Lysa Beautycare & Homespa

Lysa Beautycare & Homespa 🤍

Assalamualaikum ❤️ Ada x anyone yang teringin nak buat bisnes tapi tak tahu nak buat bisnes apa ?? Lysa sekarang tengah ...
19/09/2023

Assalamualaikum ❤️ Ada x anyone yang teringin nak buat bisnes tapi tak tahu nak buat bisnes apa ?? Lysa sekarang tengah mencari owner spa baru yang boleh takeover menjana income as beautician 🥰✨ Sesi spa 1 jam boleh dapat RM200-300...

Training, sijil & personal coaching telah disediakan ✅
Untung spa adalah 100% milik anda sepenuhnya ✅
Barang spa akan dapat dengan segera selepas persetujuan dicapai ✅
Dapat sekali dengan beg seperti dalam gambar ✅
Tidak tertakluk kepada apa2 peraturan ✅
Bahan marketing disediakan ✅
Anda bebas untuk bekerja dimana2 sahaja & pada bila2 masa yg anda nak ✅

Komen segera di bawah jika anda berminat 💞

24/12/2022

Selamat Petang 🥰💕

Ingat, nafkah itu WAJIB diberikan oleh suami kepada isteri WALAUPUN isteri bekerja ✅

Bismillahirrahmanirrahim...⭐ Doa untuk penyakit darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sendi/gout📌Jadikan amalan...
22/11/2022

Bismillahirrahmanirrahim...

⭐ Doa untuk penyakit darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sendi/gout

📌Jadikan amalan selalu...

InshaaAllah...
Semoga diberikan kesembuhan dengan izin dari-NYA...

Aamiin 🤲🏼🤲🏼

😭SOLAT TAUBAT😭Solat taubat Kena buat selalu. Sampai hati tu rasa lapang rasa bersih. Rasa rajin nak beribadat. Bila deng...
10/11/2022

😭SOLAT TAUBAT😭

Solat taubat Kena buat selalu. Sampai hati tu rasa lapang rasa bersih. Rasa rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat, hati rasa seronok. Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Insyaallah, tanda taubat Allah dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Ambil wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu...
Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul tenang...

⭐ Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala]

⭐ Baca do'a Iftitah dan Al-Fatihah mcm biasa.

⭐ Rakaat pertama, baca Sural Al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

⭐ Rakaat kedua, baca Surah Al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
📌 Bacalah 10x atau 20x atau 30x..Ikut s**a.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi...Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita...Sujudlah lama-lama.

⭐ Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

⭐ Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek/panjang sikit..

Baca seberapa banyak yg kita nak...Baca sampai hati tu rasa lemah...

Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru doa. Bila berdoa, kita kena betul2 menyesal dgn dosa2 kita..Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita 🤲🏼

Luahkan apa yg terbuku di hati tu... Menangislah...
Merayulah...
Mohon Allah ampunkan dosa tu...
Bayangkan kita cuma ada satu peluang saja nak mintak ampun dgn Allah...
Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita...
Kejap lagi kita mati...

Dah selesai berdoa, tutup doa kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar.

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit untuk muhasabah diri kita...
Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap...

Tanda hati kita sudah mula hitam...

[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Selamat beramal semua ❤️🤲🏻
03/11/2022

Selamat beramal semua ❤️🤲🏻

Semoga bermanfaat 🌸💚
02/11/2022

Semoga bermanfaat 🌸💚

Jom amalkan doa ini 🤲🏻❤️
31/10/2022

Jom amalkan doa ini 🤲🏻❤️

🕐 Waktu yang disarankan Nabi SAW untuk mengamalkan 4 Qul ini1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)2) Baca setiap pagi ...
30/10/2022

🕐 Waktu yang disarankan Nabi SAW untuk mengamalkan 4 Qul ini
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)
2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)
3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali) dan sapu muka dan badan.
4) Baca ketika merukyah orang sakit.
1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)

📌Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)

📌Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali)

📌“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

📌Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.

📌Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

4) Baca ketika merukyah orang sakit.

📌Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

💚 KHASIAT SURUH 4 Qul

🤲🏻Surah Al-Kafirun

1) Membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran.
2) Membacanya, terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
3) Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
4) Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
5) Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
6) Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk s**a dan kasih kepadanya.

🤲🏻Surah Al-Ikhlas

1) Membaca surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Kalau kita membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seolah-olah kita khatam Al-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
2) Membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga meninggal dunia, maka tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
3) Sesiapa hendak pergi musafir, ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
3) Membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

🤲🏻Surah Al-Falaq

1) Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
2) Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali

🤲🏻Surah An-Nas

1) Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2) Sebelum kita memulakan solat, mulakan dengan membaca surah ini. Supaya dijauhkan gangguan syaitan ketika kita sedang menunaikan solat.
3) Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kit...
30/10/2022

KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian : Melepaskan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur : Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air, minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit : Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang s**a menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit mulut, kemudian sapu kepada tempat yang sakit : Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit pintu

S**A DIINGATKAN : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Ruqyah Syar'iyah Syifa Ul Lin-Nas

Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri 💞Take noted ye encik suami 😌
27/10/2022

Hargailah Pengorbanan Seorang Isteri 💞

Take noted ye encik suami 😌

🤎Doa untuk anak soleh & solehah🤎Doa agar anak pandai belajar🤎Doa keluarga bahagia🤎Doa diampunkan semua doaSemoga Bermanf...
27/10/2022

🤎Doa untuk anak soleh & solehah
🤎Doa agar anak pandai belajar
🤎Doa keluarga bahagia
🤎Doa diampunkan semua doa

Semoga Bermanfaat 🤲🏻🥰

Address

Penang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lysa Beautycare & Homespa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share