Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia - PKBM

Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia - PKBM Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia - PKBM menganjurkan program² kebajikan tanpa mengira kaum, budaya, bangsa, & agama.

Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia (PKBM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (Non-Goverment Organisation) yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM-009-1-11012016. Matlamat penubuhan PKBM adalah seperti berikut:
- Memberikan sumbangan makanan, minuman, pakaian kepada golongan fakir & miskin.
- Menganjurkan program kesihatan (khatan perdana, pem

eriksaan kesihatan percuma, dsb.).
- Mengadakan majlis pengislaman.
- Menjaga kebajikan masyarakat orang Asli.
- Dsb. Segala bentuk sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

- CIMB IslamicBank Berhad
- PERTUBUHAN KEBAJIKAN BUDIMAN MALAYSIA
- 860.246.6846

Terima kasih. :)

29/11/2018
MAJLIS PENGISLAMAN 3 ORG ASLI BUKIT KALA BT 12 SURAU AL HIDAYAH GOMBAK BERSAMA USTAZ EBIT LEW & ADAM 06 Okt 2018
06/10/2018

MAJLIS PENGISLAMAN 3 ORG ASLI BUKIT KALA BT 12 SURAU AL HIDAYAH GOMBAK BERSAMA USTAZ EBIT LEW & ADAM 06 Okt 2018

03/10/2018
26/09/2018

===============
SAKA BAHAYA
====================

SAKA BAHAYA

Ada pesakit hadir, mengadu sering gelisah, rasa tidak tenteram, mudah cemas.

Tujuan datang adalah untuk buang saka, katanya.

Apabila ditanya, dari mana tahu ada saka?

Jawabnya, semua perawat yang telah dijumpainya nyatakan dirinya bersaka, saka dari sebelah ibu, jenis buaya. Sebab itu rasa gelisah dan tidak tenteram. Sang faqir tersandar di kerusi yang tidak berada empuk.

Ada beberapa ustaz lain yang mengatakan dirinya disihir. Bertambah bersandar sang faqir di samping memicit dahi, pening kepala mendengarnya.

Saka telah dibuang berkali-kali, tapi masalah tetap tidak hilang.

Sihir telah disembelih berkali-kali, tetapi tetap masih ada.

Kadang-kadang keras**an.

Setelah puas dirinya menyatakan permasalahan. Pesakit tersebut bertanya, "apa sebenarnya masalah saya, ustaz?"

Sang faqir menjawab, "ini namanya sihir 'Anxiety Disorder'"

Pesakit tercenggang, "haa, doktor cakap macam tu lah, tapi saya tak makan ubat yang doktor bagi, pasal saya rasa yang ustaz-ustaz rawat saya cakap saya ada saka tu betul, takkan ustaz-ustaz tu nak menipu, kan?"
Sambil menjawab, pesakit bertanya semula soalan kepada sang faqir.

"Bukan masalah tipu, masalahnya tak tahu, tapi buat-buat tahu. Kesudahannya Perubatan Islam yang nampak karut dan kolot sangat." Jawab sang faqir.

"Jadi, saya nie ada saka ke takde?" Soal pesakit setelah hampir 3 tahun bertarung dengan 'saka'nya.

Sang faqir sambil menilik dengan pandangan mata Makrifat peringkat langit ketujuh, " Ya, memang ada saka, saka tu namanya GERD."

Pesakit sekali lagi tercenggang, "aik, macam mana ustaz boleh tahu saya ada masalah Gerd, memang saya ada Gerd."

"Saya kan kasyaf." Jawab sang faqir sambil ketawa kecil.

Sang faqir menyambung, " sebenarnya Gerd inilah antara punca utama yang membuatkan Encik rasa tidak tenteram, gelisah. Selalunya, Encik akan jadi gelisah, tidak tenteram semua ini kalau silap makan, selepas itu 'panic attack' pun sampai disebabkan nafas tersekat, ulu hati sakit, dan Encik akan minum Gaviscon, untuk legakan panic attack tu, betul tak?"

" Eh, betullah ustaz. Mana ustaz tahu ye?" Pesakit mula suspen.

"Macam yang bagitahulah, saya nie kasyaf, yang Encik tak cerita penuh, saya boleh cerita penuh." Sambil sang faqir ketawa.

"MasyaALLAH, betul ke ustaz? First time saya jumpa nie. Siap boleh tahu masalah klinikal saya. Rupa-rupanya kasyaf nie boleh tahu sampai tahu semua nie ye?" Pesakit bersungguh-sungguh berminat.

