Maa Omeyy

Maa Omeyy Pes Kawah Bonda Nikmati kebahagian seisi Keluarga di Meja Makan.

18/06/2026
17/06/2026

ROTI GEBU LEMBUT SEHINGGA ESOK πŸ₯°πŸž

Alhamdulillah, masuk hari kedua pun roti masih lembut, gebu dan sedap dimakan. Satu adunan ni boleh dapat 3 jenis roti sekali 😍

πŸ“ Cara-Cara:

βœ… Satukan semua bahan dan uli lebih kurang 30 minit sehingga doh licin dan elastik.

βœ… Buat Windowpane Test – tarik doh perlahan-lahan. Jika boleh ditarik nipis tanpa koyak, maknanya doh dah siap diuli πŸ’ͺ

βœ… Rehatkan doh selama 15-20 minit dan tutup dengan kain bersih.

βœ… Selepas rehat, tekan doh perlahan-lahan untuk keluarkan angin.

βœ… Timbang doh mengikut saiz yang dikehendaki (Β±35g – 50g untuk bun).

βœ… Bulatkan doh sehingga permukaannya licin dan cantik.

βœ… Bentukkan mengikut citarasa dan susun di atas loyang.

βœ… Tutup dengan kain dan biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda saiz asal (lebih kurang 30-35 minit).

βœ… Sapu sedikit susu full cream di atas permukaan roti sebelum dibakar.

πŸ”₯ Bakar pada suhu 180Β°C selama 15-20 minit atau sehingga perang keemasan.

✨ Selepas keluar dari oven, terus sapu marjerin cair supaya roti kekal lembut dan nampak berkilat cantik.

Hasilnya memang gebu, berserat halus dan kekal lembut walaupun disimpan sehingga keesokan hari. Selamat mencuba ❀️🍞πŸ₯°

Address

Pekan
26600

Telephone

+60179515581

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maa Omeyy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share