KakakPusaka

KakakPusaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KakakPusaka, Penang Island.

Urus Pusaka, Khidmat Perundingan Harta Pusaka & Perwarisan Legasi, menyediakan perkhidmatan perancangan harta dan warisan berdasarkan prinsip syariah bagi memenuhi keperluan umat Islam untuk melindungi, memelihara dan mengagih harta.

Geran tak adaโ€ฆ masih boleh urus pusaka?Jawapan dia : boleh tapi kena tahu dokumen yang betul.Ramai waris stuck dekat sin...
01/04/2026

Geran tak adaโ€ฆ masih boleh urus pusaka?
Jawapan dia : boleh tapi kena tahu dokumen yang betul.

Ramai waris stuck dekat sini sebab tak faham beza 2 dokumen penting :

๐Ÿ“Œ Salinan Sah Hakmilik
๐Ÿ“Œ Carian Hakmilik

Walaupun nampak macam sama, sebenarnya fungsi dia tak boleh ganti antara satu sama lain.

Salinan Sah Hakmilik
๐Ÿ‘‰ Salinan rasmi pengganti geran asal
๐Ÿ‘‰ Digunakan bila geran hilang atau tiada dalam simpanan waris

Carian Hakmilik
๐Ÿ‘‰ Tunjuk status semasa dan sejarah transaksi
๐Ÿ‘‰ Semak ada sekatan, gadaian atau isu yang boleh sangkutkan proses pusaka

Dalam kes pusaka,
kalau tak ada dua-dua ni risiko urusan jadi tak lancar.

Kalau korang ada situasi:
โœ” Geran hilang
โœ” Tak pasti status tanah arwah
โœ” Waris dah ramai dan makin complicated.

Lebih baik semak awal.
Sebelum benda kecil jadi besar.

06/11/2025

โ€œBoleh ke urus pusaka kat Pejabat Pusaka Kecil kalau dulu dah mohon kat Amanah Raya?โ€ ๐Ÿค”

Jawapannya boleh !
Asalkan nilai gabungkan keseluruhan harta tak lebih RM5 juta.

Ramai waris pun buat macam ni sebenarnya.
Biasanya mereka akan selesaikan dulu harta alih macam duit simpanan, kereta, atau motorsikal. Bab tu senang sikit nak urus.

Tapi bila sampai bab rumah dan tanah, ramai yang tangguh dulu.
Kadang sebab tak tahu nak teruskan, kadang sebab kos, kadang sebab waris,
kadang sebab fikir, โ€œAlaa nanti lah...โ€.

Padahal, semua tu boleh je jalan sekali
asalkan dokumen lengkap dan tempat yang betul.

Ada beza antara urus di Amanah Raya dan di Pejabat Pusaka Kecil.
Nanti saya share dalam next posting.

Kali ini Kak nak cerita pasal permohonan pusaka yang selalu jadi masalah kat banyak orang. Mesti korang dah tahu, kalau ...
09/01/2024

Kali ini Kak nak cerita pasal permohonan pusaka yang selalu jadi masalah kat banyak orang. Mesti korang dah tahu, kalau nak uruskan pusaka bukan setakat kena ada dokumen yang lengkap, tapi juga kena ada masa dan duit.

Kak sendiri dah banyak kali handle permohonan pusaka untuk klien. Lepas je serahan kaunter, Kak tak bersenang-senang. Kak kena follow up terus sampai klien dapat tarikh bicara. Tapi, kadang-kadang kak pun tak boleh buat apa, sebab semua dah jadi bidang kuasa pejabat pusaka nak tentukan bila tarikh bicara pusaka.

Masalahnya, ramai orang tak sabar tunggu proses ni. Lagi-lagi kalau harta pusaka tu nak jual dan dah ada pembeli. Tiba-tiba ada yang nak guna duit buat pindah rumah, ada yang nak beranak, ada yang nak kawin lagi, ada yang nak beli talipon bimbit. Ada yang nak renovate rumah.....Macam-macam la tiba-tiba.

Padahal, Kak bagi nasihat dah, kalau nak cepat, guna khidmat peguam untuk buat permohonan ke mahkamah tinggi. Tapi, biasanya dia orang tak nak keluar duit dulu untuk bayar fee peguam. Padahal, nanti harta pusaka dah jual, kan boleh balik modal. Malah boleh untung banyak.

Sekarang, Kak ada satu permohonan pusaka yang sampai hari ni tak ada lagi tarikh bicara. Jawapan cuma โ€œmasih dalam proses, Puan. Kami akan maklum bila ada tarikhโ€.

Padahal, permohonan ni dah dari bulan Febuari 2023 tau. Nak hampir setahun kan?......

Bayangkan, betapa panjang dan penatnya proses ni.

