05/01/2024
Pengguna aplikasi myJPJ selalu keluh: "Kereta milik saya, tapi kalau ibubapa, suami/isteri, teman lelaki/perempuan atau kawan yang pandu, macam mana tunjuk Digital Roadtax kalau roadblock?"
Kini, myJPJ telah tambah fungsi "kongsi" Digital Roadtax.
Jom ikut 7 langkah berikut:
1) Login, Klik "Profil"
2) Klik "Lesen Kenderaan Motor" & Pilih "No Pendaftaran Kenderaan"
3) Klik "KongsiLKM"
4) Klik "+" untuk kongsi kepada penerima baru
5) Masukkan "No KP Penerima" & Tempoh
6) Pengesahan "No KP Penerima" & Tempoh
7) Paparan "Kod Keselamatan" untuk diberi kepada penerima untuk aktifkan paparan Digital Roadtax di MyJPJ Penerima
atau
MyJPJ Penerima terima kod keselamatan dalam inbox dan aktifkan paparan Digital Roadtax
Mudah sahaja. Jom Langkah Pendigitalan!
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- AnthonyLoke