AbeMek

AbeMek Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AbeMek, Business consultant, Petaling Jaya.

Fikiran kita menentukan tindakan kita. Tindakan kita menentukan tabiat kita.Tabiat kita menentukan kehidupan kita.Pesan ...
12/09/2021

Fikiran kita menentukan tindakan kita. Tindakan kita menentukan tabiat kita.
Tabiat kita menentukan kehidupan kita.

Pesan mentor Abe..

"jika Abe mahukan perubahan hidup Abe di masa hadapan, Abe perlu melakukan perubahan dan bertindak sekarang."

Bangkit Bersama!
Impian bermula dari kebangkitan.

Kenapa Cristiano Ronaldo boleh menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia?Mungkin kita tertanya-tanya siapa di sebalikny...
05/09/2021

Kenapa Cristiano Ronaldo boleh menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia?

Mungkin kita tertanya-tanya siapa di sebaliknya sebenarnya..

Tetapi satu yang perlu kita tahu, bahawa dia sebenarnya fokus dengan apa yang dia buat.

Pernah kita tengok dia buat kerja lain selain berlatih dan bermain bola. Dia tak pernah berhenti berlatih, berlatih pun dengan bersungguh-sungguh tanpa ada rasa putus asa.

Dan dia tak hilang fokus untuk mencapai impiannya. Walaupun apa jua situasi kehidupan dia. Wang banyak, kaya raya, glamour dan menjadi perhatian dunia, dia tetap fokus.

Apa yang paling utama adalah bermain bola sepak semata-mata minat dan cinta. Niat nak ubah kehidupan keluarganya yang miskin dan serba kekurangan.

Bagaimana dengan kita?

Tak kisahlah kita dalam bidang apa sekali pun.

Keusahawan, pendidikan, kesihatan, perkhimatan mahu pun apa jua bidang yang kita terlibat, yang paling utama adalah mindset kita.

Mesti kekal fokus, berikanlah sepenuhnya komitmen kita dan usah sesekali putus asa sehingga kita mencapai impian hidup.

Bak kata mentor Abe..
Usah berhenti apabila kita berasa letih, sebaliknya berhentilah apabila kita sudah selesai.

Realitinya untuk kita menulis impian hidup ini adalah percuma saja.Tapi kekadang nak tulis impian sendiri pun kita sendi...
03/09/2021

Realitinya untuk kita menulis impian hidup ini adalah percuma saja.

Tapi kekadang nak tulis impian sendiri pun kita sendiri rasa takut dan tak yakin, apatah lagi untuk kita mempercayai.

Takut impian yang kita tulis itu tak tercapai.

Sedangkan menulis impian ini memberi kesan besar dalam hidup kita secara tak sedar.

"Subconscious mind" kita akan mula bekerja ke arah apa yang kita impikan.

Pesan mentor kepada Abe..
Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah doa. Tulis impian pun satu doa sambil kita langsung "visualise" apa yang di impikan itu.

Dan salah satu impian Abe yang telah tertunai adalah bermain salji dan lebih manis dapat bersama puan isteri.

Kerna kasih sayang Allah SWT, dapat merealisasikan satu satu impian diri ini.

Address

Petaling Jaya
47810

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AbeMek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AbeMek:

Share