12/06/2023
Telekom Malaysia is now ’s official technology partner! 🐯
TM JALIN SEMULA KERJASAMA STRATEGIK SEBAGAI RAKAN RASMI TEKNOLOGI FAM
TM meneruskan jalinan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku Rakan Rasmi Teknologi bagi FAM dan pasukan kebangsaan, Harimau Malaya untuk tempoh setahun bermula Jun 2023 ini.
Kami amat berbesar hati dapat memberikan sokongan kepada sukan bola sepak kerana ianya mampu menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu bendera. TM menerajui evolusi teknologi telekomunikasi negara sejak sekian lama ke arah membina Digital Malaysia menerusi teknologi yang memperkasa komuniti, perniagaan dan Kerajaan. Kini, TM telah menjalani transformasi ke arah menjadi sebuah Syarikat Teknologi Berteraskan Insan, ataupun, a Human-Centred Technology Company. Peralihan ini akan turut diterapkan dalam jalinan kerjasama antara TM dan FAM ini, dengan membawakan pengalaman baharu kepada para penyokong pasukan kebangsaan melalui teknologi digital serta perkhidmatan komunikasi dan kandungan. Diharapkan kolaborasi ini dapat mencetuskan minat dan sokongan yang lebih jitu daripada para peminat, seterusnya memberi suntikan semangat untuk pasukan bola sepak kebangsaan.
Majlis menandatangani perjanjian antara FAM dan TM itu telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya petang tadi di mana FAM diwakili oleh Setiausaha Agung FAM, En Noor Azman Hj Rahman sementara TM telah diwakili oleh Naib Presiden, Jenama dan Pemasaran, En Andrew Pinto. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Puan Shanti Jusnita Johari, Ketua Pegawai Pemasaran, TM dan Dato’ Sri Shahril bin Mokhtar, Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM.
Berita penuh : https://www.tm.com.my/news/FAM_TM_Jalin_Semula_Kerjasama_Strategik