The Black Code

Call Directions Website Contact the business

The Black Code We are THE BLACK CODE by YMn®️

Business is about PEOPLE, PROCESS & SYSTEM.
(1)

09/10/2026

2027 Kos Bisnes Akan Meningkat 11% ?

Sekiranya benar gaji minimum dinaikkan kepada RM2000, kemungkinan kos bayar gaji akan naik sebanyak 11%.

Adakah usahawan sudah bersedia dengan strategic planning untuk tahun 2027?

05/10/2026

Belanjawan 2027

Semua usahawan baik macro atau pon micro sedang menantikan apa yang bakal dibentangkan oleh PMX pada 9 Oktober nanti.

Polisi dan dasar inilah akan memberi kesan kepada semua pihak.

Apakah akan ada spill over effect kepada Usahawan micro?

Apakah akan ada kenaikan kos?

Apakah akan ada kelebihan - kelebihan lain ?

Semua ini akan terjawab pada 9 Oktober nanti.

Amazing Race Sofwah Arabiata Sdn BhdDay 1  - CXO CHALLENGES- Strategic Planning- F.O.C.U.S 2027Grilled Session with Coac...
05/10/2026

Amazing Race Sofwah Arabiata Sdn Bhd

Day 1 - CXO CHALLENGES

- Strategic Planning
- F.O.C.U.S 2027

Grilled Session with Coach YMn

Mereka sedang siapkan kelengkapan untuk berlari pada tahun 2027,

anda bagaimana?
masih menunggu Januari baru cari kasut?

T H E   C O S T   O F   D E L A Y=======================Ada satu COST dalam business yang ramai BOSS tak masukkan dalam ...
02/10/2026

T H E C O S T O F D E L A Y
=======================

Ada satu COST dalam business yang ramai BOSS tak masukkan dalam P&L ..

COST OF DELAY.

Tak nampak dalam Account.

Tak ada invoice.

Tak ada supplier call minta payment.

Tapi diam diam .. dia makan business.

Contohnya mudah ..

Cost barang dah naik.

Supplier dah revise harga.

Salary naik.

Rental naik.

Logistic pun naik.

Finance dah tunjuk ..

margin yang dulu 30% ..

sekarang tinggal 20%.

Sales masih jalan.

Customer masih beli.

So dari luar nampak macam business OK.

Tapi BOSS takut nak revise PRICE.

Takut customer complain.

Takut competitor lebih murah.

Takut sales jatuh.

So kita kata ..

“Hold dulu.”

Sebulan hold.

3 bulan hold.

6 bulan hold.

Dalam tempoh itu ..

kita sebenarnya jual lebih banyak ..

untuk dapat PROFIT yang semakin kecil.

Sales Team celebrate sebab hit target.

Operation makin sibuk fulfil order.

People makin penat.

Revenue nampak cantik.

Tapi setiap kali barang keluar ..

margin kita makin nipis.

Sampai satu tahap baru BOSS tanya ..

“Kenapa sales naik .. PROFIT tak naik?”

Padahal masalahnya kita dah nampak 6 bulan lepas.

Kita cuma lambat buat keputusan.

Itulah COST OF DELAY.

=======================

Sama juga dengan PEOPLE.

Ada orang yang bagus ..

tetapi mungkin dah sampai tahap maksimum dia.

Ada orang yang sangat loyal ..

tetapi role sekarang sudah terlalu besar untuk capability dia.

Ada structure yang sesuai masa company RM2 juta ..

tetapi bila business dah jadi RM10 juta, structure yang sama mula jadi masalah.

Kita nampak.

Management nampak.

Orang bawah pun kadang kadang dah nampak.

Tapi semua tunggu BOSS.

Dan BOSS p**a ..

“Let me think.”

3 bulan.

6 bulan.

Kadang kadang setahun.

=======================

Saya percaya ..

seorang BOSS tak semestinya kena buat keputusan CEPAT.

Tetapi BOSS kena tahu beza antara ..

WAITING FOR MORE INFORMATION

dengan

WAITING BECAUSE WE DON'T LIKE THE ANSWER.

Dua benda berbeza.

Kalau information belum cukup ..

WAIT.

