Andalus Ventures

Andalus Ventures We Build Islamic Startups. Andalus Ventures Sdn. Bhd.

is a Venture Builder that specialises in the ideation, launching and scaling of technologically forward Muslim-led startups.

Di MySakinah, kami bantu anda meringankan permasalahan rumah tangga melalui program “Marriage Revival” , yang Akan bermu...
17/03/2022

Di MySakinah, kami bantu anda meringankan permasalahan rumah tangga melalui program “Marriage Revival” , yang Akan bermula sepanjang bulan Ramadhan.

Bantu hubungan anda dengan memberi laluan kepada kami untuk membantu mencari penyelesaian ke arah kebaikan hari ini.

Sila layari www.mysakinah.com untuk pengetahuan lanjut.

Pertengkaran rumah tangga - solusi diplomasi untuk menenangkan keadaan

Lumrah rumah tangga, akan ada masanya berlaku perselisihan faham sesama pasangan suami isteri.

Mempunyai perbezaan dengan pasangan juga mungkin sedikit ujian realiti, kerana ia membuatkan anda sedar bahawa hanya kerana anda mempercayai sesuatu atau membesar dengannya tidak menjadikannya betul. Beberapa perbezaan boleh sah. Namun ini cenderung menjadikan sesetengah orang sangat tidak selamat. Perbezaan ini boleh dikaitkan dengan kepercayaan, keluarga, didikan, budaya, politik, keintiman, atau bahkan sesuatu yang remeh seperti makanan atau hobi kegemaran.

Jadi bagaimana cara untuk melayari alam perkahwinan yang penuh dugaan?

Berikut merupakan 3 contoh dab teladan yang boleh diikuti bersandarkan Hadis dan Al-Quran tentang adab mengatasi ujian perkahwinan:

1 . Jika seseorang perlu memenangi pertengkaran biarlah Yang lain memenanginya
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang meninggalkan hujah padahal ia benar, maka ia akan mendapat istana di tengah-tengah Jannah”

Darjah: Hasan (Darusalam)
Rujukan: Sunan Ibn Majah Hadith No. 51

2. Jangan sekali-kali menjerit sesama sendiri melainkan rumah itu terbakar: Luqman (AS) semasa memberi nasihat kepada anaknya berkata:

"Dan perlahankanlah suaramu kerana sesungguhnya suara yang paling dibenci ialah suara keldai".

Surah Luqman Ayat 19

3. Sekurang-kurangnya, sekali sehari, nyatakan rasa terima kasih anda kepada pasangan anda:

Nabi salallahu ̔alayhi wasallam bersabda, ‘Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak bersyukur kepada Allah.’

Darjah: Sahih (Al-Albani)
Rujukan: Sunan Abi Dawud 4814 Hadith No. 42

Jika dua orang boleh saling mencapai dinamik ini dalam perkahwinan, maka konflik akan menjadikan mereka lebih kuat dan lebih rapat pada akhirnya. Setiap konflik dengan pasangan kita akan menjadi titik tolak di mana kedua-dua suami dan isteri boleh memilih jalan pembaikan diri dan pembetulan hubungan untuk manfaat diri, satu sama lain, dan perkahwinan.

Di MySakinah, kami bantu anda meringankan permasalahan rumah tangga melalui program “Marriage Revival” , Yang Akan bermula sepanjang bulan Ramadhan.

Bantu hubungan anda dengan memberi laluan kepada kami untuk membantu mencari penyelesaian ke arah kebaikan hari ini.

Program Ramadan Marriage Revival yang akan berlangsung selama 4 minggu pada bulan Ramadan ini akan mendedahkan serta mem...
11/03/2022

Program Ramadan Marriage Revival yang akan berlangsung selama 4 minggu pada bulan Ramadan ini akan mendedahkan serta membimbing pasangan kepada teknik yang sebetulnya demi memperbaiki hubungan yang retak.

