Perancangan Harta & Penulisan Wasiat Al Intisar Consultancy

Perancangan Harta & Penulisan Wasiat Al Intisar Consultancy PENULISAN WASIAT, DEKLARASI HIBAH, DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN DAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA.

PENGENALAN HARTA PUSAKA:Menurut kamus Dewan, Pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal...
05/08/2019

PENGENALAN HARTA PUSAKA:

Menurut kamus Dewan, Pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia, (untuk diwarisi oleh keluarganya) Dalam bahasa Arab, pusaka dipanggil Al Irth, Al Wirth, atau Al Wirathah yang dalam bahasa Melayu dipanggil Warisan.
Menurut istilah Syara’ harta warisan atau mirath ialah harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia yang telah menjadi hak mutlak ahli warisnya untuk diagih-agihkan di kalangan mereka yang berhak.

HARTA PUSAKA TERMASUK:

1-Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
2-Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
3-Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
4-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
5-Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.

HARTA PUSAKA TIDAK TERMASUK:

1-Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan, dan dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
2-Khairat kematian.
3-Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian.
4-Imbuhan, pampasan dan saguhati.
5-Pencen terbitan.
6-Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)
7-Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya..

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Hubungi sy utk pertanyaan lanjut:

Al Intisar Consultancy
Ropiza bt Abdul Ghani
0124576794
Perancang Harta Pusaka Islam
As salihin Trustee Bhd
https://wasiatAlintisar.wasap.my

03/08/2019

isteri bukanlah automatik penjaga harta anak bawah umur sekiranya suami meninggal..perlu lantik dlm dokumen WASIAT..

ISTIMEWA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN ! Jom menjadi penyelesai kepada masalah orang Islam & sertai kami sebagai Perancang H...
02/08/2019

ISTIMEWA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN !

Jom menjadi penyelesai kepada masalah orang Islam & sertai kami sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP as-Salihin)!

1) Fahami proses dan selok belok pengurusan harta pusaka Islam.

2) Pelajari hukum faraid & pembahagiannya

3) Mendalami ilmu mengenai Wasiat, Hibah & Harta Sepencarian serta instrumen perancangan pusaka Islam yang lain.

4) Lesen seumur hidup beserta penulisan wasiat PERCUMA.

5) Menjana pendapatan di samping menunaikan Fardu Kifayah!

Sertai kami segera kerana tempoh adalah terhad !

as Salihin Trustee Berhad menawarkan PROMOSI ISTIMEWA bagi mereka yang mendaftar sebagai Perancang Harta Pusaka pada bulan Ogos 2019 ini !

Daftar segera!!

:: Pakar Perancang Harta Pusaka Islam ::

hubungi saya utk info selanjutnya:

https://wasiatAlintisar.wasap.my

Pengurusan Harta Pusaka Tanpa WasiatApabila berlaku sahaja kematian, semua harta si mati samaada harta alih dan tak alih...
02/08/2019

Pengurusan Harta Pusaka Tanpa Wasiat

Apabila berlaku sahaja kematian, semua harta si mati samaada harta alih dan tak alih diletakkan sebagai status harta beku.

Jadi, untuk mencairkannya, perlu melalui proses-proses yang berikut:

1. Waris-waris perlu berkumpul dan melantik seorang pentadbir. Pelantikan pentadbir hendaklah secara bertulis, disahkan dan dipersetujui semua waris.

2. Kumpul maklumat berkenaan semua hartayang ditinggalkan. Oleh kerana si mati tidak membuat wasiat, kemungkinan dokumen-dokumen berkaitan hartanya juga tidak disimpan dengan baik. Maka, pentadbir perlu mendapatkan semua dokumen tersebut.

3. Kumpul maklumat berkenaan semua waris. Semua waris perlu dikenalpasti dan dijejaki. Jika waris telah mati, dapatkan sijil kematian. Bagi waris yang hilang, perlu mendapatkan Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah Tinggi.

4. Buat penilaian ke atas harta pusaka. Nilai harta akan menentukan ke mana tempat untuk memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA). LA boleh dimohon di:

– Mahkamah Tinggi – Harta alih dan tak alih melebihi RM 2 juta / Harta alih sahaja melebihi RM 600,000

– Pejabat Pusaka Kecil – Harta alih dan tak alih bersamaan atau kurang RM 2 juta

– Amanah Raya Berhad – Harta alih sahaja bersamaan atau kurang RM 600,000

5. Bagi orang Islam, perlu memohon Sijil Faraid di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Sijil Faraid mengandungi maklumat berkenaan nilai harta pusaka, nama waris-waris yang berhak dan kadar bahagian setiap waris. Sijil Faraid memastikan tiada kezaliman dan keciciran ke atas setiap waris yang berhak.