Kalau risiko belum jelas ..

STUDY.

Kalau numbers masih belum establish pattern ..

OBSERVE.

Itu business judgement.

Tapi kalau semua numbers dah tunjuk arah yang sama ..

People dah bagi signal.

Customer dah bagi signal.

P&L dah bagi signal.

Market dah bagi signal.

Kita sahaja yang masih tak mahu ACCEPT ..

itu bukan lagi analysis.

Itu DELAY.

=======================

Bila business masih kecil ..

delay mungkin cuma menyebabkan kita rugi sedikit.

Bila company dah semakin besar ..

harga delay berubah.

Satu keputusan tentang PEOPLE boleh affect satu department.

Satu keputusan tentang PRICING boleh affect seluruh margin.

Satu keputusan tentang PRODUCT boleh consume working capital.

Satu keputusan tentang MARKET boleh lock resources berbulan bulan.

Satu keputusan yang BOSS tak buat boleh menyebabkan 30 orang di bawah terus membuat benda yang salah.

=======================

Sebab itu sebagai CEO / Business Owner / Founder tak sepatutnya sibuk dengan kerja.

Tetapi perlu SIBUK dengan buat keputusan.

Every decision consumes CAPITAL.

Bukan hanya duit.

TIME adalah capital.

PEOPLE adalah capital.

FOCUS adalah capital.

CUSTOMER TRUST pun capital.

Dan bila kita delay keputusan ..

capital tetap berjalan.

Jarum jam tak berhenti hanya kerana CEO masih fikir.

=======================

Sekarang masuk Q4 ..

ramai akan mula bercakap tentang 2027.

Target baru.

New strategy.

New market.

New product.

New KPI.

Semua NEW.

Saya p**a lebih s**a sebelum tambah benda baru ..

tengok dahulu benda lama yang kita masih belum selesai.

Apa yang kita sudah tahu TAK menjadi ..

tetapi masih dibawa?

Siapa yang kita sudah tahu perlukan intervention ..

tetapi masih kita biarkan?

Process mana yang semua orang complain ..

tetapi masih jadi “cara kita buat dari dulu”?

Customer mana yang kita kejar sampai penat ..

tetapi sebenarnya tak menghasilkan PROFIT?

Business unit mana yang nampak BUSY ..

tetapi consumption lebih besar daripada contribution?

Ini semua bukan benda sexy untuk dibincangkan masa Strategic Planning.

Tapi inilah REALITY.

=======================

Strategic Planning bukan hanya menentukan ..

WHAT NEXT?

Kadang kadang soalan paling mahal ialah ..

WHAT MUST END?

Sebab kita tak boleh masuk 2027 dengan semua baggage 2026 ..

kemudian expect result yang berbeza.

New target ..

old problem.

New year ..

old structure.

New strategy ..

same behaviour.

Tak jalan.

=======================

Dalam BUSINESS ..

buat keputusan salah memang ada COST.

Tetapi sekurang kurangnya kita boleh belajar ..

correct ..

dan move.

Yang saya lebih takut ..

ialah keputusan yang semua orang sudah tahu perlu dibuat ..

tetapi tak pernah dibuat.

Kerana COST dia senyap.

Dan masa kita sedar ..

kadang kadang bukan lagi isu bagaimana nak repair.

Kita dah terlepas WINDOW.

Opportunity gone.

Good people gone.

Cash gone.

Customer pun mungkin gone.

=======================

So, sebelum kita sibuk tulis 2027 Strategic Plan ..

saya rasa ada satu soalan yang setiap BOSS patut jawab sendiri.

WHAT ARE YOU STILL WAITING FOR?

Kalau jawapannya ialah ..

“saya perlukan lebih banyak information”

Good.

Cari information.

Tapi kalau jauh dalam hati kita sebenarnya dah tahu jawapannya ..

then maybe ..

the problem is no longer STRATEGY.

It's COURAGE.
..................................

CEO NOTES
by Coach YMn

CONNECTING THE DOTS IS THE NAME OF THE GAME.

