19/05/2026
一年施肥3次还是4次?MPOB F4控释配方的关键优势
一般传统肥料的施用周期,多为每90天(3个月)一次。
而 MPOB F4 建议每4个月(120天)施用一次。这是因为 MPOB F4 是基于 Controlled Release(控释)技术 特别研发的配方,能够在较长施肥周期内,持续并稳定地供应养分。
在施肥计划、施肥量及施肥时间管理得当的情况下,每4个月施用一次,不但不会影响产量,也不会干扰油棕的雄花与雌花比例。
MPOB F4的不同之处在于:
1. Controlled Release(控释)技术
MPOB F4结合了速效、缓释及长效释放养分概念,可在约120天内持续供应养分,减少施肥周期之间养分不足或波动过大的问题。
2. 改善土壤物理、化学及生物特性
MPOB F4不仅提供作物所需养分,也有助于改善土壤结构、提升肥料效率、促进养分吸收,并支持更健康的根系与土壤环境。
3. 适用于问题性及关键地形区域
特别适用于丘陵地、沙质土、石质土、低阳离子交换容量(CEC)土壤,以及气候条件较严峻的地区,有助于减少养分流失与挥发,提高土壤保肥能力。
4. 化学、有机、沸石与PGPR EM技术结合
MPOB F4 9-6-18-2.5 + 0.5B 配方结合化学养分、有机质、沸石(Zeolite)及PGPR EM技术,在提供均衡营养的同时,也兼顾土壤改良与生物支持。
此组合有助于提高养分吸收效率、增强根系活力、提升微生物活性、减少养分损失,并进一步支持果串重量与雌花形成。
5. 稳定养分供应,支持花芽分化
油棕花器形成对养分稳定性非常敏感。当不同施肥周期之间养分波动过大,可能会影响花芽分化与果实形成。控释技术能提供更稳定的养分供应,有利于维持作物生长与产量表现。
6. 提高作业效率,减少田间损失
每4个月施用一次,有助于减少施肥次数、提高田间作业效率,并降低因天气、劳动力安排及频繁施肥所带来的管理风险。
总结来说,MPOB F4每4个月施用一次,并不是减少施肥,而是通过控释技术,让养分供应更稳定、更持久、更有效。
在适合及理想的田间条件下,MPOB F4不仅安全使用,更有助于提升养分吸收效率、促进雌花形成,并改善整体产量表现。
#农业小贴士 #生化复合肥 #5合1生化复合肥 #油棕 #油棕局
𝐁𝐚𝐣𝐚 3 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 4 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧? 𝐈𝐧𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐏𝐎𝐁 𝐅4
Lazimnya, aplikasi baja konvensional dilakukan setiap 90 hari (3 bulan) bagi setiap pusingan aplikasi.
Bagi MPOB F4, kami mengesyorkan aplikasi dilakukan setiap 4 bulan (120 hari) kerana formulasi ini direka khas berasaskan teknologi Controlled Release (Pelepasan Terkawal).
Formulasi MPOB F4 direka untuk memastikan bekalan nutrien yang konsisten sepanjang tempoh aplikasi tanpa menjejaskan pengeluaran atau mengganggu nisbah bunga jantan dan bunga betina, dengan syarat program aplikasi, kadar penggunaan, dan masa aplikasi diurus dengan betul.
Berikut merupakan kelebihan formulasi MPOB F4:
1. 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐥𝐥𝐞𝐝 𝐑𝐞𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞 (𝐏𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥)
MPOB F4 dibangunkan dengan konsep Controlled Release (Pelepasan Terkawal) yang menggabungkan nutrien fast-release (pelepasan cepat), slow-release (pelepasan perlahan), dan long-term release nutrients (nutrien pelepasan jangka panjang).
Ini membolehkan bekalan nutrien yang berterusan sepanjang tempoh 120 hari serta membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrien secara mendadak.
2. 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐅𝐢𝐳𝐢𝐤𝐚𝐥, 𝐊𝐢𝐦𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡
Formulasi ini dibangunkan berdasarkan sifat fizikal, kimia, dan biologi tanah.
Selain membekalkan nutrien, ia juga membantu memperbaiki keadaan tanah, meningkatkan kecekapan baja, meningkatkan penyerapan nutrien, serta membantu mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
3. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐩𝐨𝐠𝐫𝐚𝐟𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐥
Formulasi ini amat sesuai digunakan di kawasan topografi bermasalah dan kritikal seperti kawasan berbukit, tanah berpasir, tanah berbatu, tanah yang mempunyai kapasiti pertukaran kation yang rendah (Cation Exchange Capacity), serta kawasan yang menghadapi keadaan cuaca mencabar.
Ia membantu mengurangkan kehilangan nutrien melalui larut resap (leaching) dan pemeruapan yang sering berlaku dalam keadaan tanah dan cuaca tersebut, di samping meningkatkan keupayaan pegangan nutrien, ketersediaan nutrien, dan kecekapan penggunaan baja secara keseluruhan.
4. 𝐊𝐨𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐮𝐭𝐫𝐢𝐞𝐧 𝐊𝐢𝐦𝐢𝐚, 𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐆𝐏𝐑 𝐄𝐌
MPOB F4 merupakan formulasi gabungan antara nutrien kimia, bahan organik, zeolit, dan teknologi PGPR EM.
Formulasi 9-6-18-2.5 + 0.5B ini direka khas untuk meningkatkan hasil kelapa sawit dengan membekalkan nutrisi seimbang bersama penambahbaikan tanah dan sokongan biologi.
Gabungan ini membantu meningkatkan kecekapan penyerapan nutrien, menguatkan aktiviti akar, meningkatkan aktiviti mikroorganisma, mengurangkan kehilangan nutrien melalui larut resap (leaching) dan pemeruapan, meningkatkan berat tandan, serta membantu meningkatkan nisbah bunga betina.
5. 𝐊𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐭𝐫𝐢𝐞𝐧
Salah satu faktor penting ialah kestabilan bekalan nutrien.
Dalam banyak keadaan, tekanan terhadap pembentukan bunga berlaku apabila bekalan nutrien berubah secara drastik antara pusingan aplikasi. Baja Controlled Release (Pelepasan Terkawal) membantu menyediakan nutrien secara lebih stabil, yang memberi manfaat kepada pembentukan bunga dan proses pembentukan buah.
6. 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠
Selang aplikasi yang lebih panjang juga membantu meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja akibat gangguan cuaca semasa aplikasi yang terlalu kerap.
Oleh itu, aplikasi 4 bulan sekali tersebut memang direka khusus untuk MPOB F4. Apabila keadaan ladang berada dalam keadaan yang ideal, ia bukan sahaja selamat digunakan, malah dapat meningkatkan kecekapan penyerapan nutrien, merangsang pembentukan bunga betina, serta memperbaiki hasil secara keseluruhan.