Wasiat Digital Malaysia

Directions Website

Wasiat Digital Malaysia Perancangan & Pengurusan Harta Pusaka MUDAH. Plus Business collaboration. Whatsapp for confidential discussion and others.

03/10/2026

Hibah Semasa Marad Al-Maut:

1. Pemberi hibah yang melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris.

2. Ini memberi maksud bahawa hukum faraid adalah terpakai. Sekiranya diberikan kepada ahli waris sama ada kurang dari satu pertiga atau lebih maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.

Nota:
Pengesahan Pengamal Perubatan masih diperlukan untuk pastikan tahap kesihatan/ mental pesakit.

Rujukan: eFaraid, MAIS.

Info lanjut, whatsapp 019-218 6132

https://wasiatdigital.com/

Wasiat. Hibah. Amanah. Deklarasi Harta Sepencarian.

03/10/2026

1. Belum pun sempat harta pusaka diuruskan, konflik sudah bermula:
- Kenapa dia yang jadi pentadbir?
- Boleh ke kita percaya dia?
- Macam mana kalau ada harta yang dia tak beritahu?

2. Situasi begini bukan luar biasa, terutama apabila si mati mempunyai keluarga daripada perkahwinan berbeza.
- Masing-masing ada kebimbangan.
- Ada yang takut hak mereka diketepikan.
- Ada yang bimbang maklumat harta tidak didedahkan sepenuhnya.

3. Jadi, bagaimana nak selesaikan masalah ni?
Sebenarnya, waris boleh melantik lebih daripada seorang pentadbir, tertakluk kepada keperluan dan kelulusan pihak berkuasa yang mengeluarkan surat kuasa mentadbir.

Contohnya:
✅ Seorang wakil daripada keluarga isteri pertama.
✅ Seorang wakil daripada keluarga isteri kedua.

Dengan cara ini, kedua-dua pihak mempunyai wakil dalam urusan pentadbiran harta pusaka.

4. Namun, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami.
- Lebih daripada seorang pentadbir bermakna tanggungjawab perlu dilakukan bersama-sama.
- Pergi mahkamah
- Pergi bank...

5. Pentadbir perlu mempunyai masa, kemampuan dan kesediaan untuk mengurus dokumen, berurusan dengan agensi serta menjaga kepentingan semua waris.

6. Inilah sebabnya perancangan awal sangat penting. Jika si mati meninggalkan Wasiat yang sah dengan pelantikan wasi, proses penentuan siapa yang akan menguruskan harta pusaka boleh menjadi lebih jelas, tertakluk kepada undang-undang dan keperluan berkaitan.

7. Jangan tunggu sehingga berlaku kematian baru keluarga mula berbincang tentang siapa yang patut menguruskan harta.
Kerana kadangkala, yang paling sukar dalam urusan pusaka bukan membahagikan harta, tetapi mendapatkan persetujuan untuk memulakannya.

Nak mulakan urusan pusaka? Whatsapp 019-218 6132

https://wasiatdigital.com/
Wasiat. Hibah. Amanah. Deklarasi Harta Sepencarian.

1. Belum pun sempat harta pusaka diuruskan, konflik sudah bermula:- Kenapa dia yang jadi pentadbir?- Boleh ke kita perca...
03/10/2026

1. Belum pun sempat harta pusaka diuruskan, konflik sudah bermula:
- Kenapa dia yang jadi pentadbir?
- Boleh ke kita percaya dia?
- Macam mana kalau ada harta yang dia tak beritahu?

2. Situasi begini bukan luar biasa, terutama apabila si mati mempunyai keluarga daripada perkahwinan berbeza.
- Masing-masing ada kebimbangan.
- Ada yang takut hak mereka diketepikan.
- Ada yang bimbang maklumat harta tidak didedahkan sepenuhnya.

3. Jadi, bagaimana nak selesaikan masalah ni?
Sebenarnya, waris boleh melantik lebih daripada seorang pentadbir, tertakluk kepada keperluan dan kelulusan pihak berkuasa yang mengeluarkan surat kuasa mentadbir.

Contohnya:
✅ Seorang wakil daripada keluarga isteri pertama.
✅ Seorang wakil daripada keluarga isteri kedua.

Dengan cara ini, kedua-dua pihak mempunyai wakil dalam urusan pentadbiran harta pusaka.

4. Namun, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami.
- Lebih daripada seorang pentadbir bermakna tanggungjawab perlu dilakukan bersama-sama.
- Pergi mahkamah
- Pergi bank...

5. Pentadbir perlu mempunyai masa, kemampuan dan kesediaan untuk mengurus dokumen, berurusan dengan agensi serta menjaga kepentingan semua waris.

6. Inilah sebabnya perancangan awal sangat penting. Jika si mati meninggalkan Wasiat yang sah dengan pelantikan wasi, proses penentuan siapa yang akan menguruskan harta pusaka boleh menjadi lebih jelas, tertakluk kepada undang-undang dan keperluan berkaitan.

7. Jangan tunggu sehingga berlaku kematian baru keluarga mula berbincang tentang siapa yang patut menguruskan harta.
Kerana kadangkala, yang paling sukar dalam urusan pusaka bukan membahagikan harta, tetapi mendapatkan persetujuan untuk memulakannya.

Nak mulakan urusan pusaka? Whatsapp 019-218 6132 .

https://wasiatdigital.com/
Wasiat. Hibah. Amanah. Deklarasi Harta Sepencarian.

03/10/2026

🤍

02/10/2026

PAMPASAN PENGAMBILAN TANAH BAGI TUANPUNYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Kerajaan boleh mengambil tanah persendirian bagi maksud awam — tetapi tuanpunya berhak kepada pampasan yang mencukupi pada nilai pasaran. Rujuk Akta Pengambilan Tanah 1960.

