NoorSweet & Sour Jeruk Ibu

NoorSweet & Sour Jeruk Ibu jeruk ibu asli yg memenuhi citarasa

17/07/2024

Resepi Susu Pekat Buatan Sendiri 🥛🍯

📝Bahan-Bahan :
- 1 cawan susu tepung🥛
- 1 cawan gula 🍬
- 1/4 cawan air 💧
- 1 sudu besar esen vanila 🍦

===============================
♨️ Cara-Cara :
1. 🥄 Campurkan gula dan air dalam periuk dengan api sederhana-rendah hingga gula larut sepenuhnya. Jangan biarkan campuran mendidih atau berwarna coklat.

2. 🔄 Setelah gula larut, pindahkan ke dalam pengisar (lebih baik dalam balang kaca). Kisar selama satu minit, kemudian tambah esen vanila.

3. 🥤 Masukkan serbuk susu sedikit demi sedikit tanpa berhenti mengisar.

4. ⏳ Selepas semua serbuk susu ditambah, kisar selama lebih kurang lima minit. Untuk mengelakkan pengisar panas, boleh matikan setiap satu minit selama 30 saat. Jika campuran terlalu pekat, tambah 2 atau 3 sudu besar air sambil terus mengisar.

5. 🥶 Apabila siap, pindahkan campuran ke dalam balang kaca, biarkan sejuk, dan simpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba! 🥳

17/07/2024
02/06/2023
28/10/2022

Resepi Coleslaw

Bahan-bahan:

1 biji kubis potong dadu
1 btg carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (dutch lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sb perahan lemon
1 ½ sb cuka
½ sk garam
⅛ sk serbuk lada hitam

Cara-cara:

1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman

Kredit to owner

28/10/2022

RESEPI KERUTUK DAGING
--------------------------------------------
Daging (potong ikut s**a)
1bj bawang bsaq*
3ulas bawang putih*
5btg serai*
1inci halia*
6tgkai cili kering*
1inci lengkuas (ikut s**a)* saya skip
Sdikit jintan manis (ikut s**a)*
Kerisik (ikut s**a)
1bungkus rempah kerutuk
1/2kotak santan
Gula (gula nisan, melaka, perang o gula biasa)
Serbuk perasa
Garam
Rempah 4 sekawan

Cara
1. Potong kasar bhn btanda * dan blend hgga halus bsma sdikit air dan myk..
2. Tumiskan rempah 4 sekawan... bhn blend hgga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hgga pecah myk bru msukkan daging bsma santan dan kerisik..masak hgga dgg empuk
3. Dah empuk bru msukkan gula dan serbuk perasa...kuah ikut s**a nk tahap kpekatan tu camna..klu s**a bkuah bleh tambah ayaq..klu nk kering terus masak smpai kering...

Selamat Mencuba😉

**resepi Dr group ni jugak x ingat sapa owner dia

Kredit Resepi : jamaliah samsudin

Assalamualaikum semua, MCO dilanjutkan. Kedai kami tak bukak lagi, jadi sapa2 nak beli jeruk kamiii, boleh order lagi na...
19/04/2020

Assalamualaikum semua, MCO dilanjutkan. Kedai kami tak bukak lagi, jadi sapa2 nak beli jeruk kamiii, boleh order lagi nah. Jeruk packing mcm biasa. Ada betik, mangga, kelubi dan macam2 lagi, nak campur semua pun boleh. Hampa order kami cod kt rumah hampa 🤗😚 sebarang pertanyaan boleh pm facebook ni atau contact 017-4209446 kaknor 💝

🌹 Cod area Penang sahaja (dalam pulau) 🌹

Asalamualaikum semua..Sila la datang ke kedai jeruk ibu..kami baru berpindah kekedai baru depan jalanpenang berhadapan d...
06/02/2020

Asalamualaikum semua..
Sila la datang ke kedai jeruk ibu..kami baru berpindah kekedai baru depan jalanpenang berhadapan dgn kedai cendol ..

08/01/2020

Jeruk ibu telah berpindah ke kedai baru 😍
No 304-G, Penang Road, 10050, Pulau Pinang.

Address

Penang Island
10000

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:30
Tuesday 09:00 - 19:30
Wednesday 09:00 - 19:30
Thursday 09:00 - 19:30
Friday 09:00 - 19:30
Saturday 09:00 - 19:30
Sunday 09:00 - 19:30

Telephone

+60174209446

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NoorSweet & Sour Jeruk Ibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share