Daftar sekarang di https://mysakinah.com/ untuk maklumat lanjut.

Tinggal 25 hari sahaja lagi.

Ramadan bakal tiba mengunjungi kita semua. Bulan yang ditunggu tunggu oleh semua umat Islam untuk membersihkan hati dan menumpukan perhatian kepada amal ibadat.

Begitu juga usaha untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik dan Ianya termasuk juga hubungan kita dengan orang sekeliling terutamanya dengan pasangan kita.

Lumrah kehidupan berumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit inikan p**a suami isteri. Namun jika hubungan anda sudah retak menanti belah…

Maka, ambil peluang pada bulan yang mulia ini untuk memanfaatkan ganjaran berganda yang sudah dijanjikan oleh Allah SWT dalam usaha untuk membina kembali rasa cinta dan sayang antara suami dan isteri yang sudah terlerai.

Benda yang paling mudah kita boleh buat adalah berbuat baik kepada pasangan kerana Islam sendiri menuntut kita berbuat baik kepada pasangan.

Langkah pertama anda boleh mulakan dengan mempelajari cara berkomunikasi secara efektif.

Kedua, ketahui tanggungjawab suami dan isteri.

Dan yang ketiga, perhalusi cara untuk menghadapi konflik dan seterusnya ketahui lebih lanjut dengan menyertai program eksklusif mySakinah pada bulan Ramadan ini.

Program Ramadan Marriage Revival yang akan berlangsung selama 4 minggu pada bulan Ramadan ini akan mendedahkan serta membimbing pasangan kepada teknik yang sebetulnya demi memperbaiki hubungan yang retak.

Daftar sekarang di https://mysakinah.com/ untuk maklumat lanjut.

Salam Israk Mikraj27 Rejab 1442H | 11 Mac 2021“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam har...
01/03/2022

Salam Israk Mikraj

27 Rejab 1442H | 11 Mac 2021

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’ 17:1)

Burung kedidi mencari makan,
Menyusur lalu di tepi perigi;
Israk dan Mikraj kami ucapkan,
Semoga hidup sentiasa diberkati ☪️

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Dalam konteks ini, terdapat beberapa teknik yang sedia ada dan masih belum dit...
26/02/2022

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Dalam konteks ini, terdapat beberapa teknik yang sedia ada dan masih belum diterokai oleh umat Islam di Malaysia dalam menyelesaikan konflik rumah tangga tetapi sudah wujud dalam kalangan masyarakat lain di luar negara.

Usah risau kerana kami akan membawa teknik dan ilmu tersebut kepada anda.

Kami akan mengumpulkan dan menggabungkan kajian psikologi barat dan ilmuan agama yang telah mengeluarkan solusi yang berasakan Al-Quran, sunnah dan hadis yang dari aspek terapi dari pakar tempatan dan antarabangsa yang telah disesuaikan dengan masyarakat Melayu di Malaysia.

Segala persoalan yang mungkin terlintas difikiran anda, jangan merasa segan untuk bertanyakan kepada kami di [email protected]

6 jenis dilema dihadapi ketika melalui perpisahan atau masalah rumah tangga.

Sememangnya sukar untuk melalui waktu-waktu getir menghadapi masalah rumah tangga, minda rasa kusut dan tidak tahu dimana mahu bermula, patutkah kita berkongsi dengan orang lain, atau patut ditelan sahaja kepahitan berada dalam perkahwinan yang tidak lagi stabil ?

Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak, ramai golongan yang berada didalam kategori perkahwinan bermasalah merasa seperti mereka tidak mempunyai pilihan untuk bercakap dan merujuk dengan mana-mana pihak dan merasa keseorangan dalam usaha untuk menyelamatkan perkahwinan.

