Gerak Usahawan PJS

Gerak Usahawan PJS Usahawan sekitar Petaling di bawah satu bumbung

Satu perbincangan yang penuh makna bersama Dewan Perniagaan Melayu Negeri Selangor telah diadakan.Syukur atas kepercayaa...
12/11/2025

Satu perbincangan yang penuh makna bersama Dewan Perniagaan Melayu Negeri Selangor telah diadakan.

Syukur atas kepercayaan dan ruang kolaborasi ini.
InsyaAllah, dengan dukungan MARA Selangor, kita sedang merangka program pembangunan usahawan di Petaling Jaya — khusus untuk bantu lebih ramai usahawan melangkah lebih jauh.

Semoga perkongsian ini menjadi manfaat buat komuniti perniagaan setempat.
Doakan kelancaran, dan nantikan pengumuman rasmi dari kami.

Jom usahawan & bakal usahawan sertai program ini.
Bina perniagaan, luaskan jaringan, capai potensi.

Untuk penyertaan & maklumat lanjut, sila hubungi:
📎 Puan Zarita, Setiausaha
📞 012-255 6991



22/10/2024

*Sifat Santun dan Berhati-hati*

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِأَشَجِّ عَبْدِ الْقَيْسِ إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ

Daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda kepada Asyaj bin Abdil Qais: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang dicintai oleh Allah, iaitu, lemah lembut dan sifat berhati-hati (sabar)." (Sunan Tirmizi No: 1934) Status: Hadis hasan Sahih

Pengajaran:

1. Allah mencintai orang yang memiliki sifat:

a.Lemah lembut (santun)
b.Berhati-hati (sabar)

2. Menurut Said bin Ali Al-Qattani: Al-Hilm (lemah lembut) adalah sebagai penahan diri dari gejolak marah, iaitu suatu keadaan pertengahan antara 2 sifat negatif (marah dan hina).

3. Al-Hilm (lemah lembut) itu ialah menahan diri dari sifat amarah. Seorang yang memiliki sifat hilm adalah orang yang boleh menguasai dirinya dan mengendalikan emosinya serta menjaga ketenangan jiwanya (tidak bertindak terburu-buru).

4. Seorang yang memiliki sifat al-Hilm adalah orang yang berlapang dada dan hatinya sentiasa terbuka. Ia sangat mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain, malah ia akan cepat merasa dan mengakui kesilapan jika tersilap.

5. Al-Anah - Sifat Berhati-hati (sabar) adalah sifat yang tidak tergesa-gesa atau terburu-buru. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu dengan tidak terus membuat tindakan atau menghukum tanpa memikirkan kesan baik dan buruk.

Marilah kita miliki sifat al-hilm iaitu mampu menguasai diri dengan tidak terburu-buru bertindak balas. Berusaha memiliki sifat al-Anah iaitu sentiasa berhati-hati menghadapi sebarang perkara dengan tidak bertindak dengan tergesa-gesa.

19 Rabiul Akhir 1446H
22 Oktober 2024

Synergy Biz Club (SBC) is a dynamic community of entrepreneurs committed to growth, creativity, and collaboration. Found...
15/10/2024

Synergy Biz Club (SBC) is a dynamic community of entrepreneurs committed to growth, creativity, and collaboration. Founded with the belief that ‘Together is Better,’ SBC provides a platform for members to network, share experiences, and learn from one another. Our mission is to empower members to be their own bosses and build lasting legacies. From monthly meetups to special events, SBC creates opportunities for members to introduce their products, exchange ideas, and develop meaningful connections. Whether you’re a seasoned business owner or just starting out, SBC is here to help you thrive in your entrepreneurial journey.

https://www.instagram.com/reel/C_qEc3jp75x/?igsh=MXNramV0d2E0NmE0cQ==

11/09/2024

Adab Menggunakan Media Sosial

عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Daripada Hafsh bin ‘Ashim, dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar (tanpa tabayyun).” (HR. Muslim no. 5). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Dusta ialah memberitahu kepada orang ramai satu berita atau satu cerita yang tidak benar. Apabila dia membaca atau dia mendengar sesuatu maklumat, tanpa siasat dan tanpa bukti, dia terus menyampaikan kepada orang lain malah mungkin ada tambah menambah, bagi menyedapkan cerita.

