Purchatailor

Purchatailor Merialisasikan edia fashion anda

Cara baiki zip seluar..Boleh DIY (Do It Yourself)Zip tersangkut:,Cuba gerakkan kepala zip perlahan-lahan dan titiskan se...
11/10/2025

Cara baiki zip seluar..

Boleh DIY (Do It Yourself)

Zip tersangkut:,
Cuba gerakkan kepala zip perlahan-lahan dan titiskan sedikit minyak zaitun atau pelembap bibir pada zip.

Zip terbuka semula:
Jika zip sering terbuka selepas ditutup, anda boleh mengetatkan kepala zip yang longgar dengan playar. Tekan kepala zip dengan perlahan untuk menjadikannya lebih ketat pada gigi zip, tetapi jangan terlalu kuat agar tidak patah.

Gigi zip tertanggal/rosak:
Gunakan pinset atau jarum untuk cuba memasukkan semula gigi zip yang tertanggal. Jika banyak gigi yang rosak, mungkin anda perlu menukar keseluruhan zip.

Kepala zip tercabut:
Jika kepala zip tercabut tetapi masih dalam keadaan baik, masukkan semula ke laluan zip. Jika hujung zip rosak, potong sedikit bahagian yang rosak sebelum cuba memasukkannya semula.

Untuk lebih mudah lagi, anda boleh mendapatkan khidmat kami dengan membawa seluar ke untuk kami menggantikan zip yang baru.

Bila dapat kepercayaan untuk menjahit sejadah dari 3 kita jadikan 2, kenalah bawak balik kerja ke rumah almaklumlah kios...
06/10/2025

Bila dapat kepercayaan untuk menjahit sejadah dari 3 kita jadikan 2, kenalah bawak balik kerja ke rumah almaklumlah kiosk hanya sekangkang kera.

Kali kedua diberi kepercayaan oleh Siak Surau Tebuk Yan untuk buat sejadah.
Terima kasih banyak².

Selagi terdaya insha-Allah fardhu kifayah ini kami akan laksanakan sebaiknya.

Terima kasih staff PMG    telah memberi kepercayaan kepada   untuk     baju uniform. Bila kali kedua dapat kepercayaan u...
03/10/2025

Terima kasih staff PMG telah memberi kepercayaan kepada untuk baju uniform.

Bila kali kedua dapat kepercayaan untuk uniform dari organisasi yang sama dah tentu kami cuba memberikan service yang lebih baik..

27/02/2023

Kepada semua tukang Jahit, Selamat hari tukang jahit sedunia..

Customer datang minta tampung zigzag tatapi kami suggest buat seperti ini dan customer bersetuju.Alhamdulillah customer ...
01/02/2023

Customer datang minta tampung zigzag tatapi kami suggest buat seperti ini dan customer bersetuju.
Alhamdulillah customer berpuas hati. Terima kasih sentiasa support kami.

Baju kurung,getah yang dah lust atau pinggang yang besar boleh buat alteration tanpa tetas keseluruhan pinggang,guna tek...
17/01/2023

Baju kurung,getah yang dah lust atau pinggang yang besar boleh buat alteration tanpa tetas keseluruhan pinggang,guna teknik ini.
Share ilmu .

shared a post on Instagram: "Cara mudah alter pinggang getah yang dah lust.". Follow their account to see 5 posts.

Info..Pada awal penciptaan zip ia dipanggil "clasp locker". Ia telah direka pada 1891 oleh Whitcomb L Judson. Kemudian, ...
13/01/2023

Info..

Pada awal penciptaan zip ia dipanggil "clasp locker". Ia telah direka pada 1891 oleh Whitcomb L Judson. Kemudian, pada 1913, Gideon Sundback Sweden mengubahsuai zip "clasp locker" dan menggunakan gigi logam lalu terciptalah zip seperti yang kita lihat hari ini, dan dipatenkan pada tahun1917. Sekarang terdapat juga zip yang dibuat daripada plastik.

Zip dikeluarkan lebih dari satu bilion setiap tahun? Menurut sejarah pernciptaan zip, ia merupakan sebuah produk yang mengalami kegagalan beberapa kali yang mana berevolusi dengan pelbagai rekaan. Ia juga mengalami banyak perubahan nama sebelum dipanggil zip yang kini dikenali di seluruh dunia.

Rekaan zip pertama dihasilkan oleh Elias Howe yang merupakan seorang pencipta mesin jahit. Howe mendapat hak paten pada tahun 1851 yang membawakan misi untuk menutup atau mengancing sesuatu barangan sevara berterusan atau automatik. Walaupun ia merupakan satu idea yang baik, namun produk ini tidak diperluaskan. Howe meninggalkan ciptaannya untuk zip dan hanya fokus untuk mempromosikan mesin jahit.

Selepas lebih dari 40 tahun, terhasilnya satu lagi rekaan untuk zip. Whitcomb Judson menambahbaik idea Howe dan mula memasarkannya sebagai “Clasp Locker”. Ia pertama kali diperkenalkan di Pameran Dunia 1893 di Chicago namun tidak mendapat sambutan yang baik.

Dalam pada masa yang sama, pada tahun 1890 Max Wolff dari Moscow mencipta zip yang giginya dibuat dari bentuk spiral tetapi kerana teknologi yang tidak mencukupi pada masa itu jenis zip itu tidak muncul di pasaran sehingga tahun 1950-an.

Evolusi Rekaan Zip – Dua Baris Gigi Yang Saling Bersambung
Ritsleting moden akhirnya dirancang pada tahun 1913 oleh Gideon Sundback, yang bekerja di Syarikat Pengikat Universal di Hoboken, New Jersey. Dia mendapat hak paten untuk “Separable Fastener” pada tahun 1917.

Untuk zip moden yang kita lihat di kebanyakan produk dan barangan yang ada di pasaran pada masa kini adalah hasil dari rekaan jurutera elektrik Gideon Sundback pada tahun 1906. Beliau merupakan ketua pereka yang mencipta zip pada tahun 1913. Rekaan yang dihasilkan Sundback meningkatkan bilangan elemen pengikat dan merangkumi dua baris gigi yang saling bersambung yang akan disatukan dengan bantuan slider. Rekaannya adalah pengikat pertama yang mendapat sambutan ramai pihak.

Pada awalnya, zip ini digunakan terutamanya pada but dan bag. Selepas 20 tahun penciptaan zip ini, industri fesyen telah mula menggunakan zip pada pakaian. Kegunaannya kini telah berubah yang mana kini menggantikan butang pada seluar lelaki dengan ritsleting.

‘zip’ dikatakan berasal dari bunyi ‘zip’ yang diciptakan oleh Syarikat B. F. Goodrich iaitu sebuah syarikat aeroangkasa pada tahun 1923. Manakala, jenama pertama yang menggunakan zip adalah Schott NYC dengan jaket kulit. Ia mula diperkenalkan secara umum dalam industri pakaian pada tahun 1925..

Kredit info: tajria.com

shared a post on Instagram: "Info. ‘zip’ dikatakan berasal dari bunyi ‘zip’ yang diciptakan oleh Syarikat B. F. Goodrich iaitu sebuah syarikat aeroangkasa pada tahun 1923. Manakala, jenama pertama yang menggunakan zip adalah Schott NYC dengan jaket kulit. Ia mula diperkenalkan sec...

Address

Jalan Panchor-Damar Laut
Pantai Remis
34900

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:30
Tuesday 10:00 - 17:30
Wednesday 10:00 - 17:30
Thursday 10:00 - 17:30
Friday 10:00 - 17:30

Telephone

0175602725

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Purchatailor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share