NNA Training & Consultancy

NNA Training & Consultancy Kursus Pengendali Makanan secara bersemuka & online. Lokasi dan masa anda tentukan.

09/10/2024
Pensijilan Halal Malaysia 2.0
13/10/2023

Pensijilan Halal Malaysia 2.0

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛
𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔𝗔𝗡

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮.𝟬

𝗕𝗶𝗹. 𝟯𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟯

1. ​Sukacita dimaklumkan bahawa, Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan usaha berterusan untuk memastikan pengurusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) berada pada tahap yang terbaik. Oleh yang demikian, bermula Januari 2023, JAKIM telah melaksanakan Bussiness Process Reengineering (BPR) untuk meneliti isu dan punca kelewatan pengurusan pensijilan halal Malaysia. Melalui BPR yang dilaksanakan, JAKIM berjaya memperkenalkan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM) 2.0 yang terhasil melalui projek rintis pengurusan pensijilan halal Malaysia.

2.​ Hasilnya, bermula Mac hingga Ogos 2023 satu pencapaian memberangsangkan direkodkan menerusi ISPHM 2.0 iaitu sebanyak 560 permohonan bersamaan 62.78% telah mendapatkan pensijilan halal kurang daripada 30 hari. Ini membuktikan ISPHM 2.0 memberi impak yang baik terhadap usaha dan inisiatif yang digerakkan untuk memastikan proses pensijilan halal dapat disegerakan dengan memendekkan tempoh masa proses pensijilan halal tanpa mengabaikan integriti dan kualiti pensijilan halal yang dijalankan serta hukum syarak.

3.​ Berdasarkan inisiatif di atas, pendekatan yang diambil adalah menstrukturkan semula birokrasi permohonan dan meningkatkan keupayaan sistem sokongan sedia ada tanpa menjejaskan pematuhan industri terhadap standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang berkuatkuasa. Ia bagi memastikan ekosistem tadbir urus dan tatakelola penyampaian perkhidmatan yang diberikan menjadi indikator utama dalam memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkesan dan cekap serta memenuhi ekspektasi yang disasarkan.

4.​ JAKIM juga menyambut baik saranan kerajaan untuk meneliti dan memperhalusi semula tempoh masa pengurusan pensijilan halal Malaysia agar ia dapat dipendekkan daripada 30 hari kepada 23 hari bekerja. Justeru itu, satu penilaian dan kajian lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Malaysian Productivity Corporation (MPC) untuk memastikan kaedah implementasi yang bersesuaian dengan hasrat tersebut dapat dilaksanakan bermula daripada peringkat pra pensijilan sehingga pasca pensijilan halal.

5.​ Selain itu, untuk memastikan peningkatan jumlah permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam kalangan usahawan Bumiputera maka, JAKIM akan memastikan program-program kesedaran halal diteruskan dan dilaksanakan “secara turun padang” untuk bertemu dengan usahawan yang memerlukan bimbingan. Konsep pelaksanan program tersebut adalah sebagaimana penganjuran program Halal on Track pada 9 Oktober 2023 yang lalu di Universiti Malaya. Selain daripada itu, JAKIM juga akan memperkukuh jalinan dan jaringan kerjasama strategik bersama agensi pembimbing usahawan demi memastikan tahap kesediaan yang tinggi dalam kalangan usahawan sebelum mereka memohon SPHM.

6.​ Bagi memastikan pengurusan pensijilan halal berjalan lancar, JAKIM mengalu-alukan dan menyambut baik perhatian kerajaan untuk mempertimbangkan pertambahan jawatan bagi memperkemaskan pengurusan pensijilan halal Malaysia. Justeru itu, melalui Jawatankuasa Teknikal Pemandu Halal Malaysia, cadangan berkenaan tatakelola halal akan diperhalusi sewajarnya untuk memastikan pelaksanaan pengurusan halal diurus secara cekap dan proaktif.

7.​ Di samping itu, JAKIM dengan kerjasama MAMPU juga sedang menaik taraf Sistem MYeHALAL 2.0 agar ia lebih mesra pengguna dan menepati keperluan teknologi semasa. JAKIM juga mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam membangunkan sistem sokongan halal seperti i-Bimbing dan MyHMS bagi membantu pihak industri membuat persiapan yang rapi sebelum mengemukakan permohonan SPHM.

