09/11/2023
TARIKH AKHIR INISIATIF PENGURANGAN KOMPAUN 2023
Inisiatif Pengurangan Kompaun 2023 akan berakhir pada 31 Disember 2023. Berbaki kurang 60 hari lagi untuk anda menggunakan inisiatif ini bagi menjelaskan kesemua kompaun tertunggak.
Pengarah syarikat dan pemilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) boleh menggunakan inisiatif pengurangan 90% dari nilai asal kompaun dan segera menjelaskan kompaun tersebut sebelum 31 Disember 2023.
Selepas 31 Disember 2023, kesemua kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965/ Akta Syarikat 2016/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 perlu dijelaskan dengan amaun/ kadar asal.