Safirah - Bomboloni, Donat, Roti & Simpul Kasih Debok

Safirah - Bomboloni, Donat, Roti & Simpul Kasih Debok Menjual Bomboloni, Bihun Soto, Ice-Blended, Nasi Lemak, Pizza Mini, Roti Sosej, Burger, Ban Coklat.

15/08/2022

Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah😂😂
Alhamdulillah rezeki..
oh kepci mohonlah selalu buat promo.. boleh akak tumpang tempiasnya🙊🙊

Ni akak masukkan resepi..so kita semua boleh buat sama-sama🤗

Resepi ayam goreng seringgit❤

Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya✌

Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.

Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya;
1.perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
8.Hidangkan panas-panas..
9.Makannn😂🙊

untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh😂)
boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Credit : Murni Rahmat

07/08/2022

RESEPI MEE/K.TEOW CELUP THAI

Sekarang susah nak cari kedai yang buka , buat sendiri jaa senang. Tapi ni jenis kuah hitam kicap . Yaya bab makan memang cerewet. Kalau sedapp tu , btul lah sedapp tiberrrr ! Haha

Hampa kena try sedappp . Tapi depends air tangan jugak kot hahaha ( ayat selamat )

BAHAN2 UNTUK KUAH ( 8-9org makan )

-1 labu bawang putih**
-4-5 akar ketumbar **
-1 sudu besar lada hitam **
-2 inch halia **
-Sos ikan
-Kicap soya cair
-Kicap pekat
-1 keping gula melaka
-1 Sup bunjut / sup bunjut tulang
-Minyak masak
-Ayam seekor / daging
-Garam
-Ajinamoto
-1 Kiub pati ayam
- Air 3liter++

CARA CARA MEMASAK KUAH

1. Untuk yang tanda ** , kena tumbuk or blend bagi halus .

2. Lepas tu masukkan sedikit minyak , minyak dah panas masukkan bahan yang dah blend tadi . Tumis naik bau

3. masukkan air . Dah masuk air , masukkan ayam/daging , gula melaka , sup bunjut/tulang , kiub pati ayam , ajinamoto , sos ikan ( lagi banyak lagi sedap ) kicap soya cair ( ikut s**atan sos ikan ) , kicap pekat ( sekadar untuk jadikan kuah gelap and enhancekan rasa ) .

4. Lepas tu biarkan mendidih sampai lauk dah masak . Baru rasa kuah dan tambah garam . Garam last sebab sos ikan and soy sauce tu masin skit. DAH SIAPP !

BAHAN BAHAN SAMPINGAN ( HIDANGAN )

- taugeh ( dicelur )
- kangkung ( dicelur )
- mee / k.teow ( dicelur )
- kacang tumbuk
- serbuk cili
- minyak bawang putih
- daun ketumbar ( dihiris halus )
- serbuk lada putih
- limau nipis
- bawang goreng ( optional )
- gula ( kalau s**a manis )

Sorry , step by step tak ada . Sebab tak record masa masak.

SELAMAT MENCUBAAA

26/05/2022

Chocolate Chips Muffins

Bahan-bahannya :

*3 cawan tepung gandum

*1 cawan serbuk koko

*1 sudu kecil baking powder

*1 sudu kecil soda bicarbonate

*1 sudu teh garam

2 cawan gula halus (boleh kurangkan sikit ikut citarasa)

2 cawan susu segar

2 biji telur ayam gred A

1 cawan minyak masak atau minyak jagung

1 sudu teh esen vanilla

Bahan hiasan

Chocolate Chips & Badam Cincang secukupnya.

Cara membuatnya :

1. Ayak bahan bertanda * dalam satu bekas besar. Gaul rata.

2. Masukkan semua bahan basah ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata menggunakan whisk. Kalau nak guna mixer atau blender pun boleh. Tapi kacau dengan whisk pun dah cukup. Gaul rata hingga tiada tepung bergumpal. Bila adunan dah rata, boleh masukkan sedikit chocolate chips jika mahu. Taknak pun takpe. Gaul lagi.

3. Tuangkan adunan kira-kira 3/4 dalam paper cup. Taburkan chocolate chips dan badam cincang di atas muffins.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit lebih awal. Suhu anggaran 170-180c selama 20 minit. Siap! *Muffins ini lebih sedap dan moist jika dimakan keesokan harinya. Sebaiknya buat lebih awal. Muffins ini memang kegemaran anak-anak terutama yang s**akan coklat. Buatnya mudah, dapatnya banyak. Selamat bermuffins!

kredit: zuraita mohd anua

👑HSA GOLD & LAPTOP👑
💍BELI EMAS DGN HARGA TINGGI
EMAS ORIGINAL 916💍
💻LAPTOP HP RM339💻

Join Telegram HSA GOLD&LAPTOP
https://t.me/joinchat/HQSD-Uc6QglrHMk6

Lokasi kedai
📍HSA KOK LANAS
(DEPAN MASJID BESAR KOK LANAS)
https://maps.app.goo.gl/PmSvuEievYHdBRSE8
1)UST AZMEER AZAN
http://www.watsap.my/60129615325/Laptop

2)HQ KOTA BHARU KELANTAN
(MOHD HANIF FADZIL)
http://www.watsap.my/60199597671/Laptop

25/02/2022
15/09/2021

AISKRIM HOMEMADE BLEND

BAHAN2
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula
1/4 cwn gula perang
3/4 cwn susu full cream
1 setengah cawan whipping cream anchor
1.5 tsp esen vanilla
Secubit garam
Kekacang, chocolate rice, chocolate chip (optional untuk hiasan)

CARA2
#1. Dalam satu bekas, campurkan gula,gula perang dan serbuk koko.. Guna whisk utk sebatikan bahan.
#2. Masukkan susu.. Kalau hand whisk.. Kacau bahan lebih kurang 3minit untuk larutkan gula.. Kalau guna mixer dalam 1 minit dah ok.
#3 Sekarang dah boleh tuangkan krim. Mix sebati
#4. Kalau ada ice cream maker.. Anggaran dalam 20 mnit untuk jadi soft ice cream.. Klu nak keras lagi biarkan lama sikit..

CARA MENGGUNAKAN BLENDER
#1. Masukkan semua bahan dalam blender.. Dan blend menggunakan high speed hingga sebati..
#2 Masukkan dalam freezer.. Sejukkan dalam 8 jam. Siap!

NOTA
*Yang guna blender, seeloknya lepas sejukkan, keluarkan dan blend lagi. Buat dalam 2-3 kali untuk dapatkan tekstur yg betul2 mcm aiskrim.
*Untuk dapatkan ais krim yg lebih terasa lemaknya, cari krim yg kandungan lemaknya 35% ke atas

Mee kari rm 3
31/08/2021

Mee kari rm 3

15/02/2021

Address

No 95A, Kg Batu Menunggul
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 15:00 - 19:00
Tuesday 15:00 - 19:00
Wednesday 15:00 - 19:00
Thursday 15:00 - 19:00
Saturday 15:00 - 19:00
Sunday 15:00 - 19:00

Telephone

+60198248398

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Safirah - Bomboloni, Donat, Roti & Simpul Kasih Debok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share