Antara dilema dan kenyataan yang sering dilalui oleh orang-orang yang berada dalam kesulitan terutamanya dalam permasalahan perkahwinan yang sudah berpanjangan adalah seperti berikut:

1. Berkongsi dengan ibu bapa
Banyak benda yang dipertimbangkan apabila mahu berkongsi masalah dengan keluarga, antaranya khuatir jika memberi respon yang berat sebelah dan tidak mahu membebankan dan merisaukan mereka dengan masalah yang dihadapi.

Ada juga kerisauan jika pandangan mereka terhadap pasangan kita dan juga keluarga mentua menjadi serong dan risiko akan kerosakan perhubungan antara pasangan dan ibu bapa pada masa akan datang.

Ada juga perasaan takut untuk bercerita mengenai kesulitan kita, ibarat membuka pekung didada dan akhirnya diam sahaja supaya kita dapat memelihara kehormatan perkahwinan dan maruah pasangan.

2. Faktor kewangan
Di Malaysia, anggaran kos kaunseling dan terapi perkahwinan di agensi swasta adalah antara RM250 ke RM 650 untuk setiap sesi terapi.

Mungkin bagi golongan T20 dan keatas masih mampu untuk menanggung kos kaunseling yang agak tinggi, namun bagi golongan pendapatan sederhana dan rendah, kos sebegitu boleh menjadi beban kepada mereka.

Tanda harga yang mahal boleh menjadi penghalang kepada mereka yang ingin menemukan dengan ahli terapi profesional dalam mencari jalan penyelesaian dan mengharapkan agar ada alternatif lain yang boleh membantu tanpa meragui kualiti solusi yang ditemukan.

3. Berunding dengan ustaz dan ustazah
Kebiasaannya rasa malu dan takut jika ustaz dan ustazah bercerita dengan orang lain mengenai masalah mereka terutamanya jika ustaz dan ustazah tersebut dikenali dalam kalangan masyarakat setempat.

Bagi kaum wanita p**a, rasa was-was dan menjangkakan bahawa ustaz dan ustazah akan berpihak kepada pihak lelaki dan menghukum mereka dengan mengatakan mereka tidak menjadi isteri yang baik kepada suami.

Akhirnya, ramai ustaz dan ustazah akan mengeluarkan kenyataan yang benar namun tidak sesuai untuk diaplikasikan apabila kita berdepan dengan kecelaruan dari segi emosi dan mental dengan memberi peringatan supaya bersabar dan solat lebih banyak.

4. Kehidupan terjejas
Realitinya, dalam mengharungi perbalahan dengan pasangan kita juga bergelut dengan masalah emosi, mental kadangkala fizikal. Dalam kesibukan mencari jalan penyelesaian, perhatian terhadap orang lain seperti anak-anak dan aspek kehidupan yang lain akan diabaikan.

Dengan ketidak stabilan emosi dan tidak pasti apa yang akan terjadi dalam perkahwinan sendiri, ramai perasan akan perubahan yang berlaku, antaranya cepat marah dengan orang sekeliling terutamanya anak anak dan tidak boleh menumpukan perhatian ketika bekerja.

Aspek kerohanian juga turut terjejas, lebih lebih lagi apabila kita merasa seolah olah tuhan menguji untuk menghukum dan cenderung untuk menyoal ketidak adilan tuhan.

Mudah untuk merasa seperti tidak mahu solat atau pun membaca Al-Quran dan jika pun solat, setiap kali rasa tidak khusyuk dan akhirnya kita merasa seperti gagal dalam semua benda yang dilakukan.

5. Nanti apa orang cakap?
Dilema ini lebih kepada persepsi masyarakat, rakan rakan, keluarga dan orang sekeliling terhadap orang yang menghadapi perpisahan. Stigma yang dikaitkan dengan orang yang bercerai dan berpisah biarpun secara baik adalah kegagalan.

Antara perkara yang sering diperkatakan adalah, mesti ada benda yang tidak kena dengan dia sebab itu dia bercerai dengan pasangannya.

