04/01/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Selamat Tahun Baru Di Ucapkan kepada Semua ahli KOSISWA dan Pelatih UPBK UiTM Perlis.
Tahun 2016 telah meninggalkan kita hampir seminggu. Segala-galanya yang berlaku sepanjang tahun 2016 akan menjadi satu ingatan yang tidak dapat dilupakan untuk kita semua. Ada diantara kita telah kecapi satu kejayaan yang menggembirakan semua pihak dan juga ada yang terpaksa melalui liku-liku keperitan dan penderitaan. Yang pasti, semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Esa ( ALLAH SWT). Sebagai hamba Nya, kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Jangan sesekali kita takbur atau bongkak dengan segala nikmat yang kita miliki. Dan jangan juga kita merendah-rendahkan mereka yang berada di sekeliling kita sedangkan mereka ini adalah sekedudukan di sisi ALLAH SWT. Marilah kita bersatu-padu untuk mencapai matlamat bersama iaitu mencapai kejayaan didunia mahupon di Akhirat.
Kepada semua warga Siswazah, pengorbanan Ibu bapa tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya. Mereka telah mengasuh, membelai serta mencurahkan kasih sayang tidak terhingga sehingga kita berjaya melangkah kaki ke menara gading. Mungkin cara kasih sayang mereka berikan berbeza dikalangan ibu bapa yang lain namun matlamat mereka adalah sama iaitu memastikan KEJAYAAN kita di dunia dan di akhirat. Jangan kita hampakan Kedua Ibu bapa kita. Buktikan yang kita mampu memberikan mereka yang terbaik.
Gunakan masa sebaik-baik yang mungkin disaat kita berada di Universiti tercinta ini untuk menuntut ilmu 'Agama dan Duniawi[' sesungguhnya Ilmu itu adalah satu tuntutan. Kejayaan bukannya disukat sahaja melalui pointer CGPA yang cemerlang, tetapi akidah dan nilai-nilai diri juga harus berseiringan dengan kecemerlangan diri kita. Ada di antara kita yang kedekut ilmu, sombong dan mementingkan diri sendiri demi mencapai kejayaan. Ingatlah, CGPA hanya dinilai melalui sekeping kertas tetapi nilai yang nyata adalah yang tertulis didalam jiwa dan hati yang akhirnya dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakan. Oleh itu, jangan kita lupa kepentingan kecemerlangan yang diimpikan. Berdoa, berusaha dan bertawakal di atas setiap usaha yang telah kita lakukan.Membantu rakan-rakan yang lemah didalam mata pelajaran, memberi dorongan berterusan kepada rakan-rakan agar mereka bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang dapat menentukan masa depan mereka.
Hormatilah kakitangan dan tenaga pengajar kita di kampus ini. Seseungguhnya mereka sentiasa berdoa untuk kejayaan kita. Pihak pengurusan tertinggi bermula daripada Raktor Kampus sehinggalah barisan terakhir pengurusan.Mereka semua tidak pernah jemu menggalas tanggungjawab untuk memastikan kejayaan kita semua. Makcik pakcik abang abang yang menjaga kebersihan di kampus serta semua pihak yang bertungkus lumus untuk memberi keselesaan kepada kita. Ingatlah mereka ini adalah sebahagian daripada keluarga. Berterima kasihla sekurang-kurangnya dengan memberi satu senyuman ataupon memberi salam cukup untuk menghargai jasa mereka kepada kita. Hindari sikap angkuh kerana angkuh itu adalah sekutu dengan makhluk yang dilaknati ALLAH SWT.
Mudahan, Tahun 2017 memberi laluan baharu kepada kita semua untuk terus berusaha demi mencapai kejayaan bersama. 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' . Selamat Maju Jaya kami ucapkan daripada pihak pengurusan UPBK ( KUPB/MASMED UITM Perlis)