Jadi, Kak nak pesan ni, kat korang yang ada harta pusaka atau nak urus pusaka. Jangan main-main, ye. Kalau ada kematian, cepat-cepat kumpul adik beradik, waris-waris, cepat-cepat lantik pentadbir dan buat proses tuntutan.
Jangan tangguh-tangguh, nanti susah.
Proses ni tak selesai dalam sekelip mata, boleh berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun.

Kalau korang nak tanya-tanya lagi pasal permohonan pusaka, boleh hubungi Kak.
Kak sedia membantu korang dengan senang hati. Itu je posting kak kali ni, harap bermanfaat.

22/03/2023
"Pusaka Keliru"Dahulu kala di sebuah kampung yang kecil, terdapat sebuah keluarga yang berselisih faham selama berabad-a...
27/01/2023

"Pusaka Keliru"

Dahulu kala di sebuah kampung yang kecil, terdapat sebuah keluarga yang berselisih faham selama berabad-abad kerana warisan harta pusaka mereka. Bapa keluarga itu telah meninggal dunia, lalu meninggalkan sebuah wasiat yang menyatakan bahawa harta tersebut akan dibahagikan sama rata di antara anak-anaknya. Namun, anak lelaki yang sulung merasakan dia harus mendapat bahagian yang lebih besar kerana dia telah menjaga harta tersebut selama bertahun-tahun. Ini menyebabkan perselisihan antara adik-beradik, dan mereka tidak dapat mencapai persefahaman.
Masalah itu semakin memburuk dan menjadi lebih rumit seiring berjalannya masa. Mesyuarat diadakan, tetapi tiada kemajuan dicapai. Akhirnya, adik-beradik itu sedar bahawa jika mereka tidak segera mencapai persefahaman, harta warisan itu akan menjadi beban bukannya berkat.
Suatu hari, anak lelaki yang paling bongsu mempunyai idea. Dia mencadangkan supaya mereka menjual harta warisan tersebut di lelongan dan membahagikan hasilnya di antara mereka. Anak lelaki yang sulung awalnya tidak bersetuju, tetapi setelah banyak yang memujuk, dia akhirnya setuju.
Lelongan diadakan dan harta tersebut dijual dengan harga yang lumayan besar. Hasilnya dibahagikan di antara adik-beradik, dan mereka akhirnya dapat melepaskan masa lalu. Mereka sedar bahawa dengan bekerja bersama-sama, mereka telah mengelakkan masalah yang lebih besar di masa depan.
Moral dari cerita ini ialah kadang-kadang, lebih baik melepaskan apa yang kita fikir kita layak dapat dan bekerja bersama-sama untuk kebaikan yang lebih besar. Judul cerita ini ialah "Warisan Kekeliruan" kerana ia menonjolkan kekeliruan yang boleh timbul apabila harta warisan tidak dikelola dengan baik.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ: ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎPengurusan harta pusaka adalah proses yang kompleks dan memerl...
26/01/2023

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ: ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ

Pengurusan harta pusaka adalah proses yang kompleks dan memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang perundangan dan perancangan. Sesetengah individu mungkin merasa tidak selesa atau tidak berkelayakan untuk mengendalikan proses ini sendiri. Namun, dengan bantuan profesional yang tepat, anda boleh mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai hak anda dan cara terbaik untuk mengurus harta pusaka anda.

Di bawah adalah beberapa perkara yang perlu anda fahami mengenai pengurusan harta pusaka:

๐——๐—ฒ๐—ณ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
Harta pusaka adalah harta yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia. Ini termasuk harta tanah, rumah, kereta, barangan antik, saham, wang tunai, dan sebagainya. Harta pusaka juga boleh termasuk dalam bentuk wang yang diwarisi dari insurans atau polisi perkhidmatan yang diterima oleh ahli keluarga yang masih hidup.

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
Proses pengurusan harta pusaka bermula dengan pemprosesan dokumen-dokumen yang diperlukan, seperti surat kematian, sijil nikah, sijil kelahiran, dan sebagainya. Kemudian, pemegang harta pusaka yang sah ditentukan dan diberitahu mengenai hak mereka. Setelah itu, harta pusaka akan diurus dan dibahagikan mengikut peruntukan undang-undang yang berkenaan.

๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
Kami di sini untuk membantu anda dalam proses pengurusan harta pusaka anda. Kami boleh membantu anda dalam prosesan dokumen, penentuan pemegang harta pusaka yang sah, pengurusan dan pembahagian harta pusaka, dan sebagainya. Kami juga boleh memberikan nasihat perundangan yang diperlukan untuk memastikan bahawa harta pusaka anda diurus dengan cara yang paling efektif dan efisien.

22/01/2023

Selamat Datang bulan Rejab yang penuh berkah, semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah SWT

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐˜๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ช๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜Wasiat adalah dokumen yang menentukan bagaimana aset dan harta Anda akan dibahagikan selepas...
10/01/2023

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐˜๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ช๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜

Wasiat adalah dokumen yang menentukan bagaimana aset dan harta Anda akan dibahagikan selepas Anda meninggal.

