21/01/2022
KENAPA ORANG TAK NAK KERJA??
Pemilik bisnes dan majikan SATU DUNIA sentap sekarang dgn fenomena "The Great Resignation 2021". Kenapa orang tak nak kerja ni ???????? Especially dalam industri F&B
1. Golongan pekerja dah lama menyimpan rasa hati dengan majikan, underpaid dan over work
2. Selama ini, pekerja selalu di tekan untuk memberi yang terbaik pada syarikat,.. itu cara kerja generasi lama.. “No one is above the company. Everything is about the company”
3. Majikan selalu memberi harapan. work hard and if we do well nanti dapat reward. Takder instant gratification untuk staff… kena sabar
4. Majikan selalu memberi alasan, tak boleh bayar gaji besar pada staff dan staff perlu berkorban untuk bisnes ini. Datang awal kerja utk opening , balik lambat.. jangan berkira masa tau... Demi syarikat ... nak berjaya dalam career kena berkorban.
5. Bila jualan tidak cantik, pekerja akan jadi sasaran pertama. Potong gaji, paksa cuti, buang orang... Janji syarikat survive. CEO yang hebat akan bertindak segera dan selamatkan syarikat. Dah buat mcm tu boleh CEO beli Tesla sebiji demi nak selamatkan alam sekitar.
6. Bila COVID melanda, lockdown berlaku. Ramai yang sama ada terpaksa cuti, dibuang kerja dan hilang sumber pendapatan. Yang terpaksa kerja tanpa gaji atau gaji super rendah pun ada ramai
7. Apa mereka buat ? mereka mula explore dunia lain. Jadi rider, buat bisnes online, main crypto, melabur saham, dan perbagai lagi aktiviti yang menghasilkan pendapatan. Hebatnya banyak benda boleh dibuat dari rumah dgn masa yang flexible.
8. Ramai yang menjangka masa lockdown ni orang takder kerja kat rumah, nanti banyak lah terhasil "anak" masa lockdown. Rupanya laporan penjual komdom sebut pengunaan dan penjualan kondom masa lockdown sangat rendah. Aktiviti kelamin tidak berlaku. Rupanya semua orang sibuk bekerja dalam rumah.
9. Masa lockdown ni juga banyak pekerja asing lari balik negara. Tapi nak datang balik tak boleh sebab ada sekatan perjalanan dan banyak restriction di sempadan.
10. Bila lockdown habis, pengusaha bisnes pun rancak kejar sales balik. Buka tawaran kerja.. tapi mula mula pun tawar kerja dgn gaji rendah.. Alasannya…bisnes baru nak naik.. kalau nak kerja korang kena sabar
11. Terlalu banyak bisnes tawar pekerjaaan... Pilihan jadi banyak. Yang dulu di isi oleh pekerja asing pun sekarang dah jadi kosong.
12. Tapi tika dan saat ini, golongan pekerja mula sedar... mereka tak perlu majikan... mereka tak perlu berkorban untuk syarikat... mereka tak perlu kerja dgn waktu kerja tak best atau suasana kerja yang memberatkan hati dan perasaan mereka
13. Kalau nak kerja pun, pilihan banyak... cari la yang offer lifestyle, benefit, dan gaji yang best. Kenapa nak berkorban dgn syarikat yang bukan milik mereka pun.
14. Majikan mula garu kepala, generasi baru ni lemah , tak tahan kerja berat, demanding, tak memahami , sebenarnya bukan generasi baru jer... yang generasi lama pun dah lalui apa saya tulis kat atas... secara umum mereka dah sedar kini mereka ada pilihan lebih baik.
15. Mereka sedar mereka tidak perlu memilih kerjaya yang menjana pendapatan di bawah garis kemiskinan untuk mereka. Ada pilihan lain yang lebih baik
16. Jadi jika kesemua golongan pekerja berfikiran mcm ini, adakah pemilik bisnes perlu berusaha untuk mendidik pekerja semula supaya sanggup berkorban dan hidup susah demi syarikat ? atau majikan perlu mula berubah dan berusaha lebih keras untuk beri lebih pada pekerja
17. Gaji lebih baik, faedah lebih baik, suasana kerja lebih baik
18. Rakan kongsi saya Tuan Aizuddin ajar saya... jangan anggap staff sebagai kos tapi sebagai asset... Wow hebat kan.. kalau asset kita kena ada cost maintainence utk pastikan asset ni terus jadi berharga kan.
masa untuk berubah
Minda usahawan perlu diubah
Falsafah perniagaan perlu diubah
Yang cepat bertindak, insyaallah menang
Ayah Ayam
Chicken Royale - Dapur Delivery
Karnivor Malaya - Dapur Director