23/06/2026
45 TIPS "MUDAHNYA DAPAT DIPLOMA"
‘Dari Pengalaman ke Pengiktirafan’
Tc Tuan Harris
TIPS #1 : AMBIL TAHU
Untuk berjaya dalam pengajian diploma, calon persijilan mesti ada sikap AMBIL TAHU. AMBIL TAHU bermaksud kita peduli dan ingin tahu tentang perkara yang penting sama ada berkaitan program, pengalaman keterampilan, kemahiran, atau maklumat yang boleh membantu kita berjaya.
Calon persijilan yang ada sikap AMBIL TAHU tidak tunggu orang lain beritahu. Mereka sendiri cari maklumat, tanya penceramah bila tak faham, semak jadual sessi, dan tahu bila tarikh penting seperti penilaian atau verifikasi panel. Sikap ini nampak kecil, tapi sebenarnya sangat besar kesannya pada kejayaan. Ramai calon persijilan gagal bukan sebab tak pandai, tapi sebab tak AMBIL TAHU dan tak tahu bila tarikh verifikasi dan tempoh persijilan, tak baca emel dan tak semak sistem, atau tak hadir sessi pembelajaran tanpa alasan.
Apabila kita AMBIL TAHU, kita jadi lebih bersedia dan yakin. Kita tahu apa yang perlu dibuat, siapa yang boleh bantu, dan bagaimana hendak capai keputusan yang baik. Sikap AMBIL TAHU juga menunjukkan kita bertanggungjawab terhadap masa depan sendiri, bukan sekadar ikut arus atau bergantung pada orang lain.
Kesimpulannya, AMBIL TAHU ialah sikap aktif dan peduli terhadap pembelajaran serta proses pelaksanaan persijilan dijalankan. Bila kita AMBIL TAHU, kita akan lebih mudah urus masa, faham dan elak kesilapan kecil yang boleh menjejaskan proses persijilan. Ingat, kejayaan bermula bila kita AMBIL TAHU dan ambil tindakan.
Untuk dapatkan eBook "Mudahnya Dapat Diploma" boleh klik link ini www.wasap.my/60197293275
Minta jasa baik pihak tuan-tuan untuk SHARE bagi ramai lagi yang mendapat manfaat