07/06/2022
Pilihan hibah
Kini, ramai semakin tahu fungsi hibah dan berasakan ia penyelesaian terbaik. Namun, hibah itu sendiri mempunyai ilmu yang meluas. Belajar dan bergurulah untuk mengetahuinya lebih mendalam. Apabila ilmu tidak ada, kita akan membuat keputusan yang kelak membuatkan ramai insan teraniaya. Apabila sesuatu harta sudah dihibah ketika pemberi hidup, kita tidak berhak mempertikaikannya.
Peniaga dalam talian, Adha Mansor, 38, yang ditanya kefahamannya mengakui tahu hibah itu adalah hadiah.
โSetahu saya, hibah adalah hadiah untuk ahli keluarga atau mereka yang disayangi dan ia dilakukan ketika masih hidup,โ katanya.
Adha mahu menggunakan hibah dalam pembahagian hartanya kelak kerana baginya ia antara cara terbaik mengelak pertelingkahan di kemudian hari.
โJuga ini peluang untuk memudahkan proses pembahagian harta apabila kita sudah mati kelak. Sebagai isteri dan ibu, saya memang akan memilih kaedah hibah ini. Jika ada lebih harta baru buat faraid,โ katanya.
Zaidatul Akhmar, 49, juga memahami hibah adalah pemberian hadiah. Dia juga akan memilih hibah bagi pembahagian hartanya kelak.
โFaraid sesuatu yang sudah tetap dalam hukum tetapi saya akan pilih hibah. Ramai lagi yang tiada pendedahan mengenai hibah ini,โ akui Zaidatul.
Raja Saliza Jaafar, 49, p**a berkata tidak banyak yang diketahui mengenai hibah. Namun dalam pengetahuannya, dia nampak hibah lebih sesuai dengan dirinya.
Hibah makin dikenali dan semakin ramai yang mahu menggunakannya. Keadaan ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya, adakah hibah jalan terbaik dan lebih elok berbanding faraid? Ada juga yang ragu-ragu. Sekali lagi, bertanyalah kepada mereka yang arif mengenai hukum-hakam hibah