18/06/2025
Ada satu soalan yang selalu owner rumah sewa tanya bila jumpa kami:
"Kalau saya bagi rumah ni untuk pihak tuan uruskan, macam mana jaminan rumah saya selamat?"
Sebenarnya, soalan ni sangat valid.
Dalam dunia rumah sewa — bukan sekadar soal dapat duit sewa. Tapi soal siapa yang duduk dalam rumah tu.
Sebab kalau salah pilih penyewa, bukan saja rumah rosak, malah kadang-kadang jiran pun mula buat aduan.
Rumah busuk, kotor, gaduh-gaduh, penyewa asyik bertukar… dan akhirnya tuan rumah terpaksa keluarkan modal baiki kerosakan, bayar bil tertunggak, top-up loan sendiri.
Itu semua nightmare yang ramai owner cuba elak.
Dan sebab itulah, sejak dari awal kami bina SOP pengurusan rumah sewa kami dengan satu prinsip:
Keselamatan aset tuan rumah lebih penting dari sekadar nak penuhkan bilik cepat.
Setiap penyewa kami tapis satu persatu.
Warganegara Malaysia sahaja dibenarkan sewa.
Kami tak ambil couple atau campur lelaki-perempuan dalam unit.
Bukan sebab nak susahkan orang, tapi sebab nak elak risiko jangka panjang.
Pernah ada kes owner rumah cerita:
"Dulu saya sewa ikut s**a, asalkan dapat penyewa. Akhirnya, bilik campur. Ada kes gaduh. Ada kes tak selesa sesama penyewa. Ada kes sexual harassment. Akhirnya, saya sendiri pening kepala nak urus balik rumah ni."
Sebab tu kami jaga screening.
Kami check latar belakang, pekerjaan, komitmen bayaran, dan paling penting — kami cari penyewa yang serius nak duduk lama.
Bukan yang main sewa 2-3 bulan lepas tu cabut.
Setiap bulan, kami buat pemantauan.
Setiap aduan penyewa, kami respons.
Setiap kerosakan, kami baiki sebelum jadi lebih teruk.
Dan kami jaga deposit sewa dengan ketat.
Sebab kami tahu, kalau berlaku apa-apa, deposit tu akan jadi safety net untuk lindungi cashflow owner.
Inilah beza pengurusan rumah sewa kami dengan ramai ejen biasa.
Kami bukan sekadar cari penyewa.
Kami uruskan rumah.
Sebab bagi kami, rumah tuan rumah bukan sekadar sumber income.
Tapi aset berharga yang perlu dijaga.
Kalau anda ada unit yang nak disewakan, tapi nak jaga rumah betul-betul, kami sedia bantu.