20/09/2024
Pongsi cerita yg agak bagus..
Kisah Benar dalam Satu Perjalanan Haji..
Seorang kerabat diraja Arab Saudi menceritakan, "Saya pergi menunaikan haji tahun ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya, saya s**a menjadikan ibadat haji sebagai satu rutin kewajipan saya dan sebagai satu perjalanan kerohanian. Tetapi berbeza pada haji kali ini, satu peristiwa berbeza telah berlaku yang telah merubah pemahaman saya secara keseluruhannya mengenai kehidupan ini.
Pada malam Tarwiyah, saya berada di khemah saya, yang pastinya merupakan salah satu antara khemah mewah disitu, jika bukanpun yang terpaling termewah. Namun, anehnya saya merasa sempit dan sesak, dan saya merasa perlu untuk keluar dari situ dan berjalan bersendirian. Saya keluar tanpa diiringi seorangpun pengawal, dan saya hanya membawa telefon bimbit, berjalan tanpa arah tujuan terus menuju ke arah pergunungan. Di dalam kegelapan, di atas batu yang jauh, saya bertemu dengan seorang lelaki tua yang berusia anggaran tujuh puluh tahun atau lebih, dan dia duduk bersendirian. Apabila dia melihat saya, dia bertanya, 'Kamukah yang membawa juadah daging untuk saya?'
Saya terkejut dengan pertanyaan lelaki itu dan bertanya kepadanya, 'Adakah kamu sedang menunggu seseorang menghantar daging? Kamu ada memesan daging dari mana-mana restoran?'
Dia dengan yakin lantas menjawab, 'Saya memintanya dari Allah, Tuhan semua pemilik restoran. Saya belum makan apa-apa sejak petang tadi, dan saya meminta kepada Allah untuk makan daging, dan sekarang saya menunggu siapa yang akan membawanya.'
Saya tertawa dengan perihal lelaki tua yang kelaparan ini. Saya berjanji dengannya untuk membawakannya daging. Saya kemudian menghubungi pekerja di khemah dan menghantar lokasi saya, dan meminta dihantarkan sepinggan besar daging yang paling terbaik. Tidak lama kemudian, datang pekerja saya membawakan daging tersebut dan saya sendiri meletakkan daging itu hadapannya. Dia bertahlil, bertakbir, menyebut nama Allah, dan makan dengan sangat berselera, jelas kelihatan dia sangat lapar. Setelah selesai makan, dia berkata, 'Ya Allah, Engkau telah memberiku daging sangat enak. Sekarang, aku ingin minum secawan teh bersama daun pudina. Aku tidak s**a teh tanpa pudina, ya Allah.'
Saya hairan dengan doanya. Adakah dia sekarang tengah menunggu teh dengan pudina p**a di tempat terpencil ini?
Kemudian, dia menoleh kepada saya dan bertanya, 'Kamu mahu baki daging ini?' Saya menjawab, 'Tidak, terima kasih.' Dia mengumpulkan baki daging tadi dan memberikannya kepada sekump**an jemaah yang lalu di hadapan kami. Saya rasa mereka berasal dari Syam. Dia berkata kepada mereka, 'Ini adalah rezeki dari Allah untuk kamu.' Mereka berterima kasih kepadanya dan berlalu pergi. Namun, selepas beberapa ketika, salah seorang dari mereka datang semula dengan membawa secawan teh dan berkata, 'Wahai Pakcik, teh ini untuk kamu, dan kami berharap kamu menerimanya sepertimana kami menerima daging daripada kamu tadiโ Orang tua itu bertanya, 'Adakah teh ini ada daun pudina?' Lelaki itu menjawab, 'Tidak, tetapi kami ada membawa daun pudina, tunggu sebentar, saya akan ambilkan untuk kamu.'
Orang tua itu kemudian berkata, 'Boleh kamu ambilkan secawan lagi juga untuk lelaki di sebelahku ini? Dialah yang Allah hantarkan daging kepadaku dan kepada kamu semua.'
Saya terkejut, dan kerana sangat terkejut, saya hanya diam dan tidak berkata apa-apa. Saya ambil secawan teh dan minum bersamanya, dan saya bersumpah, tidak pernah saya rasakan teh pudina selazat ini. Setelah minum teh, dia berterima kasih kepada Allah dengan penuh ketenangan dan meminta bantal untuk tidur. Dia berkata, 'Ya Allah, berilah aku bantal kerana aku tidak boleh tidur di atas batu tanpa bantal.'