Stigma-stigma ini membuatkan kita takut akan apa yang diperkatakan mengenai diri kita jika kita tidak mampu meneruskan perkahwinan.

“Bagaimana masyarakat akan melihat aku nanti?”

“Adakah aku manusia yang gagal jika aku gagal mempertahankan perkahwinan aku?”

6. Risau akan masa hadapan
Mana-mana individu yang mengalami perpisahan dan perceraian akan merasa ragu-ragu akan kebolehan mereka untuk kembali menjalin hubungan romantik yang baru.

Ada yang masih trauma dengan pengalaman berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai keyakinan untuk memulakan proses mengenali individu lain dengan tujuan untuk berkahwin.

Ada juga yang memikirkan:

“Bagaimana caranya untuk menyesuaikan anak-anak dengan kehidupan baharu?”

“Apa p**a kata anak-anak apabila mahu berkahwin lagi sekali?”

“Bagaimana penerimaan pasangan baharu dengan anak-anak, atau bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan anak-anak tiri?”

Ini semua ada dilema yang sangat sinonim dengan individu atau orang yang pernah mendirikan rumah tangga dan akhirnya berpisah.

Jalan penyelesaian ?
Namun ketahuilah, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Dalam konteks ini, terdapat beberapa teknik yang sedia ada dan masih belum diterokai oleh umat Islam di Malaysia dalam menyelesaikan konflik rumah tangga tetapi sudah wujud dalam kalangan masyarakat lain di luar negara.

Usah risau kerana kami akan membawa teknik dan ilmu tersebut kepada anda.

Kami akan mengumpulkan dan menggabungkan kajian psikologi barat dan ilmuan agama yang telah mengeluarkan solusi yang berasakan Al-Quran, sunnah dan hadis yang dari aspek terapi dari pakar tempatan dan antarabangsa yang telah disesuaikan dengan masyarakat Melayu di Malaysia.

Segala persoalan yang mungkin terlintas difikiran anda, jangan merasa segan untuk bertanyakan kepada kami di [email protected]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Kami ingin menemu ramah pasangan beragama Islam yang mempunyai masalah rumahtangga d...
03/02/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami ingin menemu ramah pasangan beragama Islam yang mempunyai masalah rumahtangga dan sedang aktif mencari jalan penyelesaian atau pun yang baru sahaja bercerai.

Untuk pengetahuan anda, buat masa sekarang terdapat 5 kes penceraian pada setiap jam yang berlaku di Malaysia dan lebih kurang 66,440 kes cerai membabitkan pasangan beragama Islam didaftarkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Justeru, kami di Andalus Ventures ingin menyediakan alternatif untuk membantu pasangan yang berada dalam dilema perpisahan dan krisis rumah tangga.

Kami juga ingin memulakan langkah dengan memahami punca kegagalan sistem yang sedia ada di negara kita untuk mengurangkan kadar kes perceraian yang sangat tinggi di Malaysia dan juga menggabungkan kaedah barat dan kaedah psikoloji Islam.

Jika anda merupakan pasangan atau individu yang telah melalui perceraian dalam tempoh 6 bulan lepas dan pernah berjumpa dengan kaunselor atau ustaz mahupun ustazah dari mana-mana institusi, kongsilah pengalaman anda bersama kami, mungkin dengan asbab 30 minit kesudian anda meluangkan masa dapat menyelamatkan pasangan lain.

Kami juga mengalu-alukan para ustaz dan ustazah yang berpengalaman dalam memberikan nasihat secara formal atau tidak formal, sama ada melalui institusi tertentu atau persendirian.

​​Sekiranya anda bersetuju untuk mengambil bahagian atau ingin mengetahui soalan-soalan yang bakal ditujukan, anda boleh menghubungi kami melalui link whatsapp ini :

https://wa.me/message/MBHNDZP5XA22L1

Address

Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60129444530

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Andalus Ventures posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Andalus Ventures:

Share