Sahabat Viral

Sahabat Viral Silaturahim sahabat adalah mulia dan boleh hingga ke syurga

Terima kasih sudi follow

IMPIAN ISTERI DAN SUAMISetiap yang berkahwin teringin nak ada zuriat. Dalam bab zuriat jgn sembang ikut dan. Kena tengok...
19/01/2022

IMPIAN ISTERI DAN SUAMI

Setiap yang berkahwin teringin nak ada zuriat. Dalam bab zuriat jgn sembang ikut dan. Kena tengok kiri kanan dulu. Kesian kat mereka yang belum Allah kurniakan zuriat lagi nah. Buat yang belum ada rezeki, boleh amal doa ni, InShaAlah ada rezeki tu nanti.

Cp

18/01/2022

Buah tembikai memang enak dinikmati. Malah ibu mengandung memang disaran untuk mengamalkan buah tembikai kerana dipercay...
29/12/2021

Buah tembikai memang enak dinikmati. Malah ibu mengandung memang disaran untuk mengamalkan buah tembikai kerana dipercayai akan melahirkan anak yang bijak.

Antara khasiat buah tembikai untuk ibu hamil ialah :-

1) Menjaga kesihatan jantung
Buah tembikai kaya akan kandungan likopen yang amat baik untuk kesihatan jantung ibu dan bayi.

2) Kaya dengan antioksidan dan vitamin A
Vitamin A yang terkandung dalam buah tembikai membantu menjaga organ penglihatan bayi. Selain itu, karotenoid vitamin A berfungsi sebagai antioksidan melindungi badan daripada radikal bebas.

3) Melancarkan penghadaman
Tembikai sangat bagus untuk kecantikkan dan membantu melancarkan aliran air kencing dalam badan.

4) Menyokong pembentukan tulang bayi
Buah tembikai kaya dengan kalium yang berfungsi untuk mempertahankan kalsium dalam badan. Ia sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dan menguatkan sendi pada badan ibu supaya lebih sihat dan kuat.

5) Meningkatkan sistem imun
Buah tembikai mengandungi vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun untuk ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selsema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.

6) Mengurangkan pembengkakan
Kandungan air dalam tembikai mampu mengurangkan pembuluh darah dan otot yang tersumbat. Ia dapat mengurangkan masalah bengkak yang sering dialami oleh ibu hamil.

7) Mencegah pigmentasi
Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil yang mana ia mempengaruhi keadaan kulit. Masalah pigmentasi dapat dikurangkan dengan memakan tembikai lebih kerap.

8) Mengelakkan kejang otot
Perubahan hormon ketika mengandung menyebabkan peningkatan berat badan. Ini membuatkan tulang dan otot menjadi kejang. Buah tembikai dapat mengurangkan kejang otot dan tulang.

9) Mengatasi masalah 'morning sickness'
Mengambil tembikai sebagai sarapan pagi membantu mengurangkan simptom morning sickness. Buah tembikai mengandungi tenaga dan khasiat yang baik untuk badan terutama ibu hamil yang letih dan lesu.

10) Mengelakkan dehidrasi
90% daripada tembikai terdiri daripada air. Makan tembikai membantu ibu untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi dikalangan ibu hamil boleh menyebabkan kesan buruk kepada kandungan seperti kontrasi pramatang atau kelahiran pramatang.

11) Menyingkirkan lemak
Buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangi lemak berlebih yang ada dalam tubuh.

"Peringatan Buat Diri"1 - Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada be...
12/11/2021

"Peringatan Buat Diri"

1 - Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2 - Zikir Subhnanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3 - Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4 - Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5 - Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6 - Jangan dilepaskan baca Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7 - Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 - Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.

9 - Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.

10 - Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi.

12 - Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13 - Lazimi pagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu :

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat ..

2 - Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika meninggal dapat meluaskan tempat kita di dalam kúbur ..

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubúr ..

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubúr ..

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubúr ..

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubúr ..

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM ..

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kúbur ..

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar ..

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kúbur ..

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubúr ..

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubúr ..

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah SWT..

Perbaiki solatmu,
maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu,
maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu,
maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu,
maka Allah akan bahagiakan hidupmu.

Cara menjaga solat waktu :

1 - Buat solat taubat ..
2 - Solat diawal waktu ..
3 - Qada solat jika tertinggal ..
4 - Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa ..
5 - Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan ..
6 - lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya ..

Masukkan 5 perkara dalam hati kita :

1 - Rasa ingin dekat dengan Allah ..
2 - Rasa ingin diampuni Allah ..
3 - Rasa ingin dibersihkan ..
4 - Rasa ingin diangkat darjat ..
5 - Rasa ingin diubah tabiat ..

KESIMPULAN :

Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah

"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kemàtian menjemput kita..

Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

Alhamdulillah ♥️

Kredit kepada Penulis

Membaca   untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus men...
12/11/2021

Membaca untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak.

▪️Terdapat beberapa kelebihan selawat, antaranya:▪️

Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.

Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.

Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan

Akhirat serta syafaat Nabi SAW.

Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.

Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.

Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.

Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.

Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.

Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.

Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.



CARA MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUDSolat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan s...
26/08/2021

CARA MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.

Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”
( Riwayatkan : Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

NIAT SOLAT TAHAJJUD :

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Sahaja aku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

2. BACAAN SURAH SELEPAS AL FATIHAH

Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirùn
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

ATAU

Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

(Atau baca mana2 surah yg di sukai).

3. DOA SESUDAH TAHAJJUD

Tidak ada doa khusus yang harus dibaca setelah Solat Tahajud, dengan kata lain kita bebas menentukan doa apa yang ingin munajatkan kepada Allah Azza wa Jalla.

Cp ; pesan bonda

23/08/2021
Nabi saw berkata, apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..Akhirny...
13/08/2021

Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..

Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
p**i kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anak² menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..

Tanah pun diturunkan secara perlahan²..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijak²nya kubur.

Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka p**ang..
Derapan kaki² mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.

Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orang² yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.

"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"

Suami memanggil si isteri,
“Sayang, jangan balik..tunggu abang Pah”

Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..

Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.

Selepas itu,
kita akan melihat anak² kita balik..
Kita panggil anak²,
tapi tak dengar..

Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam kedua²nya..
yang biru kedua²nya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,

"Hai manusia!"

Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!”

"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..

Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.

Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".

Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaan² lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".

Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".

Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.

Jagalah solat kita.

Allahuakbar!

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)

Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.

Aamiin Ya Robbal'aalamiin.

Semoga bermanfa'at.

“Hari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang p**a sedekahkan Al-Fatihah untuk kita”.

Address

Petaling Jaya
47000

Telephone

+601158807769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share