Dan ini telah memberi maklumat yang salah pada masyarakat tentang madu kelulut.
5. Pagi ni memory FB saya muncul gambar beratus penternak kelulut. Terdetik dihati betapa terlukanya mereka difitnah sebegitu. Dan penternak kelulut seluruh negara juga terluka.
6. Jadi bila ada yang kata madu kelulut ternak diberi makan, saya mesti SANGGAH! Kerana kelulut tidak diberi makan.
Dia rujuk dari ulamak yang petik Al-Quran yang menggambarkan hanya keluarga lebah tualang yang dimaksudkan dalam AlQuran juga saya sanggah! Naratif yang dibawa berkenaan kelulut adalah salah.
7. Apa sebenarnya Industri Kelulut Malaysia sahabat?
8. Industri madu Malaysia ni tak sama negara lain, sebabnya di Malaysia sentimen madu terkait langsung dengan kepercayaan pada AlQuran dan bersatus makanan Sunnah. Makanya madu sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat Islam.
9. Tetapi puluhan tahun, madu hutan dikendalikan secara tidak berpiawaian dan tiada satu langkah keseragaman atau kawalan kualiti.
Suatu masa, madu seperti tualang sekadar dijual dalam besen di pasar malam atau ditepi jalan bersekali madu tiruan. Ianya dijaja dengan dakwaan sebagai ubat tertentu. Kajian menggunakan madu-madu ini tidak konsisten dan menjadi halangan untuk madu diusulkan dalam perubatan rasmi moden. Akhirnya madu seperti tualang hilang permintaan. 15 tahun saya berceramah untuk masyarakat betulkan SOP dan budaya pengurusan madu ni.
10. Makanya, satu langkah strategik telah dimulakan untuk memastikan Penawar yang disebut dalam AlQuran ini dimartabatkan.
11. Pelbagai agensi kerajaan, saintis universiti, industri dan penternak mula berbengkel membuat pelbagai perancangan pembangunan sejak 2010.
12. Selepas penilaian AlQuran surah AnNahl ayat 68-69, pengukuran kualiti, analisa kandungan bahan aktif, kelebihan khasiat dan simulasi rantaian produk untuk keseragaman bagi aplikasi klinikal dan kebolehan untuk konsisten dalam pasaran, madu kelulut telah menunjukkan kelebihan besar untuk diangkat menjadi industri berbanding madu tualang yang terikat pada pemburuan hutan oleh beberapa individu tertentu sahaja.
13. Makanya madu kelulut hari ini adalah gerbang jaminan untuk masyarakat dapat MADU ASLI, BERSIH DAN BERKUALITI. Disini lahirnya Standard Madu Kelulut MS2683 Jab Standard Malaysia, MyGAP-AM Jabatan Pertanian, Pelan Halatuju Kelulut Kebangsaan, Penubuhan AnNaHL dan Brainey di USM, pemberian geran penternak oleh RISDA, Felda, Teraju, Mardi dan pelbagai inisiatif lain. Dan beribu penternak mula membangunkan ladang, membiakkan lebah kelulut dan implimentasi SOP kebersihan.
14. Gerakan madu kelulut akhirnya membuka mata dan permintaan madu Malaysia kembali meningkat dan dicari.
15. Jadi, madu kelulut Malaysia hari ini adalah output dari kolaborasi terancang yang menekankan kebersihan, keseragaman dan kebolehan mengupayakan ekonomi rakyat dan negara. Pelbagai ujian klinikal juga telah dilaksanakan dengan keputusan yang positif.
16. Madu kelulut bukan cerita testimoni produk seperti jurujual tertentu yang semberono nak jual madu.
17. Malah madu kelulut juga menjadi medium untuk membetulkan persepsi pengamal perubatan aka doktor bahawa bukan semua madu berbahaya kerana madu kelulut ada gula special Trehalulose yang tinggi dan tidak pada madu tualang. Ini telah terbukti secara saintifik.
18. Jurnal saintifik menunjukkan khasiat madu kelulut lebih tinggi dari madu tualang. Tetapi pengusaha madu kelulut berhati-hati membuat dakwaan madu boleh memulihkan penyakit itu dan ini.
19. Apapun, selagi madu itu asli dan bersih, Madu kelulut atau madu tualang akan beri kesan baik untuk kesihatan dengan izin Allah. Cuma madu kelulut secara asasnya telah dihasilkan melalui ekosistem yang baik, lebah tidak diberi makan dan khasiat yang lebih sempurna.
20. Saya berdoa dakwaan liar itu tak rosakkan usaha kerajaan, agensi, universiti, pemain industri dan penternak memartabatkan madu kelulut. Kesian makcik pakcik yang tekun dan ikhlas jaga kualiti madu kelulut tu.
Dr Mohd Zulkifli Mustafa
Principle Investigator
Advance National Honey Landmark (AnNaHL) Project, KPT
Universiti Sains Malaysia
*Penulisan adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi universiti.
https://www.facebook.com/share/p/1C68GBfphL/