W A K T U  H U J A N .. A S A H  P A R A N G=======================Ada satu STRATEGIC PRACTICE dalam dunia korporat yang...
25/09/2026

W A K T U H U J A N .. A S A H P A R A N G

=======================

Ada satu STRATEGIC PRACTICE dalam dunia korporat yang mana Usahawan patut belajar..

Bila ekonomi mula perlahan..

Market semakin mencabar.

Purchasing power makin berkurang.

Customer mula memilih untuk berbelanja.

Sales cycle semakin panjang.

Cost semakin meningkat.

Syarikat besar yang mempunyai LONG TERM VISION biasanya mula ubah 'GAMES'.

Bukan lagi semata-mata kejar SALES.

Tapi mula memberi lebih perhatian kepada satu ASET yang bakal menentukan keupayaan mereka apabila market kembali pulih..

PEOPLE.

=======================

Logiknya simple..

Kalau sekarang MUSIM HUJAN..

Kita keluar juga .. BASAH.

Kita berlari .. BASAH.

Kita berjalan .. pun BASAH.

Daripada menghabiskan terlalu banyak tenaga kejar perkara yang belum pasti dalam keadaan market yang uncertainty ..

Mereka gunakan masa tersebut untuk menyiapkan organisation bagi menghadapi NEXT CYCLE.

Training.

Upskilling.

Reskilling.

Strengthening Leadership.

Improving Business Process.

Dan memperbaiki kelemahan yang selama ini tak sempat sebab terlalu sibuk kejar SALES.

Dalam bahasa mudah ..

WAKTU HUJAN INILAH KITA ASAH PARANG.

Asah sampai betul-betul TAJAM.

=======================

Sebab mereka faham satu perkara..

Ekonomi tidak selamanya berada di bawah.

Sampai masa ekonomi akan pulih, market akan restructure semula..

Customer akan mula berbelanja.

Demand mula meningkat.

Opportunity kembali terbuka.

Mereka tak perlu lagi tercari-cari orang yang boleh menjual ..

Tak perlu baru nak ajar Management Team bagaimana membuat keputusan ..

Tak perlu baru nak memperbaiki customer experience atau menyusun semula operation.

Semua kerja itu sudah dibuat ketika orang lain sedang menunggu hujan berhenti.

BILA MATAHARI KELUAR ..

Mereka terus masuk GEAR 4.

Parang dah tajam.

People dah READY.

System dah tersedia.

Direction dah jelas.

Tinggal EXECUTE.

=======================

Masalah dalam dunia SMEs p**a ..

Bila ekonomi mula mencabar ..

Antara budget yang paling awal dipotong adalah TRAINING.

Takut nak spend untuk Staff.

Takut nak invest dalam People.

Takut duit tak cukup untuk operation.

Saya faham keperluan menjaga CASH. Itu tanggungjawab seorang BOSS.

Tetapi ada perbezaan besar antara mengurus CASH dengan memotong perkara yang sebenarnya membina keupayaan business untuk masa depan.

Kita hentikan TRAINING ..

Tetapi masih mengharapkan Sales Team menghasilkan result yang lebih besar.

Kita tangguhkan pembangunan Management Team ..

Tetapi masih mengharapkan mereka membuat keputusan yang lebih strategic.

Kita kurangkan investment dalam People ..

Tetapi masih mengharapkan productivity, customer experience dan PROFIT terus meningkat.

HOW ?

=======================

Kemudian apabila ekonomi kembali pulih ..

Orang lain sudah berada di GEAR 4.

Kita baru nak masuk GEAR 1.

Baru nak recruit.

Baru nak training.

Baru nak bina leadership.

Baru nak susun process.

Dan ketika kita masih sibuk membina CAPABILITY ..

Competitor sudah sibuk mengambil MARKET SHARE.

Inilah antara harga paling mahal yang dibayar oleh business ..

Bukan kerana kekurangan opportunity.

Tetapi kerana TIDAK BERSEDIA ketika opportunity itu datang.

=======================

Hampir 3 dekad berada dalam dunia korporat dan perniagaan mengajar saya ..

Seorang CEO bukan sekadar perlu tahu bila hendak menekan minyak.

Dia juga perlu tahu apa yang patut dilakukan ketika terpaksa memperlahankan kenderaan.

Bukan semua Training adalah investment yang bagus.