"Haah, Kasyaf lah sangat. Kasap adalah." Sang faqir menjawab.

"Dalam Perubatan Islam yang sebenar, bukan cerita hal hantu jin semata-mata. Sempit lah Perubatan Islam kalau macam tu. Ada displin nya. Kena tahu semua perihal asal muasal penyakit, jenis penyakit dan perawatan penyakit, bukan nya main teka buta saja. Kena faham Encik, asal Perubatan moden yang sekarang nie pun dari jasa Perubatan Islam terdahulu, seperti Ibnu Sina, Az Zahrawi, Ibnun Nafis dan ramai lagi. Kes yang Encik hadap ini, dalam sebulan saya jumpa ada lebih kurang 30 kes, kalau ikut ratio, satu hari, satu pesakit yang sama macam Encik, cerita pun lebih kurang sama saja. Ustaz tu kata saka, ustaz nie kata sihir. Padahal Gerd. Maaflah, kalau dengan saya mudah saja, kalau betul ada gangguan, saya akan treat cara hadap gangguan, kalau tiada, memang makan buah bebel dulu lah. " Sang faqir memberi penjelasan.

"Kebanyakan pesakit gerd akan mengalami 'panic attack', yang kalau dibiarkan, dan berlarutan, maka akan menjurus kepada 'antiety disorder', nampak macam tiada kaitan perut dan perasaan. Siapa kata tiada, usahkan gerd, kalau perut tengah lapar, makanan lambat sampai, kita order awal, yang order lewat dapat dulu makanan, rasa-rasa kita akan jadi Hulk tak? Silap-silap lebih dari hulk. Ini semua berkaitan dengan hormon dan sistem saraf. Itu jin nya. So, Encik kena selesaikan dulu saka gerd tu, insyaALLAH sihir anxiety disorder tu akan selesai." Sang faqir membebel.

Pesakit mengangguk.

Pesakit kemudian nya dikongsikan diet dan kaedah remedi untuk gerd (berdasarkan kes beliau, setiap kes remedi berbeza, hasil setelah diagnos)

Sebulan berlalu.

Pesakit menghubungi sang faqir semula.

"Ust, betullah, lepas gerd saya terkawal, saya dah takde rasa macam gelisah, tak tentu arah semua tu. Terima kasih ustaz."

Sang faqir menjawab, " Syukur pada ALLAH. AlhamduLILLAH. Bukan kerja saya, bukan daya saya, semuanya dari ALLAH."

Kes selesai dengan bantuan dan Izin ALLAH.

Ramai yang tidak sedar ataupun tidak tahu, Gerd adalah antara pencetus kepada anxiety, oleh sebab itu, carilah perawat yang jelas dan Faham dengan penyakit serta perihal penyakit. Bukan jenis ber'scan-scan' sehingga menimbulkan tuduhan serta dakwaan pelik.

Bab Etiologi dan Patologi, sudah lama menjadi antara displin utama bab Diagnos dalam Perubatan Islam. Tapi ramai yang ambil ringan dan tidak endah.

Malahan sang faqir pernah di cop sebagai Wahhabi kerana kata mereka sang faqir menolak hal-hal scan. Ada yang cop sang faqir terlalu Sains seperti Atheis sampai menolak hal kewujudan jin. Aduhaii..

Untuk makluman, setakat nie sang faqir masih setia dengan AsysyairahWal Maturidiyyah, masih tetap dengan Mazhab Asy Syafieyyah, masih kukuh displin Tasawuf Imam Al Ghazali dan Imam Junaid Al Baghdadi.

Setakat hendak bicara hal Alam Malakut, Alam jabarut, Alam Lahut, Alam Hahut dan lain-lain Ahwal Firid kerohanian, tiada masalah untuk sang faqir syarahkan.

Dengan ertikata lain, letak sesuatu itu biar pada tempatnya. Jika tidak pandai, jangan memandai-mandai.

Kes di atas antara contoh dari kalangan mereka yang s**a memandai-mandai.

Rajinkan diri ke majlis-majlis ilmu perubatan, jika minat hal perubatan. Jangan sempitkan Perubatan Islam dengan hal mistik semata, tidak adil begitu.

Sama-sama kita menjadi golongan Ulul Albab yang bertaqwa kepada ALLAH.

Wassalam.

~AFIWAAK

*
GERD = Gastroesophageal Reflux Disease. Penyakit pedih ulu hati disebabkan gas dari asid dalam perut akibat diet atau Tabiat pemakanan yang salah. Dalam bahasa orang Pasir Mas, penyakit ini dipanggil Angin Medu.

