13/07/2026
Menurut laporan WeirdKaya baru-baru ini, kisah seorang bekas jurutera yang memperoleh pendapatan lima angka setiap bulan kepada mengambil kerja juruwang pada usia 50-an, menunjukkan bagaimana kehidupan boleh berubah sepenuhnya.
Vincent memulakan kerjayanya sebagai jurutera jualan dan bekerja dalam bidang tersebut selama lima tahun.
Dia kemudiannya berpindah ke syarikat lain sebagai penolong pengurus produk, memperoleh RM7,000 sebulan, yang merupakan gaji lumayan pada 1990-an.
Di samping itu, oleh kerana minat mendalamnya kepada mengajar, ia telah mendokongnya membuka pusat tuisyen dengan nama Wow Tuition Centre.
Tapi apabila wabak Covid-19 melanda, segala yang telah dibina dengan susah payah Vincent, musnah. Pendapatannya merosot dan dia tidak mampu lagi membayar gaji gurunya.
Walaupun dia cuba mengekalkan pusat tuisyen itu lebih lama dengan mengajar sendiri semua mata pelajaran, ia masih tidak mencukupi dan dia tidak mempunyai pilihan selain menutupnya.
"Kehidupan benar-benar teruk dalam tempoh itu. Saya bergelut dengan sewa rumah. Berat badan saya naik dan hampir menghidap diabetes. Pada beberapa bulan, saya terpaksa meminta bantuan rakan saya. Ia adalah beban yang sangat berat."
Dengan segala masalah yang melanda, Vincent memutuskan untuk memohon pekerjaan sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka. Walaupun sesetengah orang mungkin melihatnya sebagai penurunan taraf, ini tidak menjadi satu masalah baginya.
"Saya mungkin tidak menjana pendapatan seperti dahulu, tetapi saya hidup dengan aman. Itu sudah cukup untuk saya," tambahnya.
Dan memetik Weirdkaya, kebanyakan pelajar Vincent sudah berjaya dan itu merupakan satu kebahagiaan untuknya.
"Ramai bekas pelajar saya telah membesar untuk menjadi doktor dan jurutera, sesuatu yang saya banggakan," katanya dengan penuh semangat.
Sumber: WeirdKaya