13/07/2026
Jelajah Wira LTAT Edisi Pantai Timur melabuhkan tirainya hari ini dengan Majlis Penutupan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, setelah menjelajah negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Boustead Properties Berhad berbangga dapat bersama-sama menjayakan inisiatif bermakna ini dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Semoga semangat kerjasama dan kebersamaan ini terus memberi manfaat kepada komuniti ATM serta membawa impak positif yang berpanjangan.