Bukan semua seminar akan menghasilkan PERFORMANCE.

Training yang betul mesti bermula daripada BUSINESS STRATEGY.

Apa capability yang organisation kita perlukan untuk WIN dalam 12 hingga 24 bulan akan datang ?

Apa competency gap yang sedang menghalang growth ?

Siapa yang akan membawa organisation apabila market kembali bergerak ?

Dan bagaimana semua investment dalam PEOPLE akhirnya memberi impact kepada CUSTOMER, PRODUCTIVITY dan PROFIT ?

CONNECT THE DOTS.

=======================

Inilah antara pemikiran yang saya bawa dalam THE BLACK CODE.

Mentor untuk FOUNDER.

Coaching untuk MANAGEMENT TEAM.

Training untuk STAFF.

Kerana strategi yang hebat di dalam Boardroom tidak membawa apa apa makna jika orang yang perlu melaksanakannya tidak mempunyai kemampuan untuk EXECUTE.

Dan seorang BOSS yang berpengalaman tahu ..

Kelebihan sebenar sebuah business bukan hanya terletak pada seberapa pantas ia bergerak ketika market sedang bagus.

Tetapi sejauh mana ia telah bersedia ..

SEBELUM ORANG LAIN MULA BERGERAK.

Jadi ..

Kalau sekarang sedang hujan ..

Mungkin ini masanya untuk berhenti sekejap daripada hanya mengejar apa yang ada di depan mata.

Lihat semula PEOPLE kita.

Asah parang betul-betul.

Sebab bila matahari keluar nanti ..

Kita tak mahu baru nak belajar bagaimana hendak menebas.

THE BLACK CODE by Coach YMn

CONNECTING THE DOTS IS THE NAME OF THE GAME.

BLACK IS PROFIT.

2 0 2 7  T I D A K  B E R M U L AP A D A  1  J A N U A R I =======================2027 sebenarnya bermula di Q4 2026.Seb...
17/09/2026

2 0 2 7 T I D A K B E R M U L A
P A D A 1 J A N U A R I
=======================

2027 sebenarnya bermula di Q4 2026.

Sebab apa yang berlaku pada Januari nanti kebanyakannya adalah RESULT daripada keputusan yang dibuat sekarang.

Budget boleh dibuat kemudian.
Target boleh dinaikkan kemudian.
KPI boleh dicantikkan kemudian.

Tetapi STRATEGY tak boleh tunggu calendar bertukar tahun.

Masuk Q4 seorang BOSS sepatutnya sudah mula melihat business dengan sedikit berbeza.

Bukan sekadar ..

“Berapa lagi sales nak kejar sebelum December ?”

Tetapi ..

Apa sebenarnya yang 9 bulan ini sedang beritahu kita ?

Customer mana yang benar benar profitable ?

Product mana yang patut dibesarkan ..

dan product mana yang kita simpan hanya kerana sayang nak lepaskan ?

People mana yang boleh membawa business ke next level ..

dan position mana yang sebenarnya sudah tidak relevan ?

Market mana yang masih mempunyai ruang ..

dan market mana yang hanya makan CASH dan ENERGY ?

Mana satu growth ?

mana satu vanity ?

Itu conversation Q4 yang lebih penting.

=======================

Ramai orang buat Strategic Planning dengan bermula daripada TARGET.

Saya biasanya s**a bermula daripada REALITY.

Where are we NOW ?

Apa yang betul betul bekerja ?

Apa yang sebenarnya rosak tetapi masih kita tolerate ?

Apa yang menghasilkan PROFIT ?

Apa yang hanya menghasilkan activity ?

Dan paling penting ..

apakah ASSUMPTION yang kita gunakan selama ini ..

masih benar untuk 2027 ?

Sebab strategy yang bagus ..

bukan tentang berapa banyak perkara kita mahu buat.

Strategy adalah tentang membuat PILIHAN.

Apa kita mahu kejar.

Apa kita sanggup lepaskan.

Di mana kita mahu menang.

Dan apa yang kita TIDAK akan buat ..

walaupun opportunity itu nampak menarik.

=======================

Hampir 3 dekad berada di dalam boardroom, corporate dan dunia usahawan saya melihat satu perkara berkali kali.

