27/08/2012
BICARA FASTREX:
Bismillahirahmanirrahim
Kita sedar .. kita tahu .. kyushuk adalah syarat utama dalam solat .. tapi berapa ramai antara kita benar2 kyushuk mahupun cuba mendapat kekyushukkan tersebut. Ramai yang jarang tinggalkan solat2 mereka .. tapi oleh kerana sudah menjadi kebiasaan .. menjadi habit .. kyushuk tidak lagi jadi focus utama mereka .. sedang solat masih bermain-mian di fikiran akan masalah2 dunia, masalah diri .. mcm2 masalah. Seperti makan .. 30kali kunyah sebelum telan .. berapa ramai yg benar2 masih buat ini?
Mari kita rehat sebentar dan lihat sendiri akan usaha kita dalam mencapai kyushuk .. Kita mula dengan memahami apakah yang dimaksudkan kyushuk ini. Dari segi istilah kita mendiamkan diri, jasmani dan rohani. Tiada pergerakkan selain dari tertib2 solat, tiada pemikiran/sebutan selain dari bacaan-bacaan solat. Dari segi spiritual, kyushuk ialah mana roh kita indirect contact dengan Allah, dengan malaikat .. sebabnya dalam kekyushukkan kita tidak lagi dibelenggu dengan bicara lain kecuali Allah, Allah, Allah. Dalam keadaan kyushuk kita juga dalam keadaan total berserah kepada Illahi, tidaklagi menghiraukan keadaan sekeliling, perkara yang telah berlaku dan perkara yang akan berlaku .. yang wujud hanyalah saat ketika kita tengah berdiri, rukuk, sujud, duduk mengadapkan segalanya utk Allah. Dalam bahasa Inggeris ianya dinamakan 'Be In The Now', hadirkan diri 100% pada saat ini, minda/badan hanya focus kepada Allah kepada solat.
Kita dari kecil diajar untuk fikir macam-macam perkara .. otak sentiasa sibuk .. inilah ajaran barat yang menyatakan "The Day You Stop Thinking is The Day You Die' .. kalau kita berhenti berfikir kita mati. Pelbagai rancangan mereka untuk memastikan kita sering berfikir, dengan masalah keluarga, masalah kerja, masalah hutang, masalah anak-anak .. bermacam-macam masalah ditambahkan p**a dengan gula-gula pemanis hadiah/'reward' yang menanti kita apabila kita berjaya selesai memikirkan masalah-masalah ini. Kita terkejar-kejar akan hadiah-hadiah sementara ini .. bila hilang manisnya .. masalah baru akan timbul. Begitulah hidupan kita setiap hari .. sentiasa ada sahaja masalah/dugaan yang perlu kita tangani.
Habit ini kita terbawa-bawa hinggalah dalam solatpun kita masih sibuk memikirkan masalah tersebut. Tapi kita tidak pernah nak lihat akan Cinta Allah kepada kita .. beri peluang untuk kita rehatkan minda kita .. 5 kali sehari. Minda sama juga dengan badan perlukan rehat. Tapi minda hanya boleh rehat bila kita sedar & perintah utk dia rehat .. jika tidak .. minda akan terus menerus berfikir sebab inilah program yang kita beri kepadanya sejak kita kecil lagi. Cuba kita lihat anak-anak kecil .. sentiasa happy .. dan mereka menggunakan minda hanya perlu .. selain dari itu mereka happy sahaja dengan kehidupan mereka. Tangani masalah bila perlu, tak reti buka pintu hanya bila mereka didepan pintu baru mereka fikirkan macam mana nak buka pintu .. kalau kita semalaman di rumah hempas p**as cuba fikirkan macam mana nak buka pintu yang tersekat di ofis yang hanya akan di lawati pada esok hari.
Allah perintah kita kyushuk juga sebagai training diri/minda kita utk hadapi masalah satu persatu .. ada tertib ada bacaannya. Kita mulakan kyushuk kita apabila kita berdiri dan mula doa solat serta takbir.. Aku solat subuh wajib kerana Allah Taa'la .. terus bicara wajib .. minda kita terus register bahawa solat adalah satu perkara yang penting yang tidak boleh dibuat main .. satu kemestian kita terhadap Allah .. mengadapkan diri kepada Allah .. menyerahkan diri kepada Allah .. Dengan takbir AllahuAkbar .. terus satu declaration kita kepada Allah aku menyerah .. segala yang telah berlaku sebelum ini aku serhakan kepada Engkau .. tidak lagi berada bersama aku .. sekarang yang tinggal hanya aku dan Engkau Allah. Inilah permulaan kyushuk kita kepada Allah.
