RM Company Secretaries

RM Company Secretaries Licensed Company Secretary by SSM. Secretarial Service

We provide many range of Secretarial Services such as company incorporation, company strike off, preparation of resolution, setting up company bank account and many more at affordable cost

21/03/2025
25/02/2025
18/02/2025

KUALA LUMPUR: Majikan sektor swasta atau awam perlu melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai pemberhentian atau kematian pekerja mereka bagi memudahkan urusan percukaian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pungutan Hasil LHDN Azharuddin Mohd Ali berkata pemberitahuan itu perlu dihantar menggunakan Borang CP22B bagi sektor awam dan CP22A (swasta) sekurang-kurangnya 30 hari sebelum pemberhentian kerja, atau tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan tentang kematian bagi membolehkan pihaknya mengeluarkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC).

"Majikan diwajibkan menahan mana-mana wang yang boleh dibayar kepada pekerja selama 90 hari atau sehingga SPC. Ini adalah dalam kes pemberhentian kerja, pemberhentian disebabkan kematian atau apabila pekerja meninggalkan Malaysia melebihi tiga bulan tanpa niat untuk kembali.

"Tindakan ini diambil untuk memastikan pekerja itu menyelesaikan segala tunggakan cukai sekiranya ada, sebelum mereka bekerja dengan majikan lain atau kembali ke negara asal," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu program Klinik Cukai LHDN bertajuk '10 Perkara Perlu Tahu Sebagai Majikan Bertanggungjawab' di Bernama Radio di sini hari ini.

Azharuddin berkata bermula 1 Sept 2024, permohonan pindaan atau tambahan maklumat pekerja wajib dikemukakan melalui e-SPC di portal MyTax, manakala permohonan pembatalan boleh dikemukakan secara manual ke pejabat LHDN yang mengendalikan fail cukai pekerja itu.

Sementara itu, Azharuddin mengingatkan para majikan supaya menyedia dan menyerahkan penyata saraan EA (bagi sektor swasta) dan EC (bagi sektor awam) kepada pekerja sebelum atau pada 28 Feb setiap tahun.

Beliau berkata penyata saraan EA dan EC ini perlu diserahkan mengikut tarikh yang ditetapkan bagi membolehkan pekerja melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengemukakan Borang Nyata (BN) kepada LHDN dalam tempoh yang ditetapkan.

"Penyata EA dan EC adalah dokumen penting yang diperlukan oleh pembayar cukai untuk melaporkan pendapatan mereka kepada LHDN menerusi e-Filing, yang akan bermula pada 1 Mac 2025," katanya.

Azharuddin turut menyarankan semua majikan di negara ini supaya segera membuat pendaftaran peranan Majikan, Wakil Majikan dan Pentadbir PCB di MyTax dalam sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu iaitu e-PCB Plus, sebelum sistem itu dilaksanakan sepenuhnya kelak.

Beliau berkata pendaftaran peranan di sistem baharu itu bagi memastikan proses pengemukaan berkaitan percukaian dapat diselesaikan dengan lancar serta memudahkan proses peralihan.

LHDN sebelum ini memaklumkan e-PCB Plus akan diperkenal untuk menggantikan sistem sedia ada seperti e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39, dengan menggabungkan ketiga-tiga sistem itu di bawah satu platform menerusi portal MyTax.

Sumber : BERNAMA

15/01/2025
31/08/2024

Gaji Owner Sdn Bhd.
Benda paling best dekat Sdn Bhd adalah game gaji owner dan dividen. Benda ni boleh plan dan tak menyalahi undang-undang. Tapi bab gaji ni ada banyak benda berkait.
1. Cukai personal.
Kalau kita ambil gaji tinggi, potong pcb tinggi atau potong zakat tinggi. Kalau rendah gaji, rendah lah potong.
2. Cukai sdn bhd.
Kalau kita ambil gaji tinggi, untung Sdn Bhd akan rendah. Tax Sdn Bhd akan rendah. Kalau gaji kita rendah, maka naik la untung Sdn Bhd dan cukainya. Jangan ambil gaji tinggi sampai syarikat rugi. Tak bagus.
3. EPF
Apabila kita ambil gaji tinggi, EPF juga akan tinggi. Boleh juga pilih tak nak carum epf melalui elaun, tapi tak memberi manfaat sangat. Sebaiknya epf kan gaji anda.
4. Zakat.
Ini benda paling penting dunia akhirat. Apapun strategy kita guna, kena bayar zakat sebetulnya. Pusing punya pusing terkurang bayar zakat, naya kena bakar.
5. Dividen
Kalau gaji rendah, tapi nak income banyak, kita as owner boleh ambil dividen.

Address

Lot No. 10, 2nd Floor, Plaza 333, Kobusak Commercial Centre
Penampang
89500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RM Company Secretaries posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share