Company jarang kekurangan PLAN.

Yang susah adalah ALIGNMENT.

Sales ada plan.

Marketing ada plan.

People ada plan.

Finance ada budget.

Operation ada KPI.

Commercial ada numbers.

Semua nampak cantik secara individual ..

tetapi belum tentu semuanya menuju ke DESTINASI yang sama.

Di situlah kerja sebenar seorang CEO bermula.

CONNECT THE DOTS.

=======================

2027 mungkin kita nak double revenue.

Good.

Tetapi ..

adakah working capital mampu support ?

People ready ?

Capacity cukup ?

Margin tahan ?

Customer acquisition cost masih masuk akal ?

Management Team boleh carry ?

Cash conversion cycle bagaimana ?

Dan selepas semua growth itu berlaku ..

berapa PROFIT yang tinggal ?

Sebab revenue adalah satu NUMBER.

Growth adalah satu STORY.

Tetapi PROFIT ..

adalah CONSEQUENCE kepada banyak keputusan yang dibuat dengan betul.

=======================

Sebab itu saya melihat Q4 bukan sebagai quarter terakhir.

Q4 adalah BRIDGE.

Tempat kita melihat 2026 dengan jujur ..

sebelum membuat taruhan untuk 2027.

Apa yang perlu kita CARRY FORWARD.

Apa yang perlu kita FIX.

Apa yang perlu kita STOP.

Dan apa yang perlu kita DOUBLE DOWN.

Tidak semua perkara yang membawa kita sampai ke sini ..

akan membawa kita ke tempat seterusnya.

That is the uncomfortable part of STRATEGY.

=======================

The Black Code bukan dibina untuk mengajar CEO menulis satu lagi Business Plan.

Plan boleh ditulis.

Template boleh dicari.

AI hari ini pun boleh menghasilkan 50 muka surat Strategic Plan dalam beberapa minit.

Tetapi AI tidak duduk di kerusi anda ..

ketika perlu memilih antara growth atau cash.

People atau productivity.

Market share atau margin.

Short term numbers atau long term positioning.

That judgement ..

masih milik BOSS.

Dan semakin besar business ..

semakin mahal harga setiap judgement tersebut.

=======================

So sebelum 2027 datang ..

jangan hanya tanya

“Berapa TARGET kita tahun depan ?”

Tanya soalan yang lebih besar ..

WHAT BUSINESS ARE WE REALLY BUILDING ?

Dan adakah semua DOTS di dalam organisation kita ..

benar benar sedang membawa kita ke sana ?

2027 starts NOW.

The Black Code by YMn

Decode the business.
Connect the dots.
Build the winning business.

BLACK is PROFIT.

Selamat Hari Malaysia 🇲🇾16 September 2026Buat para usahawan, setiap bisnes yang kita bina bukan sekadar tentang keuntung...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 🇲🇾

16 September 2026

Buat para usahawan, setiap bisnes yang kita bina bukan sekadar tentang keuntungan, tetapi turut menyumbang kepada ekonomi, peluang dan masa depan negara.

Terus membina.
Terus mencipta nilai.
Bersama membina Malaysia yang lebih baik. 🇲🇾

Perang Badar mengajar kita bahawa perjuangan pasti diuji.Walaupun berhadapan dengan kekuatan yang lebih besar, Rasululla...
15/09/2026

Perang Badar mengajar kita bahawa perjuangan pasti diuji.

Walaupun berhadapan dengan kekuatan yang lebih besar, Rasulullah ﷺ tetap mengutamakan syura, strategi, kesatuan, doa dan tawakal kepada Allah SWT.

Begitu juga dalam bisnes. Cabaran perlu dihadapi dengan perancangan yang baik, persepakatan pas**an dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Setelah segala ikhtiar dilakukan, bertawakallah kepada Allah SWT. Semoga para usahawan terus kuat, bijak menyusun langkah dan istiqamah dalam membina kejayaan dunia dan akhirat.

Address

A-2-08, Block A, Jalan PJU 1A/7, Oasis Ara Damansara
Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60193636900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Black Code posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Black Code:

Shortcuts

Share