Saya bersumpah dengan nama Allah, tiba-tiba sekump**an jemaah dari Morocco datang dan duduk di sebelah kami. Mereka menghamparkan sejadah dan meletakkan bantal mereka di samping kami. Orang tua itu meminta izin untuk mengambil satu bantal, lalu dia tidur. Saya dengar dia berkata, 'Ya Allah, cuaca panas walaupun pada waktu malam, kirimkanlah angin sepoi-sepoi agar aku dapat tidur.'
Saya bersumpah dengan nama Allah, sekejap kemudian terasa angin sepoi-sepoi bertiup. Mata saya mula bergenang air mata, dan saya bertanya kepadanya, 'Siapakah kamu, wahai Pakcik?' Dia menjawab, 'Aku adalah hamba Allah. Biarkan aku tidur, esok adalah hari yang panjang. Biarkan aku tidur, atau aku akan berdoa terhadapmu.'
Saya benar-benar takut, lalu saya berlari kembali ke khemah tanpa henti. Di khemah, saya bertemu dengan seorang Tuan guru sheikh yang bersama kami dan menceritakan apa yang terjadi. Sheikh itu berkata kepada saya, 'Demi Allah, aku ingin bertemu dengan lelaki ini yang doanya dikabulkan secepat itu.'
Kemudian kami pergi bersama ke lokasi tadi, saya dan sheikh yang terkenal itu (dia masih hidup dan menjadi saksi terhadap apa yang saya ceritakan ini), dan mendapati orang tua itu telah bangun dan bersiap-siap untuk bergerak. Saya bertanya, 'Pakcik, hendak ke mana?' Dia menjawab, 'Telah hampir waktu subuh. Saya nak mencari tempat untuk berwuduk dan solat Subuh.' Saya berkata, 'Pakcik, kamu tahu siapa saya? Dan siapa sheikh yang bersama saya ini?'
Dia menjawab, 'Ya, sudah tentu aku tahu. Kamu berdua hanyalah hamba Allah seperti aku.' Saya memperkenalkan nama saya dan nama sheikh itu, tetapi dia langsung tidak mengendahkannya dan menjawab, 'Yalah, kamu berdua hanyalah hamba Allah seperti aku.'
Saya menawarkannya untuk mengikuti kump**an kami menunaikan haji, tetapi dia menolak dan berkata, 'Saya lebih s**a menunaikan haji dengan cara saya sendiri.' Saya memberinya kad dengan nombor telefon saya dan berkata, 'Kalau kamu perlukan apa-apa, hubungilah saya.' Dia menjawab dengan suara penuh keimanan, 'Mengapa saya harus menghubungi kamu? Kamu juga hanyalah seorang hamba yang miskin seperti saya. Jika saya perlukan sesuatu, saya akan memintanya dari Tuhanku dan Tuhanmu. Jika Dia berkehendak, Dia akan memberikannya kepadaku melalui tanganmu, dan jika Dia berkehendak, Dia akan terus memberikannya kepadaku tanpa perantaraan kamu.'
Dia pun pergi. Saya memanggilnya lagi dan bertanya, 'Bolehkah kamu doakan untuk saya, Pakcik?' Dia menjawab dengan penuh keyakinan, 'Mengapa kamu tidak berdoa sendiri?' Saya berkata, 'Tapi doa kamu, dengan izin Allah, mustajab selalu dimakbulkan.' Dia menjawab, 'Jadi, berdoalah, berusaha, dan dekati Allah sehingga doa kamu juga dimakbulkan.'
Kemudian dia berkata, 'Ya Allah, berikanlah aku kereta untuk membawa aku ke masjid kerana kakiku tidak mampu berjalan lagi.' Dan ketika dia mula bergerak perlahan-lahan kerana faktor usia dan kelemahannya, saya dan sheikh itu tiba-tiba melihat sebuah kereta peronda haji berhenti di hadapannya dan menawarkan membawanya bersama mereka.
Sheikh yang bersama saya berpaling kepada saya dan berkata, 'Wahai Tuanku, kita ini mungkin terkenal di bumi, tetapi ada orang-orang yang terkenal di langit. Seperti mana kedudukan kita berbeza di dunia, kedudukan kita juga berbeza di langit. Saya rasa kita telah bertemu dengan seorang yang lebih dikenali di langit berbanding kita di bumi.'
Kisah benar yang dikongsikan.
Ya Allah, redhailah kami dan terimalah kami sebagai sebahagian dari hamba-Mu yang istimewa."