1. Bagi kes di mana tuanpunya tanah berdaftar telah meninggal dunia, tanpa wasiat atau pembahagian pesaka belum selesai, Pentadbir Tanah akan membayar pampasan kepada Amanah Raya Berhad (ARB).

2. Namun, jika semasa bayaran dibuat tiada orang yang layak (competent) boleh menerimanya atau orang berkepentingan enggan menerima atau terdapat pertelingkahan hak untuk menerimanya, Pentadbir Tanah akan mendepositkan wang pampasan itu ke Mahkamah.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN PAMPASAN

Dari Mahkamah Tinggi :
1. Pentadbir Tanah mengemukakan afidavit berkenaan kepada Pendaftar Mahkamah
2. Mahkamah akan menyediakan cek pampasan

Dari Amanah Raya Berhad:
1. Waris mengemukakan Perintah Pembahagian/Surat Kuasa Mentadbir kepada Amanah Raya Berhad
2. Amanah Raya Berhad akan menyediakan cek pampasan.

Anda waris kepada pemilik yang telah meninggal dunia? WhatsApp 019-218 6132 .

https://wasiatdigital.com/

Wasiat. Hibah. Amanah. Deklarasi Harta Sepencarian.

PAMPASAN PENGAMBILAN TANAH BAGI TUANPUNYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIAKerajaan boleh mengambil tanah persendirian bagi mak...
02/10/2026

PAMPASAN PENGAMBILAN TANAH BAGI TUANPUNYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Kerajaan boleh mengambil tanah persendirian bagi maksud awam — tetapi tuanpunya berhak kepada pampasan yang mencukupi pada nilai pasaran. Rujuk Akta Pengambilan Tanah 1960.

1. Bagi kes di mana tuanpunya tanah berdaftar telah meninggal dunia, tanpa wasiat atau pembahagian pesaka belum selesai, Pentadbir Tanah akan membayar pampasan kepada Amanah Raya Berhad (ARB).

2. Namun, jika semasa bayaran dibuat tiada orang yang layak (competent) boleh menerimanya atau orang berkepentingan enggan menerima atau terdapat pertelingkahan hak untuk menerimanya, Pentadbir Tanah akan mendepositkan wang pampasan itu ke Mahkamah.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGELUARKAN PAMPASAN

Dari Mahkamah Tinggi :
1. Pentadbir Tanah mengemukakan afidavit berkenaan kepada Pendaftar Mahkamah
2. Mahkamah akan menyediakan cek pampasan

Dari Amanah Raya Berhad:
1. Waris mengemukakan Perintah Pembahagian/Surat Kuasa Mentadbir kepada Amanah Raya Berhad
2. Amanah Raya Berhad akan menyediakan cek pampasan.

Anda waris kepada pemilik yang telah meninggal dunia? WhatsApp 019-218 6132

https://wasiatdigital.com/

Wasiat. Hibah. Amanah. Deklarasi Harta Sepencarian.

02/10/2026

Waris Perlu Beri BERI PENJELASAN Jika Lewat Urus Pusaka!

1. Ramai yang menyangka apabila seseorang meninggal dunia, waris boleh memohon Surat Kuasa Mentadbir (LA) pada bila-bila masa tanpa perlu menjelaskan sebab kelewatan.

2. Hakikatnya, dalam permohonan LA di Mahkamah Tinggi, kelewatan memfailkan permohonan akan memerlukan penjelasan melalui Afidavit Tambahan.

3. Antara alasan yang dinyatakan dalam afidavit:
- Tidak mempunyai pengetahuan mencukupi mengenai prosedur permohonan LA.
- Kekangan kewangan dan komitmen peribadi yang menghalang urusan dibuat lebih awal.

Ini menunjukkan bahawa urusan pusaka bukan sekadar buat bila ada masa. Malahan perlu dibuat dengan kadar segera...

Tak pasti bagaimana? WhatsApp 019-218 6132

https://wasiatdigital.com/

Wasiat. Hibah. Amanan. Deklarasi Harta Sepencarian.

02/10/2026

Dah beri kerjasama. Dah pergi bicara kuasa. Tapi waris lain tak dapat apa pun. Pentadbir yang bolot semua!

1. Pernah dengar tak keluhan macam tu? Penyalahgunaan kuasa oleh pentadbir harta pusaka berlaku apabila individu yang dilantik bertindak tidak amanah, seperti menjual harta tanpa persetujuan waris lain, mengambil bahagian lebih daripada hak, atau enggan membahagikan pusaka.

2. Contoh Salah Guna Kuasa:
- Menjual atau memindah milik harta si mati secara sembunyi tanpa makluman waris lain.
- Menggunakan wang atau hasil sewaan harta pusaka untuk kegunaan peribadi.
- Gagal membahagikan baki harta pusaka selepas selesai bayar hutang si mati.

3. Tindakan Yang Boleh Dibuat Oleh Waris Lain:
- Meminta laporan akaun dan senarai pengurusan harta daripada pentadbir.
- Memohon pelucutan kuasa pentadbir dengan memfailkan permohonan di mahkamah untuk membatalkan atau melucutkan Surat Kuasa Tadbir (Letter of Administration).
- Laporan Polis. Membuat laporan jenayah jika berlaku unsur pecah amanah atau penipuan (fraud) yang jelas.

Baca juga:
https://www.facebook.com/share/p/19puYQ62ku/

Ada kes serupa nak selesaikan? WhatsApp 019-218 6132 .

https://wasiatdigital.com/

Wasiat. Hibah. Amanah. Deklarasi Harta Sepencarian.

Address

Jalan PJU1A/7A
Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wasiat Digital Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share