POST USTAZ WAN ASRUL AL KELANTANI.

Penjelasan sebenar..
05/09/2018

Penjelasan sebenar..

10 Golongan Songsang Layak Terima Zakat?

Pastikan kesahihan berita sebenar sebelum sebar.

Keputusan fatwa negeri Selangor diwartakan pada 7 Jun 2012.

Senarai jenis penerima agihan asnaf Al-Riqab berikut adalah layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam:

(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:
i. Pelacur.
ii. Le***an.
iii. Mak Nyah (Transexual).
iv. Gay.
v. Homoseksual.
vi. Gi**lo.
vii. Biseksual.
viii. Pengkid.
ix. Tomboy.
x. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

Erti kata lain, pengagihan zakat kepada golongan ini sebagai mekanisme pemulihan.

Boleh tonton berita TV3 yang penuh dan kenyataan M***i Selangor di link ini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=239784063363871&id=814059238694144
____________________________________

PELACUR, LE***AN, GAY DLL ASNAF ZAKAT?

Bertalu-talu mesej masuk bertanya berkaitan dengan laporan berita TV3 berkaitan dengan beberapa golongan yang ditafsirkan sebagai asnaf ar riqab.

Sepatutnya TV3 melaporkan, fatwa membenarkan zakat digunakan bagi tujuan pemulihan golongan ini daripada belengu dosa dan kejahilan melalui program dakwah dan pemulihan. Ianya bertujuan mengeluarkan mereka daripada belengu kejahilan melalui program pemulihan yang dijalankan.

Program pemulihan ini samaada dilakukan oleh institusi, masjid, badan NGO dan sebagainya.

Bukannya bantuan bulanan secara terus kepada mereka kecuali golongan ini atas asbab fakir dan miskin lalu memilih jalan singkat meraih pendapatan dan sekiranya mendapat bantuan zakat dapat menghentikan gejala tidak sihat ini.

Laporan berita menyebabkan netizen keliru seolah-olah golongan ini layak menerima zakat tanpa sebab. Asal sahaja melacur, le***an dan sebagainya layak menerima zakat.

Tidak semudah itu fatwa membenarkan. Fatwa bertujuan untuk memulihkan masyarakat yang telah jauh tersasar daripada landasan agama untuk kembali taat pada Allah.

Salah lapor berita terhadap isu berkaitan dengan fatwa ini menyebabkan kerosakan besar kepada masyarakat awam. Isu berkaitan dengan hukum bukan boleh diulas sekerat-sekerat, tetapi perlu difahami syarahan yang lebih mendalam.

Walaupun di Negeri Kedah belum ada fatwa membenarkan, tetapi sedikit sebanyak amalan di Negeri Selangor ini sebenarnya bertujuan untuk membawa masyarakat kembali kepada jalan yang benar sesuai dengan konsep maqasid syariah.

Kalau bagi duit jenuh esok beratur golongqn ini datang kerumun depan pintu pejabat.

Kalau buat program dakwah pulak jenuh kepung untuk ajak mereka datang.

Rujuk dan faham fatwa berkaitan, insya Allah anda akan faham.

Kredit:
Faisal Mustaffa



__________________________
Zakat tu diberi kpd pihak yg mengusahakan pemulihan kpd asnaf riqab (peluasan takrif riqab fatwa selangor 2009, mereka yg terbelenggu dgn masalah akidah & sosial seperti penghidap hiv, lgbt, pelacur dll yg nak bertaubat).

Terdapat juga bantuan kewangan diberikan direct kpd asnaf riqab spt bantuan perubatan hiv agar dia sihat beribadat sblm ajalnya.

Sumber : Kisah Zakat Malaysia

MEMBAIKI ATAP SURAU ORG ASLI AL HIDAYAH BATU 12 GOMBAK BERLAKU KEROSAKAN & KEBOCORAN YG TERUK KERANA DITIMPA DAHAN POKOK...
31/08/2018

MEMBAIKI ATAP SURAU ORG ASLI AL HIDAYAH BATU 12 GOMBAK BERLAKU KEROSAKAN & KEBOCORAN YG TERUK KERANA DITIMPA DAHAN POKOK YG BESAR..ALHAMDULILLAH & JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KPD PENYUMBANG & PKBM

Address

Orang Asli Gombak Batu 12 Gombak
Pengkalan Kundang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Budiman Malaysia - PKBM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share