19/02/2023
Ada satu kajian yang dibuat oleh NASA. NASA mengambil 2 buah jam yang sama yang kita panggil Atomic Clock. Salah satu jam ini dibawa ke International Space Station (ISS) yang jaraknya 480km dari bumi dan satu jam lagi berada di bumi.
Selepas setahun jam tersebut dibawa balik ke bumi, didapati jam yang dibawa balik dari ISS menunjukkan waktu yang kurang dari jam yang berada di bumi. As we go further away daripada bumi, masa bergerak perlahan dan itu telah dibuktikan oleh sains.
Scott Kelly, seorang angkasawan yang berada di ISS mempunyai seorang kembar seiras. Dia duduk di ISS selama setahun dan selepas p**ang ke bumi, ototnya berkurang 0.01 saat berbanding kembarnya, ini disebabkan jarak ISS adalah 480km.
Bayangkan sekiranya boleh ditunjukkan kepada kita, dunia atau alam semesta yang Allah Taala buat ini, makin jauh kedudukannya, makin berbeza waktunya.
Allah SWT sebut dalam Al-Quranul Karim dalam Surah Al-Mulk yang bermaksud :
“Dialah yang telah mencipta dan mengaturkan 7 petala langit yang berlapis-lapis. Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah.
Jika engkau ragu-ragu, maka ulangilah pandanganmu dan dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan. Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa daripada melihat sebarang kecacatan sedang ia p**a berkeadaan lemah lesu kerana habis tenaga dengan sia-sia.
Dan demi sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dari pandangan penduduk bumi dengan bintang-bintang dan Kami menjadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang”.
Subhanallah Maha Suci Allah.
Sekali-sekala rasa ingin berkongsi bidang yang diceburi dulu.