09/07/2021
Tahun lepas... Ada seorang sahabat buat bisnes printing2 baju, sticker dan banner ni kat Ipoh. Dia pernah post kat Wassup group geng2 printing2 ni, kata nak angkat Vellfire baru.
Maka ramai2 yang ucapan tahniah, syabas dan pujian2. Tetapi ada sekor beruk ni tetiber tegur dalam group. "Kalau sale berkepuk2, kencang, silakan. Tapi kalau sedu2, kena beringat. La ni zaman tak nak buat hutang baru..." pesanan si beruk ni ingin menegur...
Makanya sahabat yang ditegur terus membalas "hidup ni kena ada tujuan, cita-cita dan matlamat. Cita-cita saya nak pakai Vellfire. Kalau hidup jenis tak de cita-cita, jangan tegur orang yang bercita-cita"... Makanya si sahabat ni memang betul2 angkat Vellfire baru. Maka yang si Beruk ni, diam menikus tak tegur apa...
Biasa la... Semua orang ucap tahniah, ko sorang yang tegur, mestilah ko di cop orang yang berhasad dengki dengan pencapaian orang lain, kan? Terus kena cop Beruk 😂
Bulan lepas kalau tak silap... Si Beruk yang tegur ni terkejut. Si sahabat yang beli Vellfire tu, bisnesnya gulung tikar. Mesin2 printing2 habis dijualnya. Sampaikan Vellfire baru pun, surrender ke bank. Deposit RM30k beli Vellfire, hangus. Dan bank p**a bagi cadangan, cari pak sanggup yang boleh bayarkan bulanan. Buat kereta sambung bayar memandangkan kalau surrender pun, kereta tu masih rugi dan masih ada hutang yang tak boleh bank cover.
Makanya, si Beruk ni hanya ucap "kesian..."
Kawan kawan,
Ingatlah pepatah ini...
Apa sahaja teguran dan kritikan, terima dengan terbuka walaupun hakikatnya pedih untuk ditelan. Kerana... Teguran dan kritikan walaupun ada yang salah, terguris, ianya demi kebaikan dan tips kehidupan. Ambil dahulu teguran, kemudian berfikir dalam2. Kalau ada benarnya, jadikan teguran sebagai pedoman. Kalau teguran itu salah dan memberi impak negatif, tinggalkan teguran itu.
Kini, si Beruk itu berjaya menyelamatkan bisnesnya dari perbelanjaan bulanan bisnes RM1700 sebulan ke RM550 sebulan sahaja. Kurangkan perbelanjaan demi kelangsungan hidup. Sebaliknya si Sahabat yang pening bisnesnya gulung tikar dan Vellfire tak de pak sanggup, hanya sepi entah kemana...
Bukan perangai kedekut tetapi bijak mengurus.
Kredit To:
Pak Long Herry (si Beruk)