Institute Memandu TSSB

Institute Memandu TSSB Perkhidmatan Belajar Memandu Kenderaan Kereta & Motosikal

PUSAT BELAJAR MEMANDU KERETA DAN MOTOSIKAL
13/06/2012

PUSAT BELAJAR MEMANDU KERETA DAN MOTOSIKAL

12/06/2012

Langkah-langkah Untuk Mendapatkan Lesen Memandu Malaysia.

1) Berjumpa dengan pihak pengajar sekolah memandu atau institut memandu terlebih dulu.
-Jumpa serta beritahu pihak pengajar. Bincang dan beritahu beliau apakah jenis lesen-lesen yang hendak di ambil. Lesen motor B2 (bawah 250 cc) dan D (kereta).
-Umur kelayakan 16, B2 dan kereta 17 tahun.

2) Bincang tentang harga dan berapa kali hendak berlajar.
-Beritahu pengalaman memandu anda kepada sekolah memandu. Kena tahu berapa jumlah kali anda mahu belajar. Bincang sehingga anda merasa puas hati dengan harga yang di tawarkan oleh pengajar. Biasanya bayaran di ambil secara berperingkat.
-Sekiranya anda kurang puas hati dengan apa-apa jua pun, hendaklah bertanya pengajar sekolah memandu itu dengan jelas.

3) Kursus-kursus dan ujian undang-undang serta ujian pra di institut.
-Kursus-kursus yang hendak di hadiri anda termasuk:
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang di pusat komputer.
iii) Kursus teori 6 jam selepas lulus ujian undang-undang.
iv) Ujian pra atau Q.T.I. (Qualifying Test di Institut).
v) Ujian praktikal J.P.J.

4) Soal ulang ujian seperti gagal ujian undang-undang atau ujian praktikal.
-Anda mungkin gagal dalam ujian undang-undang. Demikian juga ujian praktikal D (kereta) atau B2 (motor). Kena tahu dengan jelas harga ulang test. Ingat serta catat dalam buku nota harga ulang test ini. Jangan sehingga berlaku pertelingkahan mengenai harga kemudian hari kelak.

5) Bayaran lesen “L” dan “P”.
Bertanya mengenai bayaran untuk lessen “L” dan “P” tersebut kerana dibayar secara berasingan.

6) Serahkan butir-butir peribadi dan bayaran deposit.
Hendak belajar memandu, haruslah serahkan:
i) Salinan fotostat MyKad.
ii) 2 keping gambar warna.
iii) Bayar wang deposit belajar.

7) Mengatur untuk hadiri kursus K.P.P. 5 jam.
Sebaik bayaran deposit, pengusaha sekolah memandu atau institut sudah tentu akan aturkan masa bagi anda hadiri kursus K.P.P. Biasanya hari-hari yang anda hendak hadiri kursus pada Jumaat dan Sabtu sahaja.

8) Ujian undang-undang di pusat komputer berdekatan.
Selepas beberapa hari tamat hadiri kursus K.P.P., anda di hendaki menduduki ujian computer 50 soalan. Hendak:
i) Berpakaian kemas.
ii) Bawa Mykad original.
iii) Pakai baju berkolar dan kasut.
iv) Bawa kad computer belajar kereta / motor.
Markah lulus ujian ini ialah 42.
Sekiranya gagal, untuk ulang ujian ini, anda dikenakan bayaran.

9) Menghadiri kursus teori 6 jam untuk dapatkan sijil JPJL2B.
-Selepas tamat dan lulus ujian komputer, anda di sediakan sijil. Sijil ini boleh sah 1 tahun. Atur dengan sekolah memandu bila anda menghadiri kursus 6 jam ini.
-Dengan sijil JPJL2B, anda boleh kemudian keluarkan lesen “L”. Biasanya, pihak sekolah memandu yang bertanggungjawab untuk keluaran lesen “L” anda. Anda hanya menunggu untuk di panggil belajar kereta atau motor saja.

10) Belajar kereta atau motor.
-Boleh belajar menunggang motor dengan “L” sendiri. Tapi, untuk latihan, hendaklah belajar dengan motor institut di perkarangan institut saja.
-Pengajar hendaklah seorang pengajar yang bertauliah serta bersijil. Biasa belajar 4 – 5 kali sebelum ujian pra atau Q.T.I. Belajar memandu serta belajar meletak kereta, naik bukit dan pusingan 3 penjuru p**a, terp**anglah kepada anda serta perjanjian anda dengan pihak sekolah memandu.
-Sepertimana di nyatakan terlebih dulu, ada yang mengambil 8, 10 atau 16 kali. Terserahlah kepada kepandaian dan kebijaksanaan andalah.

11) Ujian pra atau Q.T.I.
-Ujian ini di jalankan sebelum anda pergi ke ujian praktikal J.P.J. Pengajar anda akan mengatur anda di uji oleh para pengajar institut.
-Jangan terlalu khuatir. Penguji-penguji semata-mata hendak tunjuk ajar anda sahaja. Sekiranya anda benar-benar lemah, mereka akan menasihat belajar satu-dua kali lagi.

12) Ujian praktikal J.P.J.
-Anda akan menghadapi 2 peringkat ujian. Yang pertama adalah bahagian naik bukit, meletak kereta secara undur tepi dan pusing tiga penjuru. Bahagian kedua ialah ujian jalan raya. Sekiranya anda lulus dalam kedua-dua bahagian, anda di anggap sudah berjaya! Anda sudah boleh di tawarkan lesen memandu kelas D untuk memandu kereta.

13) Untuk mendapatkan lesen “P”.
-Dengan kad biru ujian praktikal, anda hendaklah serahkan butir-butir di bawah kepada pengajar sekolah memandu anda:
i) 2 keping gambar warna.
ii) 1 keping salinan fotostat MyKad.
iii) Keputusan-keputusan komputer.
iv) Baki Bayaran.
-Pengusaha sekolah memandu perlukan 2 – 3 hari untuk mengeluarkan lesen “P” anda. =)

12/06/2012

PROSES PERMULAAN AMBIL LESEN (L)
1) KURSUS KPP
2) UJIAN BERKOMPUTER
3) KURSUS AMALI MOTOR @ AMALI KERETA
4) DAPAT LESEN 'L'
5) BELAJAR MOTOR @ KERETA
6) QTI (UJIAN KELAYAKKAN UNTUK TEST)
7) TEST DENGAN JPJ
8) DAPAT LESEN 'P' TEMPOH 2 TAHUN
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI POKKU : 013-9563071 @ EMAIL: [email protected]

Address

Pasir Puteh
16800

Telephone

+60139563071

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute Memandu TSSB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share