29/06/2018
[ KENYATAAN RASMI ]
PENJELASAN MENGENAI STATUS BARANG FOAMBOARD DECO MURAH
Kuala Lumpur, 29 Jun 2018 - Kami ingin menjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul berkaitan status barang tempahan set poster hiasan dinding di bawah jenama Foamboard Deco Murah.
Komen "BAIK" untuk dapatkan link aduan pelanggan dari admin, kami prihatin untuk setiap aduan pelanggan. =)
Memandangkan ramai pelanggan kami bertanya pelbagai pertanyaan kepada pihak kami, kami mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang timbul. Permintaan terlalu tinggi dan kami sedang uruskan satu persatu, kini stok sudah ada, kami akan hantarkan gambar untuk perkembangan semasa, malah kami juga buat COD seluruh KL, Shah Alam ketika raya lepas, kami berusaha uruskan bagi memberi kepuasan hati pelanggan.
Sebagai sebuah syarikat pengeluar poster hiasan dinding berkonsepkan 'foamboard', kami khuatir dengan keadaan pertanyaan dari pelanggan menimbulkan salahfaham kepada pihak yang lain. Maka, kami telah menyusun gerak kerja untuk membetulkan situasi ini dengan kadar segera, team Customer Service kami akan berhubung dengan setiap pelanggan inshaAllah melalui whatsapp atau call. Kami berkomited terhadap peningkatan kualiti produk dan pembangunan syarikat ini, dan inshaAllah akan menambahbaik pengurusan sedia ada menjadi lebih baik kepada semua pelanggan. Terima kasih aduan dan pertanyaan kalian semua.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelanggan serta follower yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Kami sangat menghargainya. Mohon doa kalian semua. Kami doakan kalian semua dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
Jikat terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai tempahan poster hiasan dinding FDM, mohon hubungi kami di [email protected]
- TAMAT -