Ini sangat penting untuk membuat wasiat kerana ini memberi Anda peluang untuk mengatur bagaimana aset Anda akan dibahagikan menurut kehendak Anda sendiri.

Dengan membuat wasiat, Anda juga boleh memastikan bahawa orang-orang yang Anda sayangi akan dilindungi dan terpenuhi keperluan mereka selepas Anda pergi.

Tanpa wasiat, aset Anda mungkin tidak akan dibahagikan menurut kehendak Anda dan keluarga Anda mungkin akan mengalami masalah dan kewangan selepas Anda meninggal.

Jadi, membuat wasiat sangat penting untuk memastikan bahawa kehendak Anda dihormati dan aset Anda dibahagikan menurut kehendak Anda selepas Anda pergi.

Kenapa nak kena tulis WasiatKenapa nak kena tulis WasiatEmpat Perkara Penting atau paling asas yang ada dalam Penulisan Wasiat1. Perlantikan Wasi2. Arahan Pe...

11/10/2022

Di mana tempat untuk uruskan harta pusaka

1. Unit Pusaka Kecil

Jika harta Arwah bernilai bawah 2 juta tetapi mesti mempunyai tanah atau rumah yang mempunyai hakmilik (ada geran )
Contoh : Rumah, kereta, Tunai di Bank
* Kos urusan lebih rendah
* Permohonan secara online sahaja
* Bayaran perintah sebanyak 0.2% daripada nilai pusaka

2. Mahkamah Tinggi

Jika harta Arwah bernilai lebih daripada 2 juta termasuk tanah , rumah dan tunai.
* Sebaiknya urusan ini melantik Peguam.
* Kos urusan sedikit tinggi kerana profesional fi oleh peguam
* Sebaiknya Peguam yang arif menguruskan Pusaka

3. Amanah Raya Berhad
Jika harta Arwah hanya aset alih seperti tunai dan kenderaan tidak melebihi nilai RM 600,000.

Fi dikenakan Amanah Raya ke atas nilai aset
RM 25,000 pertama 5%
RM 225,000 baki berikutnya 4%
RM 250,000 baki berikutnya 3%
RM 500,000 baki berikutnya 2%
Selebihnya 1%

Contoh pegiraan fi pentadbiran pusaka bernilai RM 500,000.00

5% RM 25,000 pertama RM 1250
4% RM 225,000 berikutnya RM 9000
3% RM 250,000 baki RM 7,500

Jumlah Fi RM 17,750.00

Ada sesetengah kes perlukan permohonan Perintah Faraid.
Urusan ini perlu di buat di Mahkamah Syariah di mana pemohon bermastautin.

Contoh kes seperti kes pusaka berlapis .

Permohonan Perintah Faraid boleh diuruskan sendiri atau menggunakan khidmat Peguam. Jika menggunakan khidmat Peguam untuk permohonan faraid ni..biasanya kos bermula RM 3000. Mungkin ada yang lebih rendah..kena la tanya Peguam yer...

Atau ada juga Peguam yang hanya membantu menyediakan afidavit/eksibit permohonan Dan pemohon boleh memohon sendiri di Mahkamah. Kos itu lebih rendah.

Jadi...bila nak urus pusaka. Hanya 3 tempat ini sahaja yang terlibat.

Kalau pergi Pejabat Tanah Dan Daerah atau Pejabat Agama....mereka juga akan minta anda berurusan dengan salah satu dari 3 tempat ini.

Jadi sebelum nak buat , kenal pasti kos terlibat, harta terlibat, Jabatan yang terlibat. Dimana tempat Yang terlibat.

Semoga bermanfaat

Suhaily Ahmad
KakakPusaka

06/09/2022

Sedekah itu memanjang rezeki dan amal

Kita selalu lupa

Sedekah senyum dapat senyum
Sedekah harta dapat harta
Sedekah duit dapat duit
Sedekah baju dapat baju baru

Sedekah ni, sewaktu kita hidup...

Tapi sedekah yang paling besar adalah sedekah selepas Kita meninggal dunia.

Sedekah terakhir kita, amalan terakhir kita. Kalau waktu hidup kita bersedekah....biasanya sedekah terakhir ni ..jumlahnya pasti banyak. Sebab syarak menetapkan jumlahnya tidak lebih 1/3 harta.

Kalau waktu hidup, sedekah tidak akan menyebabkan kita miskin.

Tetapi selepas meninggal dunia....sedekah itu membuat kita Kaya Raya di alam sana.

Jom tambah pahala sedekah ....dengan menulis wasiat sedekah.

Wasiat sedekah membangun ekonomi ummah
Pahala buat simati
Berkat harta legasi ke legasi

Address

Penang Island

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KakakPusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KakakPusaka:

Share