Zarra Chocolate & Catering

Zarra Chocolate & Catering ditubuhkan pada 2012
sedia menguruskan dan menyedia perkhidmatan katering

23/10/2017

Lapar perut dibuatnye ..

Amalkan 5s .. dipremis kita
21/10/2017

Amalkan 5s .. dipremis kita

05/07/2017

AYAM SEGAR ATAU TAK
===================
Kalau nk pilih ikan kalau mata merah tu admin tau lah ikan tak fresh .. nah tips pilih ayam .. semoga bermanfaat..
Kredit : Siakap Keli
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Membeli barangan segar di pasaraya adalah salah satu rutin yang dilakukan oleh surirumah mahu pun wanita, yang mana membeli dalam kuantiti yang banyak, atau secara mingguan, bergantung pada penggunaanya.

Dalam memilih barangan segar, seperti buah-buahan, sayur, mahu pun ikan, ayam, serta daging, kita pasti tidak ingin terambil makanan yang sudah lama, dan hampir busuk atau layu.

Untuk mereka yang berniaga, mempunyai pusat asuhan, atau seorang ibu juga isteri, memberikan makanan yang sihat dan baik buat keluarga adalah satu kemestian.

Oleh itu, seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, Cik RuQayyah Muhd telah kongsikan beberapa tip yang boelh diikuti, dalam memilih ayam segar.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.

Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.

Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.

Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.

Lima tips memilih ayam segar.

1. Warna ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

2. Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.

Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

3. Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

5. Lalat

Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

Selamat membeli ayam segar.

24/06/2017

How to deal with meat

09/06/2017

Sedar tak sedar dah setengah bulan kita menjalani ibadah puasa, Ramadhan tahun 2017 admin tak ambil tempahan kuih atau berniaga di mane2 bazaar . Memang perancangan mahu berehat.
Jika diizinkan lepas cuti aidilfitri pengurus ZC&C nak launch projek yg berskala kecil sbg permulaan yg lebih besar.

"Jika kita membantu pelanggan pasti perniagaan itu akan membantu kita" - foundr megazine

Petua di dapur, tq admin
17/09/2016

Petua di dapur, tq admin

I LOVE COOKING!:)

Address

Pekan
26600

Telephone

+601110858597

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zarra Chocolate & Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share