Jameel Group

Jameel Group A group of companies

KOPI CAP GANTANG : PRODUKSI DARI 30 KILO KE 162 TAN SEBULANTauke Kilang Kopi Cap Gantang, Abang Mat atau nama sebenar Mo...
13/11/2023

KOPI CAP GANTANG : PRODUKSI DARI 30 KILO KE 162 TAN SEBULAN

Tauke Kilang Kopi Cap Gantang, Abang Mat atau nama sebenar Mohamad Hassan bin Mohamad Rawther. Asal dari Kubang Panggas, Kubang Rotan.

Berhijrah ke Kuala Pegang, Baling pada tahun 1984 untuk bekerja di kilang kopi Cap Songkok dengan gaji RM6 sehari — sebulan RM180.

Pada tahun 1990, berhenti kerja di kilang kopi Cap Songkok untuk mula bisnes kopi sendiri — goreng kopi di tepi rumah.

“Masa tu berapa target pengeluaran kopi Abang Mat sebulan?”

“30 kilo lebih saja.”

Kini, selepas lebih 30 tahun production kopi Gantang yang Abang Mat mula usaha di tepi rumah dulu sudah mencecah lebih 5.4 tan sehari.

Saya ulang — sehari, bukan sebulan!

Kalau ditukar kepada kilogram, produksi kilang Abang Mat la ni adalah sebanyak 5,400 kilogram sehari berbanding target Abang Mat 30 tahun dulu — 30 kilo sebulan.

162 tan sebulan. Hat dalam kilogram hangpa kiralah sendiri.

Walaupun dah jadi taukeh besaq, Abang Mat tetap maintain low profile, masih naik motor Honda EX5.

Itulah hasil kesungguhan, fokus, istiqomah dengan usaha dan inovatif.

Sebenarnya ada lagi idea Abang Mat nak menambah nilai bisnes kilang kopi Gantang. Itulah tujuan saya diajak oleh Sdra Goh Toh Sin menziarah Abang Mat di kilangnya di Lanai, Baling baru baru ini.

Apa idea itu tak bolehlah reveal lagi, nanti hilang seri!

Inilah usaha yang boleh kita bantu bawa naik untuk menjayakan visi The Greater Kedah, insya Allah.

Sumber: FB Muhamad Mat Yakim



11/11/2023

Kita belum mampu berjihad di medan perang.
Tetapi kita pasti mampu berjihad memboikot barangan yang meyumbang kepada Is**el

DARI SEBUAH KEDAI BIASA KEPADA PASARAYA : SABASUN LAMBANG KEJAYAAN ANAK MELAYU TEMPATANDitubuhkan pada 02hb April 1995 d...
30/10/2023

DARI SEBUAH KEDAI BIASA KEPADA PASARAYA : SABASUN LAMBANG KEJAYAAN ANAK MELAYU TEMPATAN

Ditubuhkan pada 02hb April 1995 dengan nama Sabasun Sdn Bhd. Pada awal operasi hanya 8 orang pekerja yang bertugas dan terdiri dari ahli keluarga terdekat. Bermula dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan 2 unit kaunter pembayaran, Sabasun bermula dengan modal pusingan sebanyak RM 300,000.00. Perniagaan ini diasaskan oleh keluarga Haji. Che Ibrahim Haji. Abdul Kadir dan Hajah Saleha Mohammad sebagai Pengerusi dan anak anak mereka, Che Salmi Haji. Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan dan Che Salman Haji.

Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi. Dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau "Always Low Price", Sabasun mula dikenali sebagai kedai yang menjual barangan keperluan harian dan bulanan pada harga yang sangat murah malah tidak keterlaluan kalau dikatakan "PALING MURAH” di Pantai Timur Semenanjung Malaysia setiap waktu dan setiap masa operasinya.

Dengan pengenalan konsep tersebut, nama Sabasun Sdn. Bhd, mula meniti dibibir masyarakat umum. Secara langsung, keperluan untuk memperbesarkan ruangan kedai dan menambahkan bilangan kaunter pembayaran dari 2 unit kepada 4 unit dan seterusnya kepada 8 unit terpaksa dilakukan.

Pada tahun 2000, Pihak Sabasun mula membeli tanah disebelah bangunan asal seluas 20 ribu kaki persegi. Pada tahun berikutnya, bangunan baru yang ada sekarang dibina dengan keluasan ruangan jualan keseluruhan menjadi 37 ribu kaki persegi. Pada tahun yang sama juga Sabasun didaftarkan menjadi Sabasun HyperRuncit Sendirian Berhad. HyperRuncit diambil dari 2 perkataan yang digabungkan iaitu ‘Hyper’ dan ‘Runcit’

Begitulah sejarah awal sebuah perniagaan anak tempatan Terengganu bernama SABASUN di bandaraya Kuala Terengganu. Tanyalah siapapun orang Terengganu, mereka pasti kenal akan pasaraya SABASUN ini.

Jom sokong produk tempatan!



30/10/2023

Assalamualaikum semua.

Susulan perang Israel - Palestin, ramai yang ingin memboikot jenama yang menyumbang kepada Israel.

Tahniah. Jom hidupkan semula kempen BMF.
Banyak lagi alternatif yang ada.

Misalnya Strabucks. Alternatif kepada kopi premium ada terdapat di Richiamo Coffee dan Nasken Coffee yang diusahakan oleh usahawan Bumiputera Islam.

Adakah anda ingin kami kongsikan semula syarikat atau jenama usahawan Muslim di Malaysia?

Komen NAK.

29/06/2022

Awal Zulhijjah
1 Zulhijjah 1443H - 1 Julai 2022 (Jumaat)
Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijjah 1443H - 10 Julai 2022 (Ahad)

Kita p**a bagaimana?Ayuh gandakan amalan di 10 malam terakhir
22/04/2022

Kita p**a bagaimana?
Ayuh gandakan amalan di 10 malam terakhir

Sesuatu yang untuk difikirkan….
28/03/2022

Sesuatu yang untuk difikirkan….

21/03/2022

Assalamualaikum semua. Tak lama lagi kita akan memasuki bulan Ramadan.
Harap kita sudah bersedia rohani dan jasmani.

02/03/2022

Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Bermula Hari Ini

18/10/2021

Salam Maulidur Rasul
Contohilah Rasulullah SAW dari segenap aspek.
Jadi peniaga, peniaga yang jujur.
Jadi pendakwah, pendakwah yang tidak putus asa.

18/10/2021

Beruntunglah siapa yang namanya ada Muhammad.
KOMEN 'Muhammad' di bawah ⤵️⤵️⤵️ jika nama anda ada Muhammad.
اللهم صل على سيدنا محمد

Address

Jameel Group, Tanah Merah
Pendang
06700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jameel Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share