08/09/2022
๐ฏ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฏ ๐จ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฏ๐๐ฟ ๐ฅ๐๐ด๐ถ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฃ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ
โ Jika anda telahpun terlibat dalam dunia pelaburan saham, anda akan dapati setiap pelabur/pedagang yang berjaya membuat keuntungan konsisten dalam pasaran mempunyai strategi tersendiri.
โ Strategi ini unik kepada setiap individu dimana mereka mempunyai kriteria tersendiri yang digunapakai dalam mengembangkan portfolio pelaburan mereka.
โ Terdapat ratusan atau ribuan teknik yang boleh digunakan untuk meraih keuntungan dalam pasaran saham.
โ Tiada istilah teknik ini betul, teknik itu salah. Jika anda berjaya konsisten membuat keuntungan dalam pasaran saham, tidak kira teknik apa yang anda gunakan, makanya anda sedang menggunakan teknik yang betul.
โ Berlainan p**a dengan kerugian dalam pasaran saham.
โ Pelabur/pedangang yang selalu mengalami kerugian, kebiasaannya disebabkan oleh sebab-sebab yang hampir sama.
โ Jom lihat 3 sebab utama pelabur/pedagang selalu rugi dalam pasaran saham.
๐ญ. ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ฒ๐๐ฎ๐ฝ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ท๐ฒ๐น๐ฎ๐.
๐ Matlamat sangat penting dalam mengawal emosi semasa melabur/berdagang saham.
๐ Pelabur/pedagang yang jelas dengan matlamat akan lebih berhati-hati dalam pasaran.
๐ Sebelum memasuki pasaran, anda perlu tetapkan matlamat seperti berapa peratus keuntungan yang anda mahukan.
๐ Anda juga perlu bersedia dengan kemungkinan yang anda akan rugi. Berapa p**a kerugian yang anda sanggup terima.
๐ Jika anda jelas dengan matlamat, anda tidak akan menghadapi masalah overtrade.
๐ Bahayanya overtade ialah anda mula mengambil tindakan pelaburan dibawah pengaruh emosi yang tidak stabil.
๐ Kebanyakan pelabur/pedagang menanggung kerugian yang besar kesan daripada overtrade.
๐๐ผ๐ป๐๐ผ๐ต:
โช Anda mungkin sedang dikuasai oleh sifat tamak, walaupun sudah memperolehi keuntungan dengan peratusan (Return On Investment, ROI) yang tinggi pada hari tersebut, anda masih memasuki pasaran dan membeli saham secara terburu-buru tanpa melakukan kajian terlebih dahulu semata-mata untuk menambah keuntungan dengan cepat.
โช Anda telah mengalami kerugian pada hari tersebut. Disebabkan mahu membalas dendam untuk mendapatkan semula kerugian yang dialami, anda mula membeli saham secara tergesa-gesa tanpa mengkaji terlebih dahulu.
๐ฎ. ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ถ๐๐ถ๐ฝ๐น๐ถ๐ป.
โญ Seorang pelabur/pedagang perlu berdisiplin untuk berjaya dalam dunia pelaburan saham.
โญ Sebelum memasuki pasaran, anda perlu bersedia dengan trading plan. Trading plan seharusnya telah lengkap dengan kiraan risk reward yang sanggup anda terima.
โญ Anda sepatutnya sudah tahu dimana anda perlu cut loss jika trading anda tidak menjadi, dan anda juga sudah perlu tahu dimana anda perlu ambil keuntungan jika trading anda berjaya.
โญ Kebanyakan pelabur/pedagang tidak dapat lari daripada emosi berharap. Emosi ini yang selalu menyebabkan pelabur/pedagang melanggar trading plan yang telah ditetapkan.
โญ Apabila harga saham yang dipegang telah turun menembusi harga cut loss, emosi berharap yang harga saham akan naik semula akan membuatkan pelabur/pedagang bakal menanggung kerugian yang lebih besar.
โญ Apabila harga saham yang dipegang naik melepasi target price yang telah ditetapkan, emosi berharap yang harga saham akan naik lagi akan menyebabkan pelabur/pedagang sudahnya hanya dapat keuntungan yang sedikit ataupun keuntungan yang sepatutnya diperolehi telah bertukar menjadi kerugian.
๐ฏ. ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป.
โฆ Kebiasannya apabila sesuatu saham membuat kenaikan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat, saham tersebut akan menjadi tumpuan para trader.
โฆ Trader akan cuba mengambil peluang untuk membeli saham syarikat tersebut dan emosi fear of missing out akan menyebabkan mereka sanggup membeli saham tersebut walaupun harga telah naik tinggi.
โฆ Saham yang kenaikan harganya sangat laju, kebiasaannya harga saham tersebut akan turun dengan laju juga.
โฆ Jika anda mengejar pasaran pada situasi ini, anda berisiko tinggi untuk mengalami kerugian yang besar.