08/05/2026
**Latar Belakang Coshare Holdings Berhad**
Coshare Holdings Berhad merupakan sebuah syarikat pembiayaan yang ditubuhkan pada 17 September 1997 di bawah Akta Syarikat Malaysia. Syarikat ini berdaftar di Selangor dan telah lama terlibat dalam bidang pembiayaan pengguna serta perkhidmatan kewangan di Malaysia.
Coshare dikenali sebagai antara agensi potongan gaji yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara bagi memudahkan urusan bayaran balik pembiayaan melalui potongan gaji penjawat awam.
Pada peringkat awal, Coshare lebih memberi fokus kepada pembiayaan pengguna (consumer loan). Kini, syarikat ini turut menawarkan pembiayaan peribadi patuh syariah melalui kerjasama dengan institusi kewangan antarabangsa seperti [Kuwait Finance House Malaysia dan Al Rajhi Bank Malaysia di bawah skim Murabahah Pembiayaan Peribadi-i.
Antara fokus utama Coshare adalah membantu penjawat awam mendapatkan kemudahan pembiayaan yang:
* Patuh syariah
* Proses mudah dan cepat
* Kadar kompetitif
* Pembayaran melalui potongan gaji ANGKASA
Visi syarikat adalah untuk memperluaskan ilmu kewangan kepada masyarakat, manakala misinya ialah membantu pelanggan mendapatkan solusi kewangan yang sesuai dan lebih terancang.