19/07/2026
APA HUKUM BERWASIAT?
Ramai yang menyangka berwasiat hanyalah satu pilihan. Hakikatnya, hukum berwasiat dalam Islam bergantung kepada keadaan seseorang.
Ada keadaan ia *WAJIB*, ada yang *SUNAT,* *HARUS, MAKRUH,* malah boleh menjadi *HARAM* jika bertujuan menzalimi hak waris.
Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai *hutang, amanah* atau hak orang lain yang belum diselesaikan, maka dia *wajib* meninggalkan wasiat agar hak tersebut dapat ditunaikan selepas kematiannya. Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kebajikan atau bukan waris p**a, Islam membenarkan wasiat sehingga maksimum 1/3 daripada harta, selagi mematuhi syariat.
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak sepatutnya seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang ingin diwasiatkan bermalam dua malam melainkan wasiatnya telah ditulis di sisinya."
(Riwayat Muslim)
Perlu difahami juga bahawa wasiat bukanlah pengganti faraid. Wasiat dan faraid saling melengkapi dalam memastikan proses pentadbiran serta pembahagian harta pusaka berjalan dengan teratur, adil dan mengikut syariat.
Jangan tunggu sehingga terlambat. Merancang harta ketika masih sihat dan berupaya adalah satu tanda kasih sayang kepada keluarga yang ditinggalkan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita dan mengurniakan pengakhiran yang baik.
"Rancang Harta, Lindungi Keluarga, Tinggalkan Legasi yang Diredai Allah SWT.”