6. Selepas mendapatkan Sijil Faraid, perlu memohon Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration, LA) di mana-mana institusi bergantung kepada nilai harta pusaka. Jika melibatkan Mahkamah Tinggi, dua orang penjamin yang memenuhi syarat tertentu dan peguam diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

7. Selepas mendapatkan LA, barulah pemegang LA boleh mencairkan harta pusaka, membayar hutang si mati dan membahagikan kepada waris-waris mengikut kadar yang ditentukan. Pemegang LA juga boleh melakukan permohonan pindahmilik di semua institusi yang berkaitan.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat memang satu proses yang panjang dan memakan masa, boleh menjangkau sehingga 3 ke 5 tahun.

Proses yang panjang ini juga boleh menyebabkan kos yang lebih tinggi.

Lebih parah lagi jika ada masalah-masalahseperti yang berikut:

– Waris tidak sepakat untuk melantik pentadbir/dalam pembahagian harta

– Waris hilang tidak dapat dijejaki

– Dokumen-dokumen tidak lengkap

– Waris tidak punyai masa/sibuk untuk menguruskan proses tuntutan

– Waris tidak tahu cara/proses membuat tuntutan harta pusaka

– Terdapat tuntutan daripada pihak lain

Sebab itulah pentingnya wasiat disediakan semasa hidup, supaya proses tuntutan yang panjang ini tidak dilalui dan masalah-masalah lain tidak timbul.

hubungi sy utk info selanjutnya:

Al Intisar Consultancy
Ropiza bt Abdul Ghani
https://wasiatAlintisar.wasap.my
Perancang Harta Pusaka Islam
As Salihin Trustee Bhd

Pengurusan Risiko-risiko Yang Mungkin Berlaku Selepas Kematian.Kematian adalah sesuatu yang pasti. Manusia, terutamanya ...
02/08/2019

Pengurusan Risiko-risiko Yang Mungkin Berlaku Selepas Kematian.

Kematian adalah sesuatu yang pasti. Manusia, terutamanya Muslim, selalu takut atau risau dengan kematian. Selalunya kerisauan adalah berkaitan tentang:
1. Diri kita dan apa yang kita bawa ke akhirat.
2. Apa yang akan kita tinggalkan.

Untuk point No. 2, secara asasnya apa yang akan kita tinggalkan di dunia adalah ahli keluarga, harta pusaka, dan hutang-piutang. Urusan tentang semua perkara ini masih belum selesai walaupun setelah kematian kita.

Kita perlu menyelesaikan tunggakan hutang kita, kerana ianya masih lagi tanggungjawab kita. Roh kita 'tergantung' sehinggalah hutang diselesaikan.

Apatah lagi ahli keluarga kita. Ini perkara yang paling selalu kita risaukan sekiranya kita mati. Kita yang selalu memastikan survival ahli keluarga terjamin semasa kita hidup, kalau boleh kita juga nak pastikan survival mereka terjaga selepas kita tiada.

Harta pusaka, secara mudah kita katakan akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Tapi benarkah akan berlaku begitu? Berapa banyak rumah-rumah yang tiada legasi dan tak diturunkan hakmilik selepas kematian pemilik. Betapa banyak perniagaan yang tiada kesinambungan dan 'mati' bersama kematian business owner.

Risiko-risiko ini perlu diuruskan dengan baik dan dirancang semasa hidup. Bukan semata-mata untuk kebaikan kepada apa-apa dan siapa-siapa yang ditinggalkan, tapi ianya juga baik untuk bekalan si mati ke akhirat nanti.

Sebab itulah pentingnya *wasiat disediakan semasa hidup, supaya proses tuntutan yang panjang tidak dilalui dan masalah-masalah lain tidak timbul.

hubungi saya utk info selanjutnya:

https://wasiatAlintisar.wasap.my

Address

Kepala Batas
Penang Island
13200

Telephone

0124576794

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perancangan Harta & Penulisan Wasiat Al Intisar Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perancangan Harta & Penulisan Wasiat Al Intisar Consultancy:

Share