8.​ Justeru itu, bagi memastikan segala inisiatif yang digerakkan dapat dilaksanakan dengan berkesan maka, JAKIM ingin menarik perhatian semua industri untuk sentiasa memastikan kesediaan yang lebih baik ke arah pensijilan halal diselesaikan di peringkat industri sebelum mengemukakan permohonan halal. JAKIM juga akan memberi sepenuh komitmen agar pengurusan tatakelola halal dan pengurusan pensijilan halal ditambahbaik dari semasa ke semasa demi memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju halal global.
Sekian.

𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐘𝐮𝐬𝐨𝐟𝐟
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
𝟐𝟕 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐚𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 / 𝟏𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑𝐌

Anda semua biasa tak dengan tempat ni.Ini adalah tempat naik turun Halal Eksekutif untuk proses permohonan halal.Setiap ...
12/10/2023

Anda semua biasa tak dengan tempat ni.

Ini adalah tempat naik turun Halal Eksekutif untuk proses permohonan halal.

Setiap permohonan halal perlu dihantar dokumen yang lengkap kepada pihak Jakim.

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.

Telefon : 03-8892 5000
Fax : 03-8892 5005
Emel : [email protected]




Assalammualaikum & Selamat Pagi! Pagi! Pagi! 🥰🥰 🥰 🥰 🥰 🥰 *اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْ...
09/10/2023

Assalammualaikum & Selamat Pagi! Pagi! Pagi!
🥰🥰 🥰 🥰 🥰 🥰

*اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ*

ALHAMDULLILLAH..Diberi kemudahan dan keizinan dari Allah untuk hadir ke Majlis Perasmian Halal On Track.Dirasmikan oleh ...
09/10/2023

ALHAMDULLILLAH..

Diberi kemudahan dan keizinan dari Allah untuk hadir ke Majlis Perasmian Halal On Track.
Dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.










Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim
07/10/2023

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Lahawlawala Quwwataillabillahilaliyyilazim

BERZIKIRLAH MEMUJI NAMA-NAMA ALLAH SWT

Amalan berzikir merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu.

Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram."

Ar- Ra'd: 28

Assalamualaikum & selamat pagi..Sekadar nak bagi sedikit pendedahan.Untuk dapatkan sijil halal Jakim, bukan hanya perluk...
07/10/2023

Assalamualaikum & selamat pagi..

Sekadar nak bagi sedikit pendedahan.

Untuk dapatkan sijil halal Jakim, bukan hanya perlukan sijil halal untuk bahan mentah yer..

Tidak semudah itu, tapi bila dah dapat pengesahan dari Jakim, semuanya jadi lebih mudah.

🤗🤗🤗🤗🤗🤗

*Salam Maulidur Rasul 2023/1445H.**۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞**12 ...
28/09/2023

*Salam Maulidur Rasul 2023/1445H.*

*۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*

*12 Rabiulawal* adalah tarikh yang bermakna buat umat Islam sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

" Sesungguhnya *orang yang paling dekat denganku* di hari kiamat nanti adalah orang yang *paling banyak berselawat kepadaku*"

Hidupkan dalam keluarga kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .

𝑨𝒍𝒍𝒐𝒉𝒖𝒎𝒎𝒂 𝑺𝒉𝒐𝒍𝒍𝒊 '𝒂𝒍𝒂 𝑺𝒂𝒚𝒚𝒊𝒅𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅 𝒘𝒂'𝒂𝒍𝒂 𝒂𝒍𝒊 𝑺𝒂𝒚𝒚𝒊𝒅𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒖𝒉𝒂𝒎𝒎𝒂𝒅




Alhamdullillah selesai Kelas Latihan Pengendali Makanan untuk hari ini.Terima kasih pada DESB Traning & Coaching kerana ...
27/09/2023

Alhamdullillah selesai Kelas Latihan Pengendali Makanan untuk hari ini.
Terima kasih pada DESB Traning & Coaching kerana menjemput NNA sebagai pengajar.

Peserta dari program 'From Zero To Hero', Program Latihan Pensijilan Home Based, Halal & Kursus Pengendali Makanan.

Ucapan wakil peserta oleh En Zulhilmi Trading Manager dari Nasken coffee.
Majlis Penutup Dirasmikan oleh En Fazli Rizal Bin Ismail, Pengarah MARA Negeri Kelantan.


26/09/2023

Hai apa khabar? Jemput like NNA Training & Consultancy. Nanti min share banyak benda kat sini. LIKE, COMMENT & SHARE

Address

Saujana Damansara, PJU 10/10G
Petaling Jaya
47830

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60182563119

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NNA Training & Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NNA Training & Consultancy:

Share