2. Setiap kita perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima. Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi orang pertama yang menyampaikan.

3. Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah.

4. Media sosial hari ini sering menyebarkan maklumat yang berbeza daripada yang asal. Contohnya petikan ucapan, video atau gambar mungkin juga diedit dan disebarkan yang boleh menimbulkan kontrovesi. Lalu di olah dan diulas dengan gambaran yang berbeza daripada cerita asal atau keseluruhan ucapan. Oleh sebab itu apa yang didengar atau sesuatu yang ditulis boleh jadi benar, boleh jadi tidak. Jika seseorang menceritakan atau menyebarkan setiap apa yang ia dengar atau setiap apa yang di terima seperti menerusi whatsaap, telegram, FB dan sebagainya, maka ia telah berdusta kerana memberitakan sesuatu yang sebenarnya mungkin tidak terjadi atau tidak benar. Kalaupun benar mungkin boleh jatuh kepada mengumpat kerana sengaja membuka aib orang lain serta membuka ruang kepada maki hamun dalam komen nitezen.

Ingatlah Firman Allah:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan (al-Hujurat: 6)

5. Imam al-Syaukani berkata;“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”

6. Tidak semua berita yang benar itu boleh disebarluaskan jika ia boleh menimbulkan salah faham, keresahan juga kekacauan kepada masyarakat. Kata Abdullah bin Masud RA dalam Muqaddimah Sahih Muslim:

مَا أَنْتَ بِمُحَدِّثٍ قَوْمًا حَدِيثًا لَا تَبْلُغُهُ عُقُولُهُمْ إِلَّا كَانَ لِبَعْضِهِمْ فِتْنَةً

“Tidak boleh engkau menceritakan (suatu berita) kepada sekelompok orang, berupa berita yang tidak boleh mereka fahami malah akan menjadi sumber kerusakan (keresahan atau kekacauan) kepada mereka.”

7. Berhati-hatilah apabila menyebar atau share sesuatu maklumat. Latihlah diri agar tidak terus share info yang diterima. Moga kita tidak menjadi pendusta. Justru diam itu lebih baik daripada menyebarkan berita palsu.

07 Rabiul Awal 1446H
11 September 2024

24/07/2024

Coming soon…. Karnival Usahawan PJ!
Semua dijemput 🌺

19/07/2024

Breaking News!
Malakat Mall akan tutup kedai fizikal dan beralih arah ke perniagaan atas talian!

Kita saling sokong menyokong di dalam Synergy Biz Club.
17/07/2024

Kita saling sokong menyokong di dalam Synergy Biz Club.

Watch, follow, and discover more trending content.

11/01/2024

Salam Jumaat

Simpanan Tetap Seorang Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau al-Quran yang diwariskan, atau masjid yang ia bina, atau rumah yang ia bina untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya pada masa ia sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah kematiannya" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hadis Hasan.

Pengajaran:

Amalan seorang Mukmin akan berterusan ganjaran pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia antaranya:

1. Ilmu berguna dan bermanfaat yang diajar dan disebarkan kepada orang lain: melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang mahupun telegram dan whatsapp.

2. Anak soleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya

3. Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar

4. Masjid yang dibina

5. Rumah tumpangan yang dibangunkan untuk musafir yang terputus bekalan

6. Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain

7. Sedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan semasa hidup sama ada dalam bentuk wakaf, derma, mahupun sedekah.

Marilah kita berusaha melakukan amal soleh antaranya ilmu berguna yang diajar dan disebarkan - agar ia menjadi simpanan tetap yang faedah keuntungannya akan berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.

12 Januari 2024
30 Jamadil Akhir 1445H

Address

17-5, Block A, PJCC, PJS 5/30
Petaling Jaya
46100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerak Usahawan PJS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gerak Usahawan PJS:

Share