Diikuti dengan keadaan bersedia dengan tangan kita seolah-olah memeluk diri kita seperti jenazah yang dikapankan.. di waktu ini kita matikan diri kita dengan dunia dan membacakan doa Iftitah .. dimana kita sambungkan declaration kita yang kita ini sememangnya adalah hamba Allah yang hanya menghadapkan segala usaha, segala kerja, segala masa, segala perbuatkan kita hanya untuk Allah. Alfatihah .. ayat yang kita besarkan lagi kesyukuran kita kepada Allah akan limpah kurnia Beliau kepada kita, Ar Rahim cinta Allah yang tidak pernak berbelah bagi, ArRahman rezeki Allah yang melimpah-limpah, Ar Rab yang mengaturkan segala perjalanan hidup kita, Al-Malik yang berkuasa atas segalanya, Na'bud kami yang menyembah, Nasta'in pertolongan yang hanya padaMU, ShiratalMustaqim jalan yang lurus yang Engkau bina, inilah kesyukuran kita kepada Allah akan kekuasaan yang ada padaNYA.
Surah lazim .. biasanya auto keluar tanpa fikir, surah yg terkeluar secara ikhlas dari hati yang suci. Ayat-ayat yg b*k berkaitan dengan kehidupan kita pada saat itu, masalah yg sedang kita hadapi, tekanan yang kita lalui, perasaan syukur yang kita berikan kembali .. lihatlah maksud ayat2 tersebut dan rasai effect pada rohani kita, getaran jantung kita ..
Setelah selesai dengan mengucapkan kesyukuran kita, kita rukuk tanda hormat kepada Allah .. org Jepun hormat kepada ketuanya .. dan kita bicara akan keAgunggan Allah sungguh Agung kita tidak mampu untuk menaikkan muka kita utk menghadapNYA. Kita I'tidal .. mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan tanda kita bersedia untuk melaksanakan perintah Dia. Akan tetapi ternyata sifat ini mampu membawa kepada KeEGOan .. lalu kita terus jatuh dan sujud .. mencium bumi yang menjadi pijakkan kita setiap masa sambil mengucapkan kesuciaan Allah .. kesucian memberikan kita hidup di bumi ini, membawa kita kepada perasaan insaf apabila kita berdiri sementara dengan perasaan bangga akan apa yang telah kita lakukan .. terus dihancurkan dengan sujud dan mencium bumi yang kita pernah hina, yang tak pernah kita jaga, yang kita pijak-pijak sepanjang hari.
Allah bangunkan kita untuk duduk sementara sekadar cukup untuk kita meminta ampun atas segala perbuatan kita atas muka bumi ini .. terus kita sendiri akan rebah utk sujud yang kedua .. sujud kesyukuran.
Diahiiri dengan doa Tahiyat .. ucapan hormat kita kepada Allah. Hormat kita dan terima kasih kita kepada Nabi Muhammad, kepada para Rasul, kepada Nabi Ibrahim atas pengorbanan mereka untuk memastikan kita tidak pernah terputus hubungan dengan Allah. Kita juga mengucapkan Ikrar kita kepada Allah, Syadah kita, janji kita .. bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Selain Allah .. dan inilah dorongan kita seharian .. usaha kita .. ibadah kita .. kerja kita.. dakwah kita .. hanya untuk memastikan dunia ini tiada Tuhan lain tapi yang wujud hanya Allah.
Salam sejahtera kepada keluarga Islam kita yang berada di kanan dan di kiri kita semoga semua mendapat hidayah dan kekuatan utk terus mengembangkan Islam ini.
Inilah bicara kyushuk .. bagaimana untuk kita halangi belenggu-belenggu/fikiran lain yang boleh menggangu solat kita. Rasakan solat itu menyusuk ke dalam diri, rasakan kekuatan yang ada pada kita, kurnia Allah yang tidak ada bandingannya yang hanya menantikan masa yang sesuai untuk dilimpahkan kepada kita. Buktikan Cinta kita kepada Allah ..
Dalam keadaan kyushuk baru mampu kita mendalami diri kita sendiri, kita lebih tenang, lebih focus, lebih teratur dan terhasillah seorang umat yang memiliki Misi & Visi. Kita terapkan perangai ini dalam kehidupan kita .. dalam trading kita ..
Ingatan buatku yang sentiasa lupa.. -A.Isyraf