18/09/2017
Assalamualaikum wbt.
Bercerita kita pada hari ini berkenaan dengan satu tugasan agak mencabar iaitu pemantauan bumbung sebuah dewan dengan ketinggian 3 tingkat.
Seorang rakan alumni dari smkak telah menghubungi kami. Beliau mendapat satu input daripada pihak sekolah beliau berkenaan dengan kejadian kebocoran di dewan sekolah beliau. Apabila hujan, air mula nampak meleleh di dinding dan siling dewan tersebut. Keadaan ini sudah agak lama tetapi masih belum ada kepastian yang sebenar, adakah bumbung tersebut bocor atau pun perkara lain.
Perkara lain yang kita sebutkan kali ini mungkin air dari tangki simpanan air melimpah kerana overflow dan sebagainya.
Setelah satu tarikh ditetapkan, maka dengan persediaan cas bateri drone dan remote, kami bergegas ke dewan tersebut. Pada waktu ini, hujan di kawasan bandar baharu, adalah hampir setiap hari. Musim hujan kali ini memang membawa satu cabaran kepada bangunan bangunan tinggi.
Apabila sampai di sekolah, memang kelihatan dewan ini agak tinggi. Dengan ketinggian 3 tingkat. Dari sini kita menjangkakan adalah agak sukar untuk pemilik dewan tersebut membuat pemantauan, kerana, jika ingin mengupah buruh untuk naik ke atas bumbung, akan mengambil masa yang agak lama, seterusnya memerlukan tangga yang tinggi. Boleh jua melalui dalam dewan, tetapi untuk memanjat di bahagian bumbung agak berisiko memandangkan mengikut guru guru sekolah berkenaan, bumbung di dewan tersebut adalah agak usang. Memandangkan risiko bumbun reput dan sebagainya.
Dengan keupayaan phantom 3 drone, setelah gps dicapai hampir 8 buah satelit, penerbangan dimulakan dengan pemantauan di bahagian bumbung awning dewan tersebut. Hasil daripada gambar yang didapati awning tersebut juga agak uzur dan pengaratan sudah sangat ketara.
Penerbangan seterusnya di atas bumbung utama. Daripada pemantauan, kelihatan adanya penggantian bumbung iaitu bumbung yang berwarna biru. Manakala bumbung yang berwarna merah tidak berganti.
Apa lagi, kamera dihalakan 90 darjah menegak ke bawah. Dengan harapan kami dapat menangkap gambar dewan secara menegak. Beberapa kawasan telah dikesan dan hasil daripada gambar tersebut disimpan di dalam sd card yang tersedia. Pada masa ini, guru guru juga dapat melihat secara langsung keadaan bumbung dewan tersebut.
Setelah penerbangan selama 15 minit, drone diturunkan, kami pulang dan memasukkan gambar tersebut ke dalam drive storage untuk simpanan dan pemeriksaan. Hasil dari pemeriksaan, kelihatan dengan ketara bumbung tersebut sudah menunjukkan lubang lubang kebocoran. Lubang lubang ini agak nyata di bahagian berlongkang, hasil pembelajaran dengan kontraktor di Parit Buntar, Mr Mady, dan dari sini, air hujan yang mengalir telah masuk ke bahagian bocor tersebut dan terus mengalir ke dalam dewan.
Tanda kebocoran ditandakan dengan anak panah merah dan gambar ini dihantarkan secara whatsapp kepada rakan. Dengan ini, kami telah berjaya membantu sekolah tersebut untuk membuat tindakan selanjutnya kepada dewan tersebut seperti mengemukakan rayuan kepada pihak atasan secara segera berkenaan dengan kebocoran ini.
Hasil yang memberangsangkan. Jika sebelum sebelum ini, AerialWork menjalankan tugas tugas gimik pelancaran majlis, tetapi dengan beberapa aktiviti sebelum sebelum ini, aerialwork telah berjaya untuk menggunakan drone untuk membantu penduduk sekitar untuk membuat pemantauan bumbung bumbung samada premis syarikat mahupun premis kerajaan.
Jika anda mempunya kesukaran yang sama, iaitu pemantauan di tingkat yang tinggi, anda boleh menghubungi kami dan kami beroperasi dari sekitar Parit Buntar, Nibong Tebal dan Bandar Baharu. Pemantauan secara berkala kepada struktur struktur bangunan juga digalakkan supaya tiada kemalangan berlaku pada masa akan datang.
pm/whatsapp kami di 0194791185