16/08/2023
Ramai mungkin tidak tahu bahawa susu jenama "Farm Fresh" adalah milik Malaysia.
Syarikat Holstein Milk Company yang membina jenama ini dimulakan pada tahun 2007 oleh Encik Loi Tuan Ee yang mengajak Encik Azmi Zainal menjadi rakan perniagaan untuk menerajui industri tenusu kita.
Masa itu, mereka masih perniagaan yang kecil. Cuma ada 60 ekor lembu sahaja.
Tidak lama kemudian, Khazanah Nasional melabur di dalam syarikat tersebut untuk memiliki kepentingan saham 30%.
Syarikat itu juga dipilih sebagai projek permulaan (EPP) 13 untuk memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) Najib untuk mengurangan kebergantungan negara kepada hasil tenusu import.
Sebagai sebuah syarikat di bawah EPP negara, syarikat Holstein itu menerima banyak bantuan dari kerajaan BN dahulu.
Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada tahun 2012.
Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.
Lembah tenusu ini amat berjaya dan ramai petani tempatan diberi peluang menternak lembu tenusu untuk membekal kepada syarikat Holstein dan syarikat-syarikat susu yang lain.
https://www.hmetro.com.my/node/218708
Selain itu, model pemasaran unik Farm Fresh yang menggunakan ramai distributor dan ejen tempatan telah banyak mewujudkan banyak peluang pekerjaan bagi Rakyat biasa.
Hari ini syarikat Holstein dengan jenama "Farm Fresh" telah berjaya menguasai melebihi 50% dari pasaran susu tempatan dan menjadi jenama susu nombor satu negara serta mengalahkan jenama-jenama asing terkenal yang sudah berpuluh tahun lamanya.
Pada tahun 2008, Malaysia hanya mengeluarkan 5% daripada permintaan susu segar negara. Baki 95% bergantung pada import.
Ini telah naik ke 60% pada tahun 2019 dan dijangka akan mencapai tahap 100% pada tahun 2025 dan seterusnya Malaysia mampu menjadi sebuah negara pengeksport susu.
Farm Fresh juga berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia tahun lepas dengan nilai RM2.5 bilion - bermakna Khazanah mengaut keuntungan berbilion.
Bermakna projek ETP Najib ini menepati sasarannya setelah berjaya mengurangkan kebergantungan negara pada susu import, mewujudkan ramai peluang pekerjaan serta usahawan dan juga mengaut keuntungan bagi kerajaan dan negara.